Monday, October 24, 2016

3 Pesanan Ayahanda Yang Masih Kekal Di Ingatan

Entri #11 : 3 Pesanan Ayahanda Yang Masih Kekal Di Ingatan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Suatu pagi sambil melambai anak-anak dalam kereta ke sekolah terdengar bunyi siulan burung.  Subhanallah, indah sungguh bunyinya sehinggakan saya terkenang kembali masa indah zaman kanak-kanak.  Tak jauh bezanya bunyi tersebut dengan masa lalu.  Syukur saya dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan hal agama dan hubungan kekeluargaan.

Apabila terbaca kisah-kisah kehidupan kanak-kanak lain di zaman sekarang, terus terlintas di hati apa sudah jadi dengan ayah zaman sekarang.  Kes haruan makan anak, pencabulan dan penderaan seksual sangat menyentap isi jantung ini. Ya Allah, lindungilah kami dan anak-anak serta generasi kami dari perlakuan zalim ini.

Ayahanda Haji Morshidi dan Bonda Hajah Taibah
Setiap insan yang mempunyai ibu dan ayah pasti mempunyai memori yang tersimpan.  Begitu juga pesanan atau nasihat mereka yang masih kita ingat walaupun lama sudah masa berlalu dan kita pun telah dewasa.  Ayah saya seorang yang pendiam, rajin,penyayang dan suka memasak.   Bila menasihati dia seorang yang bersahaja dan tidak keras.  Dalam banyak-banyak pesanannya 3 perkara inilah yang selalu saya pegang hingga ke hari ini:

  1. Bila ada kereta dari simpang, bagilah laluan kerana ia adalah sedekah.  Tak perlu nak berlumba-lumba siapa dulu yang menang semasa di jalan raya.
  2. Kamu orang perempuan banyakkan bersedekah sebab ia boleh menolong kamu di akhirat nanti.
  3. Bila kerja bertimbun anggap sahaja ia mudah diselesaikan supaya kita boleh buat sesuatu kerja dengan keadaan yang tenang dan tidak marah-marah.Kerja pun jadi ringan sebab 'mindset' sudah ditukar ke arah positif.
Nampak ringkas sahaja pesanan ini, tapi bagi saya ia mendidik hati supaya mengingati insan lain yang lebih memerlukan.  Hati muda ni kekadang tersasar dan mudah timbul rasa keakuan terutamanya bila berada di jalan raya.  Begitu juga bila kerja rumah yang tidak pandai habis, mudah sahaja rasa marah tu menerpa.

Terima Kasih ayahanda kerana bersabar mendidik kami.  Moga dirimu damai dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di sana.  Al-Fatihah

2 comments:

  1. Terima kasih sudi kongsi pesanan ringkas tetapi bermakna daripada ayahanda puan. Pesanan ketiga tu amat berharga ��

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Puan.Terima kasih sudi singgah di blog ni :-)

    ReplyDelete