Skip to main content

Vagina Health Test Kit

Entri #22 : Vagina Health Test Kit
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto: Google dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Memandangkan ramai pelanggan yang bertanya, jadi hari ini saya nak kongsikan mengenai satu alat uji yang diberikan PERCUMA bagi setiap pek pantiliner atau tuala wanita Lexee iaitu Vagina Health Test Kit.

Sebelum saya teruskan,  mari kita tengok gambar di bawah di manakah lokasi sebenar vagina.





Kegunaan Vagina Health Test Kit:

  • Untuk menguji tahap kesihatan vagina kita
  • Menentukan apakah vagina kita sihat atau memerlukan rawatan
Anda boleh lakukan sendiri dirumah dan hasil ujian hanya dalam masa 30 saat sahaja ! Mudah bukan.

Kandungan Vagina Health Test Kit:
Mengandungi 2 item:
  1. Putik Kapas (Yang telah disteril)
  2. Kad Measuring Indicator



Cara penggunaannya ialah:
  1. Ambil cecair di sekeliling vagina menggunakan putik kapas yang diberikan.
  2. Calitkan cecair tadi bahagian 'measuring tape' berwarna kuning.
  3. Tunggu selama 30 saat.  'Measuring tape' tadi akan menunjukkan hasil ujian dalam bentuk  perubahan warna.
  4. Sila rujuk hasil ujian tadi pada 6 kotak yang berwarna.
Keputusan hasil ujian adalah seperti berikut :
  1. Normal : Tiada perubahan warna pada 'measuring tape'.
  2. Little Inflammation : Ada sedikit perubahan warna.
  3. Serious Vaginitis : Apabila warna semakin menggelap kehitaman.
Jika warna hasil ujian adalah kehitaman, saya cadangkan anda berjumpalah dengan doktor SEGERA kerana dibimbangi penyakit yang lebih serius seperti kanser serviks.

Ada juga yang bertanya, dekat farmasi ada tak dijual alat uji ini.  Setakat yang saya tahu, farmasi di sekitar Putatan memang belum ada,   tapi jangan risau dengan pembelian mana-mana pek pantiliner atau tuala wanita jenama Lexee, anda BERTUAH kerana ia didapati  secara PERCUMA.

Jadi,whatsapp/telegram order anda ke:
019 838 2601 (Puan Mariam)

InsyaAllah saya akan cuba membantu anda

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…