Skip to main content

Salam Ukhuwwah Dari Siti Mariam Morshidi

Teks: Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum wrt brt

Salam Keceriaan dan Selamat Berkenalan

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk mewujudkan blog Inspirasi Keluarga Sihat.  Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan sangat berminat dengan dunia bisnes terutamanya dari rumah.  Dalam masa saya menulis ini,saya mengandungkan anak yang keenam dan ini menggambarkan tekad saya untuk berjuang dalam dunia blog.

Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri sedikit sebanyak tentang diri saya.  Saya dilahirkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak bongsu dari lapan adik beradik.  Pernah bersekolah rendah di SRK Abang Aing, Sri Aman, kemudian berpindah ke SRK Batu Lintang,Kuching.  Seterusnya, pendidikan sekolah menengah juga diteruskan di SMK Batu Lintang, Kuching.

Walaupun mendapat tawaran yang lain selepas SPM, saya meneruskan mencari ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ekonomi (Ekonometrik).  Pengajian di universiti memang memerlukan keazaman dan disiplin yang tinggi.  Bidang pengkhususan yang saya pilih tidak ramai yang mahu kerana mungkin banyak bermain dengan rumus dan nombor.  Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya.

Di universiti juga saya bertemu jodoh dengan suami yang belajar di bidang undang-undang.  Beliau banyak mendidik saya erti kehidupan sebenar dalam mempraktikkan keluarga yang Islami.  Di rumah, kami saling bekerjasama untuk membuat kerja rutin di rumah.  Ketiadaan pembantu rumah membuatkan kami sekeluarga lebih berdikari.

Pada tahun 2009, saya mula berjinak-jinak dalam bisnes online.  Bisnes saya yang pertama ialah menjadi pembekal tudung labuh dan juga telekung solat.  Selepas hampir 6 tahun dalam bidang ini, saya mula berminat dalam bidang kesihatan.  Kecenderungan ini bermula apabila melihat mertua sakit kronik.Di situ saya, tersedar betapa kesihatan penting untuk dijaga sejak dari awal lagi.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengajak para surirumah untuk menambahkan pendapatan sendiri.  Kehidupan di era moden ini memerlukan pendapatan tambahan untuk keperluan seperti dalam bidang pendidikan yang terbaik,makanan yang berkhasiat dan kenderaan yang selesa.  Oleh itu, blog adalah salah satu cara yang mudah untuk menjadi medium promosi bisnes yang dijalankan.

Harapan dan azam saya ialah agar perkongsian saya di blog ini dapat dijadikan rujukan, iktibar dan panduan khususnya wanita di luar sana.  Ibu yang sihat mampu memberikan keceriaan dalam rumahtangga.

Terima Kasih buat yang sudi membaca

Wassalam

Siti Mariam Morshidi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…