Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan

Entri #37 : Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Di fasa trimester ketiga ini, saya sudah mula merasakan kontraksi Braxton Hicks ( BH ) atau kontraksi palsu.  Walaupun palsu ia masih menyebabkan rasa kesakitan terutamanya di bahagian perut dan ari-ari.  Perut rasa mengeras dan kekadang rasa sukar bernafas.  Sesetengah ibu tidak merasai kontraksi ini dan sesetengahnya pula akan merasainya seawal minggu yang ke 30.

Hikmah di sebalik kontraksi BH ini ialah ia melatih diri ibu agar bersedia dengan situasi sebenar bersalin nanti.  Tapi, apa bezanya dengan kontraksi sebenar nanti ?  Jom kita lihat secara umum perbandingan supaya tidak berlaku kekeliruan.

Kontraksi Braxton Hicks :

hanya berlaku beberapa kali seharikebiasaannya akan berhenti apabila si ibu melakukan aktiviti lain.Contohnya jika si ibu sedang berdiri, ia akan berhenti bila si ibu duduk.tidak teraturberlaku sekejap sahajatidak beritmabiasanya berlaku kurang dari 1 minitK…

Persediaan Bersalin Siri 2

Entri #36 : Persediaan Bersalin Siri 2 Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Assalammu'alaikum
Sudah 2 minggu berlalu cuti sekolah, rehat untuk anak-anak tetapi sibuk pula untuk umminya di rumah.  Walaupun begitu ada perkara yang boleh kita didik mereka lakukan di rumah yang mungkin di sekolah kurang ditekankan.  Aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti memasak, menyidai pakaian dan membersihkan bilik tidur.  Perkara seperti ini memang berkaitan dengan disiplin dan ia lebih mudah jika ia telah dibiasakan dari kecil.  Mungkin nampak seperti hal yang kecil tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan bila sudah meningkat dewasa nanti.
Untuk siri kedua persediaan bersalin ini, ada dua perkara yang ingin saya tambahkan dari siri yang lepas.  Bukannya apa, untuk mengelakkan kelam kabut bila dah tiba masanya nanti.  Hati pun tenang bila dah lengkap segalanya.

Kain Batik Saya lebih selesa berkain batik jika dalam pantang.  Bagi ibu-ibu yang lain saya tidak pasti, terpulang kepada keselesaa…

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3

Entri #35 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Soalan : Macam mana rupa dan sifat keputihan yang bermasalah ?

Jawapan: Keputihan terbahagi kepada 2 jenis :

Keputihan Fisiologi : Normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit.  Ia berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitar haid.  Lelehan normal ini berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak gatal di bahagian faraj.  Lendir keluar sedikit, kadang-kadang banyak dan berbentuk cecair.Keputihan Patologi : Bersifat kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti keluar lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan faraj. Keputihan fisiologi itu adalah NORMAL dan semua wanita sihat mengalaminya.Manakala, keputihan patalogi adalah TIDAK NORMAL dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria atau kulat.
Penggunaan tuala wanita Lexee secara berterusan boleh membantu…

Persediaan Bersalin Siri 1

Entri #34 : Persediaan Bersalin Siri 1
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Masa berlalu pantas, seperti dalam mimpi sudah pun masuk trimester 3.  Patutlah pinggang semakin sakit, nak tidur mengiring ke kiri pun salah ke kanan pun salah.  Tidur pun rasa kurang lena dan tak cukup.  Adakala mata rasa seakan 'mata panda' bila bangun pagi.  Rupanya inilah yang dialami lebih separuh wanita yang mengandung.  Ini bermakna saya tidak keseorangan dalam hal ini 😊.

