Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee

Entri #16 : 16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee
Teks dan Foto: Siti Mariam Morshidi


Assalammu'alaikum

Di media sosial, saya aktif untuk memberikan maklumat dan menyebarkan kebaikan produk Lexee ini.  Mungkin para wanita di luar sana tertanya-tanya mengapa saya  menyarankan anda memakai tuala wanita Lexee ini.

Baiklah saya cuba memberitahu secara umum ya.


Ia berasaskan 100% kapas asli.Bukan dari bahan kitar semula dan sisa buangan.Bebas racun dioksin.Bertahan sehingga 12 jam.Sentiasa kering,segar dan selesa.Mempunyai 8 lapisan untuk pad dan 5 lapisan untuk pantiliner.Menghilangkan bau busuk.Mengatasi ketidakselesaan semasa haid.Menyedut kotoran yang tersimpan.Menyedut gumpalan darah dalam uterus.Mengatasi masalah kegatalan.Mudah dicuci.Amat nipis dan selesa.Rasa sejuk dan nyamanBerbau bunga-bungaan.Mengelakkan punca kanser pangkal rahim.   Kalian boleh rujuk entri saya yang lepas untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai tuala wanita Lexee.  InsyaAllah, saya akan s…

Sederhana Dalam Meraikan Anak-Anak

Entri #15 : Sederhana Dalam Meraikan Anak-Anak Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah
Hari ini anak-anak semuanya bercuti sempena Deepavali.  Saya sudah membayangkan betapa meriahnya bila semua berkumpul.  Oleh kerana hari ini hari Jumaat, program yang bersiaran di televisyen pun banyak yang elok untuk ditonton. 
Sebenarnya nak meraikan anak-anak ini tidaklah sesusah mana walaupun kekadang anak-anak bercerita kawan-kawannya menyambut harijadi di restoran terkenal.  Mungkin itulah keinginan mereka tapi bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.  Yang penting ikut kemampuan yang ada pada diri.
Nak dijadikan cerita, pada hari Ahad lepas adalah harijadi yang ke 9 tahun anak saya yang ketiga.  Memang saya diingatkan supaya tidak lupa tarikh tersebut.  Begitulah ragam anak-anak. Kali ini sambutan memang ringkas sebab banyak jemputan kenduri pada hari tersebut.  Jadi, saya hanya sediakan kek dan hadiah sahaja.
Dengan masa yang suntuk sebab abahnya akan bermesyuarat…

Rezeki Di Awal Pagi

Entri #14 : Rezeki Di Awal Pagi
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Semenjak semalam saya mendapat mesej dari whatsapp untuk order pad dan pantiliner Lexee.  Alhamdulillah, perkongsian mengenai maklumat produk di blog, facebook dan whatsapp amat berkesan.  Yang membelinya ada yang jauh dari Tawau dan ada juga di sekitar kawasan Putatan.  Kita sebagai manusia melengkapi ikhtiar untuk menjemput rezeki datang kepada kita.  Yang menggerakkan hati-hati pelanggan untuk membeli dari kita adalah dari Allah jua.



Ia menandakan semakin ramai wanita mahukan tuala wanita yang berkualiti tanpa dioksin.  Bagi memudahkan pelanggan di sekitar Putatan,  anda juga boleh mendapatkannya di Kedai Tugu Enterprise di Taman Pasir Putih.


Bagi pelanggan yang jauh, biasanya saya akan menggunakan perkhidmatan Poslaju Malaysia.  Caj pos adalah mengikut kawasan dan juga berat bungkusan.  InsyaAllah barang akan sampai di depan pintu kalian.  Saya amat menggalakkan ku…

Testimoni Pengguna Lexee Siri 2

Entri #13 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 2
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Saya rasa terharu dan bersyukur apabila pelanggan-pelanggan berkongsi manfaat menggunakan tuala wanita Lexee.  Hari ini saya ingin berkongsi beberapa testimoni pengguna yang menggunakan tuala wanita Day Use dan Overnight Use Lexee.

