Tuesday, November 15, 2016

Fokus Pada Yang Baik-Baik

Entri #25 : Fokus Pada Yang Baik-Baik
Teks : Siti Mariam Moshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Setiap hari banyak perkara yang kita lalui sehinggakan ada juga perkara yang menganggu fokus kita sebagai hamba Allah.  Adakala terleka sangat dengan menguruskan anak sehinggakan kita lupa sabagai tanggungjawab sebagi isteri.  Leka sangat dengan bisnes sehinggakan solat pun di hujung waktu.

Saya nak ajak diri sendiri terutamanya dan juga saudari sekalian supaya sentiasa berada dalam landasan dengan memastikan :

  • niat yang betul
  • rancang aktiviti seharian
  • cari hikmah di sebalik perkara yang berlaku
  • muhasabah selalu
  • bertolak ansur jika pendapat orang lain tidak sama dengan kita
  • mengurus masa sebaiknya seawal Subuh
Ya, saya akui memang sukar terutamanya apabila tiada pembantu rumah dan suami bekerja di luar kawasan.  Semuanya dihadapi sendiri dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi.  Saya akhiri dengan satu kata-kata dari Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, "Berpergian dari satu tempat ke tempat yang lain tidak akan membahagiakanmu selama engkau tetap membawa kesedihan dalam hatimu.  Oleh itu, campakkanlah kegelisahan dari relung-relung hatimu dan isilah dengan kegembiraan."

No comments:

Post a Comment