Skip to main content

Rutin Temujanji Di Klinik

Entri #18 : Rutin Temujanji Di Klinik
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Dah masuk trimester yang kedua, langkah saya semakin perlahan, mengah dan semakin berselera untuk makan.  Anak-anak pun sudah menegur perut umminya semakin gemuk, semakin membesarlah maknanya tu.  Saya bersyukur klinik tidak jauh daripada rumah, cuma saya perlu datang awal untuk mengambil nombor giliran.Temujanji dengan doktor atau jururawat yang bertugas amat penting untuk memastikan si ibu dan anak yang dikandung berada dalam kesihatan yang baik.

Saya ada dua temujanji, sekali dengan doktor dan sekali lagi dengan jururawat.  Temujanji dengan jururawat kebiasaannya pemeriksaan adalah berbentuk umum seperti pengambilan darah dan air kencing di makmal, berat ibu, pemeriksaan di bahagian perut dan tekanan darah.  Jika ada masalah mereka rujuk terus kepada doktor tetapi jika sebaliknya mereka sendiri yang memberikan tips dan nasihat kesihatan kepada ibu. Manakala temujanji dengan doktor pula, doktor akan memeriksa :

  •  tekanan darah
  •  menganalisis keputusan makmal seperti keputusan HB darah, keputusan air kencing dan bacaan gula
  • 'scan' bayi dalam perut.  Di sini dia akan melihat tahap perkembangan bayi seperti berat,ukuran badan, kedudukan uri dan air ketuban
Antara soalan yang akan diajukan setiap kali berjumpa ialah adakah saya mengalami keputihan.  Saya fikir ia adalah soalan yang sama diajukan untuk semua kami yang mengandung.  Keputihan adalah normal jika ia berwarna putih dan tidak gatal. Jika sebaliknya, bertukar ke warna kehijauan dan mengalami kegatalan, ia bermakna ada jangkitan sudah berlaku.  Doktor menasihatkan saya supaya tidak menggunakan sabun, basuh dari arah depan ke belakang dengan air biasa dan elakkan kelembapan dengan menggunakan pantiliner.

Alhamdulillah, saya menggunakan pantiliner Lexee sebagai ikhtiar untuk mengelakkan daripada keputihan yang kronik.  Ia selamat untuk ibu yang mengandung dipakai secara harian.  Keputihan yang tidak normal boleh menyebabkan bahaya kepada kandungan di anataranya ialah keguguran, bayi pra-matang (lahir sebelum waktu), jangkitan pada mata bayi hingga boleh menyebabkan kebutaan dan gangguan pencernaan pada bayi.  

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, mari kita banyakkan berdoa dan jagalah kesihatan diri.  Pencegahan sesuatu penyakit lebih baik dari mengubati.

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan pantiliner Lexee boleh klik DI SINI

Percuma Vagina Health Test Kid dalam setiap pek Lexee






Ingin menambah kewangan keluarga dengan produk Lexee?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 (Puan Mariam)




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…