Untuk persediaan bersalin saya sudah membeli secara sedikit demi sedikit supaya tidaklah terlalu beban bila dah sampai masanya nanti.  Baju bayi pula saya tidak membelinya terlalu banyak kerana baju abang dan kakaknya masih ada, hanya tinggal untuk basuh sahaja nanti.  Tidak dinafikan baju bayi yang comel membuatkan saya teruja dan geram dibuatnya.  Fitrah wanita agaknya 😂. Warna baju pula saya belikan yang umum seperti warna putih, kuning dan hijau.  Untuk anak perempuan pun boleh, anak lelaki pun boleh.  Anak-…

Tips Cucian Mudah Tuala Wanita Lexee

Entri #33 : Tips Cucian Mudah Tuala Wanita Lexee
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Secara fitrah semua kita sukakan kebersihan sama ada dari sudut bau yang wangi dan juga dari sudut pakaian yang bersih termasuklah pakaian dalam.  Tuala wanita yang telah dipakai hendaklah dibuang ke tempat yang sepatutnya tetapi sebelum itu, ia haruslah dibersihkan terlebih dahulu.  Tuala wanita yang tidak dicuci boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan dan menimbulkan rasa kurang selesa.

Tuala wanita Lexee amat mudah diurus, kerana gelnya tidak menyumbatkan lubang tandas.

Ikuti cara mudah dan langkah demi langkah membasuh tuala wanita Lexee :

Koyakkan hujung tuala wanita di bahagian atas dan bawah.Halakan salah satu hujung tuala wanita tadi ke lubang tandas.Semburkan air masuk ke dalam tuala wanita tadi hingga keluar isi pad ( gel ).Sarung yang tertinggal tadi basuhkan dahulu dan seeeloknya dilipat atau digulung dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Baik, sele…

Lexee Feminine Hygiene Wash

Entri #32 : Lexee Feminine Hygiene Wash
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Entri kali ini mengenai satu lagi produk istimewa iaitu Lexee Feminine Hygiene Wash atau Pembersih Peribadi Wanita Lexee yang dirumus khas untuk wanita.  Sesetengah pembersih harian boleh menganggu keseimbangan pH dan mengakibatkan penyakit-penyakit tertentu.  pH yang seimbang ialah antara 3.8-4.5 bagi membersihkan bahagian intim anda.  Oleh itu Pembersih Peribadi Wanita Lexee sememangnya dirumus khas dengan teliti bagi memastikan julat pH sesuai bagi penggunaan berterusan.

4 Kandungan herba UTAMA:

Ekstrak Minyak Daun Sirih (Piper Betle) : Sangat dikenali oleh masyarakat tempatan atas khasiat terkandung di dalamnya.  Kegunaan secara saintifiknya termasuk anti-mikrob, anti-kulat dan anti-keradangan.Ekstrak Akar Pueraria Mirifica: Sejenis herba asli yang mengandungi kelas kumpulan isofalvonoid yang dikenali sebagai fitoestrogen.  Digunakan secara melua…

Perbandingan Di Antara Tuala Wanita Biasa dan Tuala Wanita Lexee

Entri #31 : Perbandingan Di Antara Tuala Wanita Biasa dan Tuala Wanita Lexee.
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Yang mana lebih power ?Yang mana lebih jimat ?Yang mana lebih selamat ?
Mari kita perhatikan perbandingan tuala wanita biasa dan tuala wanita Lexee dalam bentuk jadual ringkas yang mudah difahami.



Tuala Wanita Biasa Tuala Wanita Lexee Pembungkusan ·Plastik bungkusan tidak dapat ditutup semula selepas dibuka. ·Kurang kemas
·Menggunakan plastik aluminium dan mempunyai stiker boleh lekat semula ·Sangat kemas
Bahan kimia Kemungkinan mengandungi bahan kimia dioksin walaupun tahap rendah

Hadiri Kelas Super Empowering di Alamesra

Entri #30 : Hadiri Kelas Super Empowering di Alamesra
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Kelas Super Empowering yang dianjurkan oleh Syarikat Redlife ini telah berlangsung di HQ Alamesra, Kota Kinabalu.  Ia diadakan pada 20 Disember 2016 (Ahad) yang lepas.  Perjalanan dari Putatan ke sana agak jauh dan ia memakan masa 40 minit jika jalan tidak sesak.

Perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Tuan Razif, Pengarah Eksekutif Syarikat Redlife.  Antara perkara penting yang kami pelajari ialah :

hindari dari selalu berbuat alasan.  Kebanyakan alasan menghalang kejayaan kerana kita menangguhkan peluang untuk berjaya.perbezaan Minda Miskin vs Minda Kaya.  Contohnya, rajin vs malas, sangka baik vs sangka buruk, rajin vs malas, impian besar vs tiada impian dan sabar vs marah.sentiasa mencari kawan yang positif dan hindari mengumpat.kita gagal kerana selalu fikir apa yang orang lain kata.resepi kejayaan ialah 3S iaitu Sabar, Sanggup dan Sacrifice (Pengorbanan)niat bisnes ialah untuk m…

Pentingnya Tarikh Luput

Entri #29 : Pentingnya Tarikh Luput
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Belek-belek roti, tarikh luputnya 2 hari lagi.  Tak jadilah beli, nanti kejap sahaja dah tumbuh kulat.  Tengok lagi jenama lain roti, 4 hari lagi tarikh luput.  Yang ni elok dibeli supaya tak membazir.  Ini fenomena biasa bagi produk makanan.  Adanya tarikh luput ialah supaya kita sebagai pengguna mendapat makanan yang berkualiti dan tidak menjejaskan kesihatan.

Tapi, bagaimana pula tarikh luput pada tuala wanita?  Adakah ia sepenting produk makanan tadi?  Sebenarnya tuala wanita juga adalah produk yang diproses.  Walaupun dipek sebaik mungkin ia akan melalui suatu jangkamasa dan bahan didalamnya juga akan rosak.  Sama seperti produk makanan dalam tin, tepung dan mi, pembungkusannya sangat bagus tetapi ia akan rosak juga setelah beberapa tempoh kerana kehadiran bakteria tidak dapat dielakkan.

Jika anda sekalian perasan, tuala wanita di pasaran tidak diletakkan tarikh luput.  Tarikh luput san…

Dalam Sakit Ada Rahmat

Entri #28 : Dalam Sakit Ada Rahmat
Teks : Siti Mariam MorshidiAssalamualaikumBatuk
Sakit Tekak
DemamSatu ujian buat diri yang sudah hampir masuk ke trimester ketiga mengandung.  Dari ubat klinik kerajaan, klinik swasta, air asam jawa malah madu telah ditelan sebagai ikhtiar rawatan.  Ulang alik ke tandas agar air wudhu diperbaharui hingga banyak kali akibat terkucil.  Mujur ada pad Lexee sebagai pelindung supaya tidak basah.Bantal ditinggikan supaya batuk berkurang semasa tidur.  Di dalam hati selalu berdoa mengharapkan anak dalam kandungan sihat.  Begitulah seorang ibu, walau dirinya sakit tetap ingat insan yang disayanginya.Maafkan saya kali ini jika entri ini berbaur negatif.  Saya juga insan biasa adakalanya ditimpa juga rasa sakit.  Saya pasti ada rahmat dan hikmah di sebalik apa juga ujian.

Produk Lexee; Produk Paling Laris

Entri #27 : Produk Lexee; Produk Paling Laris
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

" Alhamdulillah, tak bocor kak walaupun pakai yang Day Use "" Rasa macam lebih jimat lagi pakai Lexee sebab tak payah balik-balik tukar "
" Selalunya ada rasa sakit senggugut, tapi bila pakai Lexee sedap pula rasa perut ni "

Syukur, tuala wanita Lexee sudah semakin mendapat tempat di hati.  Ini terbukti dari pembelian ulangan setiap bulan dan juga testimoni yang positif.  Saya sendiri bermula dengan menggunakannya untuk diri sendiri dan akhirnya menjadi ahli Lexee supaya manfaat tuala wanita Lexee ini dapat disebarkan pada semua wanita khususnya.  Saya ucapkan tahniah bagi yang telah berubah daripada pemakaian tuala wanita yang biasa kepada tuala wanita Lexee.

Dalam Syarikat Redlife, 3 produk ini merupakan terlaris dan paling diminati.  Ini adalah kerana ia banyak membantu merawat wanita yang mengalami haid yang te…

Kelebihan dan Kekurangan 'Shopping Online'

Entri #26 : Kelebihan dan Kekurangan 'Shopping Online'
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Semenjak internet diperkenalkan pelbagai kemudahan kita boleh dapati termasuklah boleh membeli-belah atas talian atau 'shopping online'.  Daripada bisnes berasaskan produk seperti pakaian hinggalah bisnes berasaskan servis seperti khidmat tukang urut wujud walaupun di alam maya.  Macam-macam ada 😊😊😊.  Hanya di hujung jari kita maklumat semua boleh sampai dengan beberapa saat sahaja.

