Friday, October 28, 2016

Sederhana Dalam Meraikan Anak-Anak

Entri #15 : Sederhana Dalam Meraikan Anak-Anak
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini anak-anak semuanya bercuti sempena Deepavali.  Saya sudah membayangkan betapa meriahnya bila semua berkumpul. 
Oleh kerana hari ini hari Jumaat, program yang bersiaran di televisyen pun banyak yang elok untuk ditonton. 

Sebenarnya nak meraikan anak-anak ini tidaklah sesusah mana walaupun kekadang anak-anak bercerita kawan-kawannya menyambut harijadi di restoran terkenal.  Mungkin itulah keinginan mereka tapi bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.  Yang penting ikut kemampuan yang ada pada diri.

Nak dijadikan cerita, pada hari Ahad lepas adalah harijadi yang ke 9 tahun anak saya yang ketiga.  Memang saya diingatkan supaya tidak lupa tarikh tersebut.  Begitulah ragam anak-anak.
Kali ini sambutan memang ringkas sebab banyak jemputan kenduri pada hari tersebut.  Jadi, saya hanya sediakan kek dan hadiah sahaja.

Dengan masa yang suntuk sebab abahnya akan bermesyuarat pada malam tersebut, kami mulakan dengan bacaan doa dan sesi potong kek sebagai kenang-kenangan.
Itupun dah cukup menggembirakan hati anak-anak.  Bagi ibunya pula, ia akan mengimbau kenangan saat-saat melahirkan mereka di dunia.  Setiap anak mempunyai ceritanya tersendiri.
Semoga sambutan kali ini meninggalkan memori yang indah buat mereka nanti.

No comments:

Post a Comment