Ia bukan direka, tetapi ia adalah pengalaman sebenar mereka yang menggunakannya.  Nama ditutup atas permintaan pelanggan sendiri.  Ia adalah hasil edit dari 'screenshot' perbualan bersama pelanggan di media sosial.










InsyaAllah saya akan kongsikan lagi testimoni dari semasa ke semasa.  Setiap kali pelanggan membeli dari saya, saya akan doakan agar ia membawa manfaat dan dapat membantu meningkatkan kesihatannya.

Bagi yang ingin menjadi rakan niaga Lexee atau nak order bolehlah menghubungi saya ya:
Whatsapp/Telegram: 019-838 2601 (Puan Mariam)

Overnight Use Lexee; Pelindung Wanita Di Waktu Aliran Haid Yang Banyak

Entri #12 : Overnight Use Lexee; Pelindung Wanita Di Waktu Aliran Haid Yang Banyak
Teks; Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Bagi wanita, melalui tempoh haid yang tenat dan banyak menimbulkan rasa letih, kurang yakin, takut bocor, kurang selesa, senak di bahagian perut malah senggugut hingga tahap tidak dapat melakukan sebarang aktiviti.  Oleh itu tuala wanita Overnight Lexee amat memahami situasi ini.

Mari kita lihat apakah ciri-ciri tuala wanita Overnight Use Lexee:

Ukuran panjang 32cmBersayap untuk melindungi bahagian tepi seluarPotongan bahagian belakang yang lebar mengikut bahagian punggung100% bahan semulajadi kapasTahan kebocoran kerana mempunyai 8 lapisanMenggunakan gel halus iaitu sebatian kolagen yang mampu menyerap bau hanyirLapisan terakhir mempunyai lubang udara untuk pengaliran udara yang sempurnaDibungkuskan dalam pek aluminium yang berwarna BIRUMempunyai stiker yang boleh lekat semula untuk menjamin kebersihan. Habuk dan serangga tidak…

3 Pesanan Ayahanda Yang Masih Kekal Di Ingatan

Entri #11 : 3 Pesanan Ayahanda Yang Masih Kekal Di Ingatan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Suatu pagi sambil melambai anak-anak dalam kereta ke sekolah terdengar bunyi siulan burung.  Subhanallah, indah sungguh bunyinya sehinggakan saya terkenang kembali masa indah zaman kanak-kanak.  Tak jauh bezanya bunyi tersebut dengan masa lalu.  Syukur saya dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan hal agama dan hubungan kekeluargaan.

Apabila terbaca kisah-kisah kehidupan kanak-kanak lain di zaman sekarang, terus terlintas di hati apa sudah jadi dengan ayah zaman sekarang.  Kes haruan makan anak, pencabulan dan penderaan seksual sangat menyentap isi jantung ini. Ya Allah, lindungilah kami dan anak-anak serta generasi kami dari perlakuan zalim ini.

Setiap insan yang mempunyai ibu dan ayah pasti mempunyai memori yang tersimpan.  Begitu juga pesanan atau nasihat mereka yang masih kita ingat walaupun lama sudah masa berlalu dan kita pun telah dewasa.  Ayah …

Tuala Wanita Dan Dioksin;Pembunuh Wanita Dalam Senyap

Entri #10 : Tuala Wanita Dan Dioksin; Pembunuh Wanita Dalam Senyap
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto: Google dan Koleksi Peribadi

Assalammua'laikum

Tuala wanita dalam kehidupan seorang wanita memang tidak dapat dipisahkan.  Ia digunakan semasa wanita mengalami sedang haid dan nifas untuk menyerap darah yang keluar.  Secara puratanya wanita menggunakan sebanyak 15,000 keping dalam tempoh haid sepanjang hidupnya.  Itu tidak termasuk penggunaan pantiliner yang biasanya digunakan secara harian.


