Skip to main content

Posts

Kepentingan Mencatat Kitaran Haid

Entri #92 : Kepentingan Mencatat Kitaran Haid
Teks dan Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Pernah tak rasa emosi seperti mudah sensitif, nak marah dan rasa loya dan pening ?  Cuba tengok balik bilakah jangkaan haid kita setiap bulan.  Ada kemungkinan ia tanda-tanda haid nak datang.  Tapi jika kita tidak mencatatnya atau mengingati tarikh pertama datang haid setiap bulan, mungkin kita tidak bersedia dengan segala perubahan.

Fitrah wanita setiap bulan ni, kita kena cakna dan prihatin sebab ia menggambarkan keseluruhan kesihatan kita.  Misalnya jika haid kita lambat dari tarikh mungkin boleh jadi kita mengandung.  Ataupun jika mahu merancang kehamilan, kita boleh meramal waktu subur kita.  Malah jika haid terlalu lama melebihi 15 hari pun boleh jadi ada sesuatu yang mengganggu kitaran hormon kita.

Bagaimana nak mencatat ?

1- Paling mudah catatkan di kalendar.  Bulatkan atau buatlah apa sahaja tanda supaya kita nampak.  Dari situ kita boleh ramal bila haid pada bulan …
Recent posts

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Memakai Pantiliner

Entri #91 : 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Memakai Pantiliner
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Blog ini adalah corat coret hakak supaya wanita prihatin dengan perubahan dan fitrah seorang wanita setiap bulan.  Tapi macam mana pula dengan kebersihan harian zon v kita ? Sebab itulah terciptanya pantiliner untuk membantu wanita dalam beberapa perkara.

Bagi yang belum tahu, pantiliner ini direka berukuran lebih kecil dan lebih nipis daripada tuala wanita.  Ia bertujuan dipakai secara harian untuk meningkatkan kebersihan ( hygiene ) secara peribadi.

1.  Rasa segar seharian

Pantiliner membantu anda rasa yakin, kering dan lebih bersih sepanjang hari.  Rekaannya yang kecil memudahkan kita membawanya.  Selit sahaja 1-2 keping dalam beg, tak selesa ja kita boleh tukar bila-bila masa.

2.  Keputihan

Seperti yang diterangkan dalam entri yang lepas ( boleh klik DISINI ), ada masanya keputihan berlaku dan pemakaian pantiliner seperti penyelamat diwaktu itu.

3.  Haid Luar Jangka

Mungkin ki…

Otak Tak Serabut Bila Ada To-Do-List

Entri #90 : Otak Tak Serabut Bila Ada To-Do-List
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Masya Allah, sayup-sayup pula bunyi kokokkan ayam di kejiranan rumah hakak.  Ayam pun bangun pagi awal dengan semangatnya.  Surirumah kebiasaannya mempunyai rutin yang hampir sama setiap hari.  Bermula dengan bangun awal pagi solat subuh sehinggalah masuk waktu tidur malam, ada sahaja kerja yang tak habis disiapkan.

Masih lagi di awal tahun ini, tidak terlambat jika kita nak perbaiki pengurusan masa.  Sekiranya ada diari atau kalendar yang telah dibeli, eloklah digunakan.  Kalau tidak membazir sahaja tanpa dimanfaatkan.  Hakak mula guna ' planner ' sejak zaman belajar di universiti dulu.  Banyak sangat perkara boleh membuatkan kita terlupa dan tidak tahu mana yang penting.  Bila otak serabut dan kerja tak dapat siap, mulalah stress !

Jangan kata surirumah tak perlu buat to-do-list ni ya, malah surirumah lah yang perlu sangat buat.  Ada pendapat kata kita perlu buat sebelum tidur dan satu lagi…

Gigihnya Arunachalam Memperjuangkan Tuala Wanita Yang Bersih Sehingga Kisahnya Di Filemkan Dalam Padman

Entri #89 : Gigihnya Arunachalam Memperjuangkan Tuala Wanita Yang Bersih Sehingga Kisahnya Di Filemkan Dalam Padman
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Mencabarnya nak 'update' blog bila ada si kecil, tapi selalu pesan kat diri sentiasa bertabah sementara anak-anak nak membesar.  Baiklah kali ini hakak rasa nak bercerita sedikit tentang seorang hero di negara India.  Dia bukan pelakon tetapi rakyat biasa, cuma ceritanya agak unik.

