Skip to main content

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 1

Entri #21 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 1
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Soalan :
Mengapa pita hijau pada pad Lexee sudah bertukar kepada berwarna putih? Adakah ia produk ciplak?

Jawapan:
Terima Kasih kerana menjadi pengguna bijak Tuala Wanita Lexee.

Bagi menjaga kepentingan, kualiti dan keistimewaan Lexee, pihak syarikat telah bertanggungjawab dengan mempatenkan Lexee agar pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan untuk meniru atau menciplak produk serta tidak menyamakan mana-mana produk yang berada di pasaran ketika ini.

Ia juga dipatenkan agar para pengedar LEBIH berasa selamat, tidak keliru dan yakin untuk mempromosikannya.  Ia juga merupakan satu KEISTIMEWAAN bagi para pengedar kerana Lexee  merupakan satu-satunya tuala wanita yang pertama kali dipatenkan di pasaran Malaysia.

Untuk makluman, tuala wanita Lexee kini berinovasi baru dengan penambahan teknologi baru iaitu Nano Silver.  Lexee yang dahulunya mempunyai lapisan kedua pita ion negatif (5800-6070cm3), infra red, aktif oksigen dan kini ditambahkan dengan Nano Silver.  Untuk mengaktifkan ion negatif pada pita hijau tersebut, ia perlu dibasahkan dan hijau itu diambil dari alga.

Kini lapisan kedua Lexee pita berwarna putih adalah kerana :

  •  menggunakan teknologi Nano Silver 
  • tidak perlu dibasahkan untuk mengaktifkan ion negatif
  • hanya dengan kuasa geseran (pergerakan), ion negatif dapat berfungsi !
  • kadar ion negatif meningkat ke 5800-7200cm3 !
Nano Silver daripada teknologi nano jet dengan ukuran partikel 1 per 1.000.000.000, lebih kecil dari ukuran bakteria dan virus.  Dapat membunuh bakteria lebih pantas.

Penggunaan Silver pada teknologi nano pada Lexee bertujuan sebagai antibiotik dan anti virus alami dengan rentang yang luas dan kuat, selamat dan tidak menimbulkan alergi.

Magnetik pula berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengalirkan haid menjadi lebih cepat.

Lexee masih mempunyai semburan ekstrak herba semulajadi yang selamat digunakan.  Kepekaan rasa dan bau telah didominasi oleh Nano Silver.  Ada sesetengah pengguna masih merasa mentol dan ada yang tidak.

Keistimewaan Tuala Wanita Lexee

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…