Saya sendiri merupakan salah seorang penggemar 'shopping online' dan apa yang saya suka tentangnya ialah :

menjimatkan masa kerana tidak perlu sibuk nak cari tempat letak kereta, mengharungi kesesakan lalulintas dan tengah malam pun boleh lagi 'shopping'.  Tak perlu nak tunggu kedai buka.tak stress sebab tak perlu bawa anak-anak.  Jika keluar, keperluan anak-anak perlu dibawa sekali seperti susu, 'standby' baju tukar, pampers dan banyak lagi keperluan.�…

Fokus Pada Yang Baik-Baik

Entri #25 : Fokus Pada Yang Baik-Baik
Teks : Siti Mariam Moshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Setiap hari banyak perkara yang kita lalui sehinggakan ada juga perkara yang menganggu fokus kita sebagai hamba Allah.  Adakala terleka sangat dengan menguruskan anak sehinggakan kita lupa sabagai tanggungjawab sebagi isteri.  Leka sangat dengan bisnes sehinggakan solat pun di hujung waktu.

Saya nak ajak diri sendiri terutamanya dan juga saudari sekalian supaya sentiasa berada dalam landasan dengan memastikan :

niat yang betulrancang aktiviti sehariancari hikmah di sebalik perkara yang berlakumuhasabah selalubertolak ansur jika pendapat orang lain tidak sama dengan kitamengurus masa sebaiknya seawal SubuhYa, saya akui memang sukar terutamanya apabila tiada pembantu rumah dan suami bekerja di luar kawasan.  Semuanya dihadapi sendiri dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi.  Saya akhiri dengan satu kata-kata dari Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, "Berpergian dari satu tempat ke…

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 2

Entri #24 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 2
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Koleksi Peribadi ( Hasil Edit dari blog )

Soalan: Mengapa Lexee menggunakan gel ya sebab saya kurang gemar tuala wanita yang ada gel.  Sukar dibasuh pula tu dan tandas pun boleh tersumbat.

Jawapan: Gel yang digunakan di dalam tuala wanita Lexee ini mengandungi sebatian kolegen.  Ia berfungsi untuk menyerap bau dan cecair sehingga 8-12 jam.  Teknologi ini merupakan teknologi polimer penyerap lutsinar dari Jepun dan ia mempunyai kuasa penguncian air yang tinggi.  Polimer ini (gel) larut sepenuhnya dalam air dan bercirikan mesra alam.  Jadi jangan risau, kerana ia tidak menyumbatkan tandas.

Soalan: Harga pad Lexee mahal sangat.Tak berbaloi membelinya.

Jawapan: Saya setuju dan mengakuinya.

Untum makluman, pad Lexee ini bukanlah pad biasa.  Ia adalah pad yang direka untuk kesihatan vagina wanita.

Pad Lexee dibuat daripada 100% kapas yang berkualiti, bebas bahan kimia dioksin, me…

Aplikasi Android Pregnancy + : Perkembangan Bayi 25 Minggu

Entri #23 : Aplikasi Android Pregnancy + : Perkembangan Bayi 25 Minggu
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi


Assalammu'alaikum

Sebagai ibu perkara antara perkara yang bermain di mindanya ialah apakah bayi dalam kandungan sihat atau tidak.  Saya juga tidak terlepas dari perkara ini.  Alhamdulillah teknologi sekarang seperti 'ultrasound' memudahkan doktor memantau perkembangan bayi kita dalam kandungan.

Malah, ada banyak aplikasi di 'Playstore' boleh dimuat turun secara percuma di telefon bimbit.  Antara aplikasi yang saya gunakan ialah 'Pregnancy +'.  Aplikasi ini juga menawarkan maklumat yang lebih tetapi perlu dibayar.  Kelebihan aplikasi ini ialah ia memberitahu minggu kehamilan kita, anggaran saiz bayi mengikut minggu, tarikh temujanji di klinik dan yang seronoknya gambarnya yang cukup menarik bagi saya :-).

