Skip to main content

Jangan Lupa 3 Perkara Ini Walaupun Sibuk

Entri #20 : Jangan Lupa 3 Perkara Ini Walaupun Sibuk
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Anak-anak sudah lega sebab peperiksaan akhir tahun sudah pun tamat.  Sekarang mereka menghitung hari untuk cuti sekolah pula.  Saya pasti guru-guru pula sibuk untuk menanda kertas jawapan dan juga membuat persediaan majlis penghargaan buat pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

Para surirumah pula masih lagi dengan rutin harian mereka untuk menyiapkan sarapan pagi, menggosok baju sekolah dan seterusnya menghantar anak-anak ke sekolah.  Rutin ini bakal berubah di masa cuti sekolah nanti.  Para suri sekalian sudah memikirkan aktiviti yang sesuai anak-anak tak nanti?  Anak-anak saya mahu belajar masak dan menjahit katanya.  Tak apa, nantilah ummi fikirkan apa yang patut.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan sehari-hari, jangan lupa 3 perkara ini :

  1. Solat Sunat : Buatlah mana yang mampu seperti solat sunat Dhuha, solat Hajat, solat Witir  atau solat Tahajud.  Jika dapat buat semua setiap hari, itulah yang TERBAIK.
  2. Berzikir : Sambil kita ke tempat kerja atau tengah melakukan pekerjaan bacalah zikir.  Bila berzikir, lintasan negatif pun tak mendapat tempat di hati.  Bila hati bersih, hati pun tenang insyaAllah.
  3. Baca Al-Quran : Usahakan supaya membaca walaupun satu muka surat setiap hari.  Itulah yang paling minimum,  jika tak dapat juga pasanglah VCD Al Quran yang banyak terjual di kedai sekarang.
Bagi saya 3 perkara ini adalah yang paling minimum yang kita boleh lakukan selain dari yang amalan yang WAJIB.  Kita ini hanyalah hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan terutamanya dari sudut amalan berbanding dengan para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w.  Semoga amalan yang kita lakukan selama ini mendapat redha Allah.


Butik Faraheen di Putatan
Dapatkan juga Pad/Pantiliner Lexee di Butik Faraheen
#FaraheenVendor


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…