Dioksin pula ialah bahan kimia yang disifatkan paling toksik oleh saintis.  Ia adalah 900 kali ganda lebih beracun dan berbahaya daripada Arsenik.  Kebanyakan tuala wanita di pasaran dibuat daripada sisa kertas atau kertas kitar semula.  Proses kitar semula ini menggunakan bahan kimia  seperti klorin, fluoresen dan bahan pelembut untuk menghilangkan warna dan bau.


Kajian perubatan membuktikan toksin dioksin ini walaupun pada kadar yang rendah masih berupaya menyebabkan kanser rahim, kanser payud…

Day Use Pad Lexee Untuk Wanita Dalam Haid Dan Nifas

Entri #9 : Day Use Pad Lexee Untuk Wanita Dalam Haid Dan Nifas
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi



Assalammu'alaikum

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu lagi tuala wanita yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan iaitu Day Use Pad Jenama Lexee.  Mengapa saya memilih jenama ini padahal banyak lagi jenama lain di luar sana adalah kerana ia bebas dari acaman kimia dioksin.  Ancaman kimia dioksin ini saya akan ceritakan pada entri yang lain.

Mari kita ketahui dahulu ciri-ciri Day Use Pad Lexee:

Ukuran panjang 24cmRekabentuk bersayap100% kapasDireka khas dengan 8 lapisan untuk menjamin keselesaan tanpa kebocoranMenggunakan gel halus bebas kimia yang mengandungi sebatian kolagen dan penyerap bauLapisan terakhir yang mempunyai lubang-lubang udara bagi pengaliran udara sempurnaDibungkuskan di dalam pek aluminium foil berwarna MERAH JAMBU/PINKMempunyai stiker untuk menutup semula pek memastikan kebersihan ( hygiene ) produkTerdapat 10 keping Day Use Pad dalam setiap pekSeti…

Etika Batuk

Entri #8 : Etika Batuk
Teks : Siti Mariam MorshidiFoto : Google

Alhamdulillah

Hari ini merupakan temujanji saya di klinik untuk pemeriksaan rutin ibu mengandung.  Walaupun jaraknya tidak terlalu jauh daripada rumah tetapi saya perlu datang awal untuk memastikan saya dapat tempat letak kereta yang dekat dengan pintu masuk.  Faham-faham sajalah bila mengandung, berjalan dua tiga langkah pun seperti 100 meter jaraknya.
Semasa menunggu giliran yang hampir 1 jam, saya terlihat satu pamplet yang dilekatkan di satu papan kenyataan.  Ia adalah mengenai Etika Batuk.  Rupa-rupanya batuk pun ada adabnya.  Nampak seperti perkara remeh tetapi sebenarnya perlu kita prihatin.  Dari situ datang idea untuk entri blog seterusnya :-) .
Dari maklumat pamplet tersebut, antara penyakit serius yang berpunca dari batuk dan bersin ialah influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk ( SARS ) dan tibi.
Oleh sebab itu, untuk mencegah penyakit ini merebak kita perlulah mengikuti langkah-langkah berikut …

Tips Ringkas Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Yang Menghadapi Peperiksaan

Entri #7 : Tips Ringkas Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Yang Menghadapi Peperiksaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Pusat Pendidikan Islam An Nur Tahfiz,Austral

Assalammu'alaikum

Hari ini merupakan minggu peperiksaan buat anak-anak saya.  Bila anak-anak ada ujian, sebenarnya ibu bapa pun menghadapi pelbagai emosi termasuklah rasa risau, tekanan dan stress.  Tak senang duduk kita dibuatnya.  Itulah fitrah kita sebagai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak kita berjaya.


Apa yang saya kongsikan disini adalah merupakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang ibu.