Pada minggu kehamilan yang ke-25 misalnya, berat bayi dianggarkan di antara 660-1000g dan panjangnya di antara 13-15 inci.  Ia digambarkan seperti sa…

Vagina Health Test Kit

Entri #22 : Vagina Health Test Kit
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto: Google dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Memandangkan ramai pelanggan yang bertanya, jadi hari ini saya nak kongsikan mengenai satu alat uji yang diberikan PERCUMA bagi setiap pek pantiliner atau tuala wanita Lexee iaitu Vagina Health Test Kit.

Sebelum saya teruskan,  mari kita tengok gambar di bawah di manakah lokasi sebenar vagina.





Kegunaan Vagina Health Test Kit:

Untuk menguji tahap kesihatan vagina kitaMenentukan apakah vagina kita sihat atau memerlukan rawatan Anda boleh lakukan sendiri dirumah dan hasil ujian hanya dalam masa 30 saat sahaja ! Mudah bukan.
Kandungan Vagina Health Test Kit: Mengandungi 2 item: Putik Kapas (Yang telah disteril)Kad Measuring Indicator


Cara penggunaannya ialah: Ambil cecair di sekeliling vagina menggunakan putik kapas yang diberikan.Calitkan cecair tadi bahagian 'measuring tape' berwarna kuning.Tunggu selama 30 saat.  'Measuring tape' tadi akan menunjukkan hasil ujian da…

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 1

Entri #21 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 1
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Soalan : Mengapa pita hijau pada pad Lexee sudah bertukar kepada berwarna putih? Adakah ia produk ciplak?

Jawapan: Terima Kasih kerana menjadi pengguna bijak Tuala Wanita Lexee.

Bagi menjaga kepentingan, kualiti dan keistimewaan Lexee, pihak syarikat telah bertanggungjawab dengan mempatenkan Lexee agar pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan untuk meniru atau menciplak produk serta tidak menyamakan mana-mana produk yang berada di pasaran ketika ini.

Ia juga dipatenkan agar para pengedar LEBIH berasa selamat, tidak keliru dan yakin untuk mempromosikannya.  Ia juga merupakan satu KEISTIMEWAAN bagi para pengedar kerana Lexee  merupakan satu-satunya tuala wanita yang pertama kali dipatenkan di pasaran Malaysia.

Untuk makluman, tuala wanita Lexee kini berinovasi baru dengan penambahan teknologi baru iaitu Nano Silver.  Lexee yang dahul…

Jangan Lupa 3 Perkara Ini Walaupun Sibuk

Entri #20 : Jangan Lupa 3 Perkara Ini Walaupun Sibuk
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Anak-anak sudah lega sebab peperiksaan akhir tahun sudah pun tamat.  Sekarang mereka menghitung hari untuk cuti sekolah pula.  Saya pasti guru-guru pula sibuk untuk menanda kertas jawapan dan juga membuat persediaan majlis penghargaan buat pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

Para surirumah pula masih lagi dengan rutin harian mereka untuk menyiapkan sarapan pagi, menggosok baju sekolah dan seterusnya menghantar anak-anak ke sekolah.  Rutin ini bakal berubah di masa cuti sekolah nanti.  Para suri sekalian sudah memikirkan aktiviti yang sesuai anak-anak tak nanti?  Anak-anak saya mahu belajar masak dan menjahit katanya.  Tak apa, nantilah ummi fikirkan apa yang patut.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan sehari-hari, jangan lupa 3 perkara ini :

Solat Sunat : Buatlah mana yang mampu seperti solat sunat Dhuha, solat Hajat, solat Witir  atau s…

Jangan Risau,Blog Kan Ada

Entri #19 : Jangan Risau, Blog Kan Ada
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Assalamualaikum
Hari ini cuaca cerah, jemuran di luar pun cepat kering Alhamdulillah.
Bagi seorang usahawan, pernah tak berlaku situasi seperti di bawah : - Jual produk kepada keluarga, ditolak mentah-mentah
- Jual pada kawan, tiada respon dan bila ditanya pula senyap sunyi pula
- Jual di gerai pula, modal boleh hangus
- Nak buka kedai, bajet pula tidak mencukupi
Kecewa tak? Normal lah tu jika ada perasaan begini tapi jangan dibiarkan lama-lama, nanti memakan diri.
Jadi, solusinya apa? Apa kata kita bina blog. Blog ni percuma dan ia 'berkawan baik' dengan Google.
Cuma ia perlu ada usaha yang konsisten untuk menulis.  Dengan kata carian yang betul, memang ia membantu blog berada di halaman pertama . Satu lagi kelebihan blog ialah maklumat yang nak dikongsikan lebih banyak dan teratur berbanding facebook.  Label pun boleh diatur mengikut keutamaan.  Maklumat pun boleh tersimpan bertahun-tahun dan boleh …

