Skip to main content

Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan

Entri #37 : Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Di fasa trimester ketiga ini, saya sudah mula merasakan kontraksi Braxton Hicks ( BH ) atau kontraksi palsu.  Walaupun palsu ia masih menyebabkan rasa kesakitan terutamanya di bahagian perut dan ari-ari.  Perut rasa mengeras dan kekadang rasa sukar bernafas.  Sesetengah ibu tidak merasai kontraksi ini dan sesetengahnya pula akan merasainya seawal minggu yang ke 30.

Hikmah di sebalik kontraksi BH ini ialah ia melatih diri ibu agar bersedia dengan situasi sebenar bersalin nanti.  Tapi, apa bezanya dengan kontraksi sebenar nanti ?  Jom kita lihat secara umum perbandingan supaya tidak berlaku kekeliruan.

Kontraksi Braxton Hicks :

  • hanya berlaku beberapa kali sehari
  • kebiasaannya akan berhenti apabila si ibu melakukan aktiviti lain.Contohnya jika si ibu sedang berdiri, ia akan berhenti bila si ibu duduk.
  • tidak teratur
  • berlaku sekejap sahaja
  • tidak beritma
  • biasanya berlaku kurang dari 1 minit
Kontraksi Sebenar :
  • tahan lama
  • lebih teratur
  • lebih kerap
  • lebih menyakitkan
  • lebih panjang dan lebih berkala
Bagaimana nak mengurangkan kesakitan ketika berlaku Braxton Hicks?
Saya perasan apabila duduk terlalu lama, berjalan tanpa berehat, memandu kereta dan melakukan aktiviti rutin sebagai surirumah boleh menyebabkan berlakunya BH.  Saya cuba kurangkan kesakitan BH ini dengan meminum air mineral, berehat sebentar, bernafas dengan lebih dalam, mengusap-ngusap di bahagian perut sambil bercakap dengan bayi di dalam hati dan menukar aktiviti kepada yang lebih ringan.  Ada juga saranan supaya mandi air panas dapat mengurangkan BH.

Walaubagaimanapun jika berlaku;
  • pendarahan
  • lelehan yang melekit dan berdarah
  • sakit pinggang atau kekejangan
segeralah berjumpa dengan doktor untuk kepastian.  Ia mungkin petanda bahawa kalian akan bersalin.  Semoga artikel kali ini akan membantu diri saya dan ibu-ibu agar bertenang dan menikmati proses mengandung.



Ibu-ibu sudah mempunyai tuala wanita bersalin Lexee ?
Hubungi saya;
Whatsapp/Telegram  : 019 838 2601 ( Puan Mariam )



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan a…