Wednesday, November 16, 2016

Kelebihan dan Kekurangan 'Shopping Online'

Entri #26 : Kelebihan dan Kekurangan 'Shopping Online'
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Semenjak internet diperkenalkan pelbagai kemudahan kita boleh dapati termasuklah boleh membeli-belah atas talian atau 'shopping online'.  Daripada bisnes berasaskan produk seperti pakaian hinggalah bisnes berasaskan servis seperti khidmat tukang urut wujud walaupun di alam maya.  Macam-macam ada 😊😊😊.  Hanya di hujung jari kita maklumat semua boleh sampai dengan beberapa saat sahaja.

Saya sendiri merupakan salah seorang penggemar 'shopping online' dan apa yang saya suka tentangnya ialah :

  • menjimatkan masa kerana tidak perlu sibuk nak cari tempat letak kereta, mengharungi kesesakan lalulintas dan tengah malam pun boleh lagi 'shopping'.  Tak perlu nak tunggu kedai buka.
  • tak stress sebab tak perlu bawa anak-anak.  Jika keluar, keperluan anak-anak perlu dibawa sekali seperti susu, 'standby' baju tukar, pampers dan banyak lagi keperluan.  
  • jimat duit minyak dan duit jajan anak-anak.  Malah kalau dikira mungkin ia lebih lagi dari perbelanjaan duit caj pengeposan.
  • hanya perlu tunggu dirumah barang yang diorder akan sampai.  Rasa macam istimewa sebab ianya seolah-olah kejutan dapat hadiah dari seseorang, padahal kita sendiri yang beli.  Yang ni mungkin masuk dalam bab 'perasan sendiri' 😂.
Dalam kelebihan pasti ada kekurangannya kan, jadi ini perkara yang saya kurang gemar mengenai 'shopping online' :
  • perlu berhati-hati semasa membuat pembelian kerana ada juga peniaga yang menipu dan mengambil kesempatan dalam urusniaga.
  • barang yang sampai tidak seperti yang digambarkan.  Boleh jadi salah kita sendiri kerana tidak melihatnya dengan teliti.  Nak tukar biasanya perlukan kita mengeposnya semula dan caj pos kita tanggung sendiri.
  • barang tidak sampai pada masanya atau pihak pos sampai semasa kita tiada di rumah.  Penantian memang satu penyeksaan 😫.
Nasihat saya, sebelum membuat pembelian pastikan penjual tersebut merupakan 'trusted seller'.  Antara ciri-ciri penjual online yang jujur ialah mempunyai laman web, blog niaga, ada aktiviti seperti gambar dan nombor 'tracking'.  Pastikan maklumat diteliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.  

Semoga artikel kali ini mendatangkan manfaat buat kita semua.



Pad/Pantiliner Lexee sukar didapati di tempat anda?
Jangan risau,whatsapp atau telegram ke : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

No comments:

Post a Comment