Rutin Temujanji Di Klinik

Entri #18 : Rutin Temujanji Di Klinik
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Dah masuk trimester yang kedua, langkah saya semakin perlahan, mengah dan semakin berselera untuk makan.  Anak-anak pun sudah menegur perut umminya semakin gemuk, semakin membesarlah maknanya tu.  Saya bersyukur klinik tidak jauh daripada rumah, cuma saya perlu datang awal untuk mengambil nombor giliran.Temujanji dengan doktor atau jururawat yang bertugas amat penting untuk memastikan si ibu dan anak yang dikandung berada dalam kesihatan yang baik.

Saya ada dua temujanji, sekali dengan doktor dan sekali lagi dengan jururawat.  Temujanji dengan jururawat kebiasaannya pemeriksaan adalah berbentuk umum seperti pengambilan darah dan air kencing di makmal, berat ibu, pemeriksaan di bahagian perut dan tekanan darah.  Jika ada masalah mereka rujuk terus kepada doktor tetapi jika sebaliknya mereka sendiri yang memberikan tips dan nasihat kesihatan kepada ibu. Manakala temujanji dengan doktor pula,…

Tuala Wanita Overnight Use Lexee Membantu Ibu Ceria Di Masa Pantang

Entri #17 : Tuala Wanita Overnight Use Lexee Membantu Ibu Ceria Di Masa Pantang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Mengimbau kenangan semasa berpantang, saya teringat susah payah seorang ibu bukan setakat sakit semasa bersalin tetapi ia berterusan selepas itu.  Patutlah dalam masyarakat kita Melayu khasnya, penjagaan semasa dalam pantang amat PENTING untuk memastikan seorang ibu sihat sepenuhnya.

Dari aspek pemakanan memang amat dijaga supaya ibu tidak mudah terkena angin, sakit urat, bentan, tumpah darah, sembelit,meroyan dan luka di bahagian intim.  Bagi ibu yang bersalin normal, jahitan di bahagian intim adakalanya boleh terbuka semula jika tidak dijaga sebaiknya.  Perkara inilah antara yang ditakuti oleh para ibu.  Syukur, saya dijaga sepenuhnya oleh ibu mertua semasa dalam pantang.  Memang ibu mertua amat tegas dalam hal ini, malah jika saya berjalan agak laju dia akan menegur supaya beringat-ingat.  Pemakaian seperti stokin, barut dan minyak panas jangan sekali d…

16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee

Entri #16 : 16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee
Teks dan Foto: Siti Mariam Morshidi


Assalammu'alaikum

Di media sosial, saya aktif untuk memberikan maklumat dan menyebarkan kebaikan produk Lexee ini.  Mungkin para wanita di luar sana tertanya-tanya mengapa saya  menyarankan anda memakai tuala wanita Lexee ini.

Baiklah saya cuba memberitahu secara umum ya.


Ia berasaskan 100% kapas asli.Bukan dari bahan kitar semula dan sisa buangan.Bebas racun dioksin.Bertahan sehingga 12 jam.Sentiasa kering,segar dan selesa.Mempunyai 8 lapisan untuk pad dan 5 lapisan untuk pantiliner.Menghilangkan bau busuk.Mengatasi ketidakselesaan semasa haid.Menyedut kotoran yang tersimpan.Menyedut gumpalan darah dalam uterus.Mengatasi masalah kegatalan.Mudah dicuci.Amat nipis dan selesa.Rasa sejuk dan nyamanBerbau bunga-bungaan.Mengelakkan punca kanser pangkal rahim.   Kalian boleh rujuk entri saya yang lepas untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai tuala wanita Lexee.  InsyaAllah, saya akan s…