Wednesday, October 12, 2016

3 Tips Penting Untuk Menjadi Surirumah Yang Berjaya Di Dalam Perniagaan

Entri #4 : 3 Tips Penting Untuk Menjadi Surirumah Yang Berjaya Di Dalam Perniagaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi


Pernah tak diri kita didenda oleh cikgu semasa di sekolah dulu? Saya pasti setiap diri kita menyimpan memori ini dan bila dikenang kembali boleh membuatkan kita tersenyum sendirian. Tujuan denda tersebut tidak lain dan tidak bukan agar kita menjadi pelajar yang berdisiplin.

"Dengan adanya disiplin barulah kita berjaya"


Stok Disusun Kemas Di Rak Khas

Untuk menjadi surirumah yang berjaya di dalam perniagaan,ada 3 disiplin yang PENTING untuk dilakukan :

  1. Perancangan Jadual Waktu Yang Efisien Setiap Hari : Jadual waktu bagi setiap kita adalah berbeza.Jika mempunyai anak yang masih kecil jadualnya banyak mengikut masa mereka tidur,makan dan bangun.  Malah jika ibu sedang menyusukan bayi juga mengambil masa yang panjang dalam sehari.  Jika ini berlaku, mungkin para ibu boleh membuat sesuatu kerja semasa anak sedang tidur.  Bagi yang mempunyai anak yang sudah besar sedikit, jadual mungkin lebih fleksibel.  Apa yang penting buat satu senarai kerja atau "list to do" setiap hari.  Sebaiknya ia dibuat malam sebelumnya, contohnya jika kerja dan aktiviti pada hari Selasa, maka hari Isnin malamnya kita dah siapkan senarai tersebut.  
  2. Ruang Khas Kerja : Sebaik-baiknya ruang khas ini dibuat di bilik, tetapi jika ruang di rumah kita agak TERHAD maka pilihlah satu sudut yang sesuai.  Anak-anak perlu dilatih dan diingatkan ia adalah zon khas buat ibu melakukan kerja, maka sebarang alat atau barang perlulah meminta kebenaran dan tidak boleh diganggu.  Mungkin susah pada mulanya tapi lama kelamaan mereka akan biasa.PERCAYALAH !
  3. Sokongan Dari Suami Dan Keluarga : Tips ini juga penting agar mereka memahami tugas kita sebagai peniaga online merangkap surirumah.  Isteri perlu memahami waktu mana yang sesuai untuk menjawab pertanyaan pelanggan, membungkus dan mengepos barang.  Suami pula sama-sama bertolak ansur menjaga anak-anak semasa isterinya sedang sibuk.  Apapun berbincanglah agar seimbang masa bersama keluarga dan berniaga.
Buat masa ini saya sendiri melakukan tugas sebagai peniaga online di siang hari terutamanya pada waktu pagi.  Mungkin jadual ini berubah bila sudah melahirkan anak yang keenam nanti.  Semoga setiap hari yang dilalui mendatangkan manfaat dan menjadi amalan kita di kemudian hari.  Pasakkan niatkan semuanya untuk mendapat redha Allah semata-mata.










No comments:

Post a Comment