Tuesday, October 18, 2016

Etika Batuk

Entri #8 : Etika Batuk
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Alhamdulillah

Hari ini merupakan temujanji saya di klinik untuk pemeriksaan rutin ibu mengandung.  Walaupun jaraknya tidak terlalu jauh daripada rumah tetapi saya perlu datang awal untuk memastikan saya dapat tempat letak kereta yang dekat dengan pintu masuk.  Faham-faham sajalah bila mengandung, berjalan dua tiga langkah pun seperti 100 meter jaraknya.

Semasa menunggu giliran yang hampir 1 jam, saya terlihat satu pamplet yang dilekatkan di satu papan kenyataan.  Ia adalah mengenai Etika Batuk.  Rupa-rupanya batuk pun ada adabnya.  Nampak seperti perkara remeh tetapi sebenarnya perlu kita prihatin.  Dari situ datang idea untuk entri blog seterusnya :-) .

Dari maklumat pamplet tersebut, antara penyakit serius yang berpunca dari batuk dan bersin ialah influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk ( SARS ) dan tibi.

Oleh sebab itu, untuk mencegah penyakit ini merebak kita perlulah mengikuti langkah-langkah berikut :

1-Pakai penutup hidung dan mulut.

2-Palingkan muka daripada orang lain dan makanan.

3-Ketika bersin atau batuk, tutup hidung dan mulut dengan menggunakan tisu atau sapu tangan. Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah.

Jika tiada pilihan lain, tutup dengan lengan baju atau skaf.  Elakkan daripada bersentuhan selagi baju tidak ditukar.

4-Elakkan dari tempat yang sesak.

5-Elakkan dari menyentuh muka, mulut dan hidung.

6-Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala muka.

Maklumat ini sangat berguna terutamanya bagi para pelajar dan pekerja yang pekerjaannya melibatkan ramai orang. Mencegah sememangnya lebih BAIK daripada mengubati.  Jom hargai kesihatan kita sekarang sebelum terlewat.

No comments:

Post a Comment