Skip to main content

Lexee Feminine Hygiene Wash

Entri #32 : Lexee Feminine Hygiene Wash
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Lexee Feminine Hygiene Wash
Entri kali ini mengenai satu lagi produk istimewa iaitu Lexee Feminine Hygiene Wash atau Pembersih Peribadi Wanita Lexee yang dirumus khas untuk wanita.  Sesetengah pembersih harian boleh menganggu keseimbangan pH dan mengakibatkan penyakit-penyakit tertentu.  pH yang seimbang ialah antara 3.8-4.5 bagi membersihkan bahagian intim anda.  Oleh itu Pembersih Peribadi Wanita Lexee sememangnya dirumus khas dengan teliti bagi memastikan julat pH sesuai bagi penggunaan berterusan.

4 Kandungan herba UTAMA:

  1. Ekstrak Minyak Daun Sirih (Piper Betle) : Sangat dikenali oleh masyarakat tempatan atas khasiat terkandung di dalamnya.  Kegunaan secara saintifiknya termasuk anti-mikrob, anti-kulat dan anti-keradangan.
  2. Ekstrak Akar Pueraria Mirifica : Sejenis herba asli yang mengandungi kelas kumpulan isofalvonoid yang dikenali sebagai fitoestrogen.  Digunakan secara meluas oleh golongan pasca menopaus.  Fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan ini dipercayai dapat merangsang keserlahan ciri-ciri kewanitaan dengan meningkatkan peredaran darah, mengawal kitaran haid serta mencantikkan wajah.
  3. Ekstrak Labisia Pumila : Dikenali sebagai kacip fatimah dan ianya digunakan turun menurun oleh wanita Melayu selepas bersalin.  Kajian saintifik mendapati ia mampu menghalang kecederaan kulit akibat pendedahan sinaran ultra ungu dan seterusnya mencegah penuaan pra-matang sel-sel kulit.
  4. Ekstrak buah Quercus Infectoria : Ia adalah sejenis tumbuhan renek yang terdapat di Greece, Syria dan Iran.  Di negara-negara Asia, tumbuhan ini digunakan sejak dahulu lagi sebagai ubatan tradisional untuk merawat penyakit-penyakit keradangan.
Kelebihan Lexee Feminine Hygiene Wash :
  • Didatangkan dalam bentuk 'foam' atau buih yang mudah dibilas dan menjimatkan.
  • Menghasilkan bauan yang lembut dan harum serta dapat memberikan ketenangan.
  • Mengurangkan rasa pedih dan membantu menyeimbangkan hormon kulit yang sensitif.
  • Mencerahkan warna kulit di bahagian keintiman.
  • Campuran daun sirih yang membantu merapatkan dan menganjalkan bahagian keintiman.
  • Bebas daripada bahan kimia Lodium Laureth Sulfat ( SLS ) atau Sodium Lauril Ether Sulfat       ( SLES )
  • Boleh digunakan sebagai pencuci muka atau shaving (pencukur muka) untuk lelaki
  • Sesuai untuk semua wanita sama ada anda seorang gadis, isteri, ibu berpantang atau yang telah menopaus.
Dalam bentuk 'foam' yang menjimatkan

Ingin mendapatkan Lexee Feminine Hygiene Wash ?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #79 : Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Lebihan daging korban rupanya masih banyak didalam peti ais beku.  Jenuh juga lah memikirkan resepi akhirnya saya pilih resepi paprik.  Kebiasaannnya, resepi ini saya menggunakan daging ayam.  Selongkar peti ais, Alhamdulillah bahan-bahan cukup untuk memasak.  Oleh kerana daging lambat empuk, saya gunakan periuk PPC supaya lebih cepat dan anak pun tak merungut kelaparan 😉.

Baiklah ini bahan-bahannya :

500g daging siap potong kecil ( anggaran sahaja beratnya sebab daging korban dalam plastik )
3-4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar dipotong 8
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 biji limau kasturi ( diperah )
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah atau ikut sayur kesukaan anda
Garam dan air secukupnya

*ditumbuk


Cara-cara membuatnya :
1.  Panaskan se…