1.  Mengatur Jadual Waktu Anak-anak

Jika anak-anak belum pandai lagi mengatur jadual waktu, kita sebagai ibu bapa perlulah mengatur jadual waktu harian mereka.   Waktu-waktu untuk melihat televisyen, bermain dan mengaji perlu diperhatikan. Jangan dibiarkan mereka sewenang-wenangnya menggunakan masa yang ada dengan perkara yang kurang berfaedah.  Semakin dekat dengan waktu peperiksaan semakin ketatlah jadual merek…

Testimoni Pengguna Lexee Siri 1

Entri #6 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 1
Teks : Siti Mariam Morshidi Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah, beberapa orang pelanggan saya sudah merasai manfaat dan kehebatan produk Lexee.  Kebanyakannya meminta saya menutup nama atau identiti mereka.  Saya menghormati permintaan pelanggan dan saya akan kongsikan respon mereka yang positif.
Untuk Siri 1 ini,saya akan kongsikan dahulu beberapa testimoni pengguna pantiliner Lexee ya.



Bagi yang belum mengetahui maklumat mengenai Pantiliner Lexee, sila klik DI SINI.

Mudahnya Berblog Dengan Aplikasi Blogger Untuk Android

Entri #5 : Mudahnya Berblog Dengan Aplikasi Android
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi
Semasa membuat kerja mengemaskini  blog yang diamanahkan oleh Guru Blog saya Puan Aishah Hussein, saya sebagai pelajar Akademi Bekerja Di Rumah perlu membuat sebanyak 44 entri untuk peringkat awal.  Dengan gigihnya saya berusaha seawal pagi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk cuba menyiapkan satu entri untuk satu hari.
Walaupun saya berusaha untuk mengelakkan kesalahan ejaan dan struktur ayat, namun atas kecuaian ia berlaku juga setelah beberapa kali disemak sebelum menekan butang 'publish'.  Kesalahan ini kebiasaannnya saya perasan apabila saya semak melalui telefon bimbit.  
Daripada masalah tersebut saya pun terfikir ada tak aplikasi blogger khas buat android.  Bukannya apa, ia lebih mudah dicapai berbanding menggunakan komputer atau pun komputer riba.  Sambil baring, sambil duduk, sambil masak pun boleh edit.  Bila saya membuat carian melalui aplikasi 'Playstore…

3 Tips Penting Untuk Menjadi Surirumah Yang Berjaya Di Dalam Perniagaan

Entri #4 : 3 Tips Penting Untuk Menjadi Surirumah Yang Berjaya Di Dalam Perniagaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi


Pernah tak diri kita didenda oleh cikgu semasa di sekolah dulu? Saya pasti setiap diri kita menyimpan memori ini dan bila dikenang kembali boleh membuatkan kita tersenyum sendirian. Tujuan denda tersebut tidak lain dan tidak bukan agar kita menjadi pelajar yang berdisiplin.

"Dengan adanya disiplin barulah kita berjaya"


Untuk menjadi surirumah yang berjaya di dalam perniagaan,ada 3 disiplin yang PENTING untuk dilakukan :
Perancangan Jadual Waktu Yang Efisien Setiap Hari: Jadual waktu bagi setiap kita adalah berbeza.Jika mempunyai anak yang masih kecil jadualnya banyak mengikut masa mereka tidur,makan dan bangun.  Malah jika ibu sedang menyusukan bayi juga mengambil masa yang panjang dalam sehari.  Jika ini berlaku, mungkin para ibu boleh membuat sesuatu kerja semasa anak sedang tidur.  Bagi yang mempunyai anak yang sudah besar sedikit, jadua…

Pantiliner Lexee; Pelindung Harian Wanita Yang Istimewa

Entri #3 : Pantiliner Lexee; Pelindung Harian Wanita Yang Istimewa
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk yang banyak membantu saya sebagai wanita dan muslimah iaitu Pantiliner Lexee.Saya bukan mengatakan pantiliner di luar sana tidak baik; kerana pilihan dan keputusan yang bijak adalah di tangan anda juga. Saya yakin kerana saya sendiri yang sudah memakainya dan merasai banyak perubahan positif jadi apa salahnya saya mempromosi produk yang bagus ini.