Arunachalam Muruganatham digelar India's Menstrual Man



Kisah perjuangannya bermula pada tahun 1998, di mana dia baru sahaja berkahwin.  Suatu hari dia ternampak isterinya sorokkan sesuatu dibelakang.  Sebenarnya dia nampak dan tahu tapi isterinya malu nak tunjukkan kain buruk yang digunakan untuk datang bulan.  Oleh kerana kemiskinan, isterinya tak dapat membeli tuala wanita di pasaran dan sebab itulah dia mampu guna kain buruk itu sahaja. Ya, kain itu terlalu buruk sehinggakan dia pun tak sanggup nak cuci dan lap untuk…

Berkongsi Kebaikan Tuala Wanita Lexee Dalam Program De Beauty 2017

Entri #88 : Berkongsi Kebaikan Tuala Wanita Lexee Dalam Program De Beauty 2017
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Agak jarang bercakap di hadapan orang ramai membuatkan hati berdebar laju.  Inilah yang saya rasai semasa program De Beauty anjuran Ameerah kawasan Putatan pada November lepas.  Diadakan di Dewan Seri Kota Belud, TH Hotel dan pesertanya semua di kalangan wanita.  Hakak dijemput sebagai vendor dan berpeluang selama 15 minit untuk menerangkan produk dan demonstrasi.  Ketarnya, Allah sahaja lah yang tahu.

Walaupun hanya sekadar 'pad' tetapi jika salah pilih, hmmm boleh jadi belum apa-apa dah bocor.  Nak keluar ke tandas selalu alahai malu dan malas pula, apa lagi jika kalian wanita yang berkerjaya atau pun masih pelajar.

Baik, saya kongsikan gambar untuk tatapan bersama :






Syukur kerana akhirnya dapat juga berkongsi kebaikan tuala wanita Lexee kepada peserta tadi.  Hakak berimpian akan berkongsi lagi di sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu dan kawasan …

Pengurusan Tuala Wanita dan Kebersihan Diri Semasa Haid

Entri #87 : Pengurusan Tuala Wanita dan Kebersihan Diri Semasa Haid
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum wbt

Akhir-akhir ini ilmu pengurusan mengenai tuala wanita dan kebersihan asyik menyinggah di dalam kepala saya.  Terbaca juga perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehinggakan yang membuangnya dari tingkat atas rumah flat pun ada.  Terkejut hakak dibuatnya.  Saya suka baca perkongsian dari Tuan Khairul, dan amat wajarlah ia disampaikan juga kepada seluruh wanita ( boleh baca selanjutnya DISINI ).  Bagi kita yang mempunyai anak perempuan eloklah diajarkan dan dididik betapa pentingnya menjaga kebersihan diri atau hygiene terutamanya semasa haid.

Apa itu darah haid ?
Darah haid ialah darah yang keluar ketika seorang wanita berada dalam kedaan sihat¹.  Oleh kerana ia adalah darah maka pastinya ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Jadi, untuk memastikan kita sentiasa segar dan bersih, lakukan perkara-perkara yang berikut :

PERTAMA : Pilih jenis tuala wani…

Testimoni Pelanggan Lexee Siri 7

Entri #86 : Testimoni Pelanggan Lexee Siri 7
Teks dan Foto  : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Seronok bila produk yang dijual mula mendapat tempat dihati pelanggan.  Dan lebih terharu apabila ia dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Kepuasan bukan sekadar mendapat keuntungan wang ringgit tetapi ia lebih lengkap jika ada insan lain turut mendapat manfaat produk yang kita niagakan.





Sekiranya anda berminat nak jadi sebahagian daripada Falah Team, sila :

Isikan maklumat DISINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )