Wednesday, December 07, 2016

Persediaan Bersalin Siri 1

Entri #34 : Persediaan Bersalin Siri 1
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Masa berlalu pantas, seperti dalam mimpi sudah pun masuk trimester 3.  Patutlah pinggang semakin sakit, nak tidur mengiring ke kiri pun salah ke kanan pun salah.  Tidur pun rasa kurang lena dan tak cukup.  Adakala mata rasa seakan 'mata panda' bila bangun pagi.  Rupanya inilah yang dialami lebih separuh wanita yang mengandung.  Ini bermakna saya tidak keseorangan dalam hal ini 😊.

Untuk persediaan bersalin saya sudah membeli secara sedikit demi sedikit supaya tidaklah terlalu beban bila dah sampai masanya nanti.  Baju bayi pula saya tidak membelinya terlalu banyak kerana baju abang dan kakaknya masih ada, hanya tinggal untuk basuh sahaja nanti.  Tidak dinafikan baju bayi yang comel membuatkan saya teruja dan geram dibuatnya.  Fitrah wanita agaknya 😂. Warna baju pula saya belikan yang umum seperti warna putih, kuning dan hijau.  Untuk anak perempuan pun boleh, anak lelaki pun boleh.  Anak-anak pula asyik meneka-neka jantina adiknya.  Maaflah, saya merahsiakan hinggalah tiba masanya nanti ya.  Sabar-sabar dulu semua.

Inilah persediaan untuk saya bersalin buat masa ini yang belum lagi lengkap.

Set Bersalin Afiat
Saya pernah menggunakan set ini semasa bersalin anak yang ketiga.  Apa yang saya suka set bersalin ini ialah aroma gel mandian serai wanginya yang menyegarkan.  Selain daripada itu, pil dan makjunnya pun mudah, hanya telan sahaja.  Boleh dikatakan lengkap jika kita membelinya dalam bentuk set.  Cuma kali ini saya membelikan ekstra gel mandian serai wangi sebab sebotol tidak mencukupi semasa saya bersalin anak ketiga dulu.  Set ini saya beli secara online bersama dengan kawan yang bakal bersalin bulan yang sama iaitu bulan Februari.
Dalam satu kotak set ini terdapat :


  • Bedak Hangat Afiat
  • Pil Jamu Afiat
  • Makjun Bawang Putih
  • Minyak Afiat
  • Akar Kayu Periuk Afiat
  • Barut Afiat
  • Tali Pembentan Afiat
  • Pati Afiat Balm
  • Feminine Care
  • Gel Mandian Serai Wangi
Bengkung Berzip Danita

Bengkung Berzip Danita

Sebenarnya saya sendiri dah ada dua set bengkung dijahit sendiri.  Tapi kali ini saya belikan bengkung ini kerana direka dengan tambahan zip supaya mudah semasa di tandas nanti.  Malah untuk memasangnya sendiri pun nampak agak tidak cerewet seperti bengkung biasa.  Ini sekadar pemerhatian sahaja sebab belum lagi ada pengalaman.  Bengkung ini juga saya beli secara online.

Tuala Wanita Lexee
Tuala Wanita Lexee yang mempunyai ion negatif untuk membasmi kuman dan bakteria

Persediaan tuala wanita juga sepenting menjaga pemakanan.  Minggu-minggu pertama kebiasaannya banyak berbaring, darah nifas juga banyak dan luka jahitan pun masih terasa sakit.  Jadi, yang sesuai ialah tuala wanita Lexee jenis Overnight sebab potongannya yang lebar di bahagian belakang.  Jika dah berkurang barulah tuala wanita jenis Day Use digunakan.  Pantiliner pula digunakan bila darah nifas dah hampir kering.

Rujuk dan klik di sini untuk info lebih lanjut:
Semoga entri kali ini membawa manfaat buat semua.  Kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman berpantang kelima-lima anak sebelum ini.


Nak guna tuala wanita Lexee untuk berpantang?
Whatsapp/Telegram ke 019 838 2601  ( Puan Mariam )
InsyaAllah saya cuba bantu 





2 comments:

  1. Mesti excited abang kakak nak dapat adik baru =)

    ReplyDelete
  2. Iya, betul tu puan.Mereka jadi lebih prihatin

    ReplyDelete