Ciri-ciri Pantiliner Lexee:

Ukurannya ialah 15.5cmMerupakan 100% daripada kapasDireka dengan 5 lapisan kapas, namun nipis untk keselesaan pemakaiLapisan terakhir yang mempunyai lubang udara bagi memastikan pengaliran udara yang baikPembungkusan yang terbaik di dalam pek aluminium foil berwarna hijauMempunyai stiker yang boleh ditutup semula agar tidak dimasuki serangga atau habuk.  Dari sudut ini,kualiti kebersihan sangat terjamin berbanding pantiliner di pasa…

Program Terokai Kreativiti Dan Inovasi 2016

Entri #2 : Program Terokai Kreaviti Dan Inovasi 2016
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Meraikan hujung minggu anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat adalah satu perkara yang mesti diisi agar anak-anak tidak bosan di hujung minggu.  Alhamdulillah,pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas (7-9 Oktober 2016),  satu program Terokai Kreativiti Dan Inovasi anjuran Perpustakaan Negeri Sabah telah diadakan.  Program ini bertujuan untuk memupuk minat anak-anak seawal umur 4 tahun untuk minat dalam bidang Sains khususnya dalam bidang rekacipta.  Ia juga membangkitkan agar minda kreatif dan memantapkan kemahiran berfikir .

Sebelum bermula, semua peserta akan mendaftar di kaunter pendaftaran dan mendapat pasport.  Pasport dalam bentuk kad tersebut bertujuan untuk mengumpul markah.  Markah yang minimum ialah 100 dan hadiah boleh ditebus berdasarkan markah tadi.  Semakin besar markah, semakin tinggi peluang mendapat hadiah yang hebat secara PERCUMA.  Saya suka konsep begini sebab…

Hari Jadi Yang Ke 38 Tahun

Entri #1 : Hari Jadi Yang Ke 38 Tahun
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Genap 38 tahun sudah diri ini berada di muka bumi Allah pada 5 Oktober yang lepas.  Jika dihitung segala nikmat yang telah Allah kurniakan; tidaklah terkira banyaknya.  Terasa seakan banyaknya hutang amalan untuk bekal di akhirat nanti.

Sebenarnya, dari pagi lagi anak-anak bertanya,ada kek tak nanti.  Saya hanya tersenyum dan menjawab, kek harijadi dibeli oleh orang lain bukan si penyambutnya.  Sebenarnya hadiah adalah suatu tanda kasih sayang dan keprihatinan buat insan yang disayangi.  Rasulullah s.a.w pun menyarankan agar kita saling hadiah menghadiahkan kerana ia mengeratkan hubungan sesama insan, apatah lagi jika ia adalah pasangan kita.  Bentuk hadiah itu terpulanglah kepada si pemberi mengikut kemampuan masing-masing.

Harijadi juga mengingatkan kita tentang jerih payahnya ibu kita ketika bersalin.  Ibu pernah bercerita, mudahnya dia bersalinkan saya.  Sakitnya tak lama.  …

Salam Ukhuwwah Dari Siti Mariam Morshidi

Teks: Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum wrt brt

Salam Keceriaan dan Selamat Berkenalan

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk mewujudkan blog Inspirasi Keluarga Sihat.  Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan sangat berminat dengan dunia bisnes terutamanya dari rumah.  Dalam masa saya menulis ini,saya mengandungkan anak yang keenam dan ini menggambarkan tekad saya untuk berjuang dalam dunia blog.

Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri sedikit sebanyak tentang diri saya.  Saya dilahirkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak bongsu dari lapan adik beradik.  Pernah bersekolah rendah di SRK Abang Aing, Sri Aman, kemudian berpindah ke SRK Batu Lintang,Kuching.  Seterusnya, pendidikan sekolah menengah juga diteruskan di SMK Batu Lintang, Kuching.

Walaupun mendapat tawaran yang lain selepas SPM, saya meneruskan mencari ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ekonomi (Ekonometrik).  Penga…