Friday, August 18, 2017

Serius Berniaga ? Pilihlah Pakej Red Kiosk

Entri #75 : Serius Berniaga ? Pilihlah Pakej Red Kiosk
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Syarikat Redlife

Alhamdulillah

Adakah anda dalam kalangan ini ? ⇓⇓
⏩ surirumah yang ingin menambah pendapatan
⏩ tengah mencari produk ' hot ' dipasaran
⏩ ingin bina legasi perniagaan
⏩ suka bina ' team ' dan minat cari ' ejen '
⏩ nak bisnes yang tidak ganggu kerjaya sekarang
⏩ tengah kumpul duit nak kahwin
⏩ tengah belajar dan nak cari duit tambahan
⏩ peminat tegar tuala wanita Lexee yang ingin menyebarkan manfaatnya


Baik, sekiranya anda dalam golongan di atas, saya amat menggalakkan anda mengambil pakej Red Kiosk dalam Syarikat Redlife lagi-lagi sekarang tawaran pakej ini hanyalah sebanyak RM 2915 sahaja berbanding dahulu RM 5830.  Lihat pakej dahulu, disini.

Tentu dalam fikiran anda sekarang, " Apa yang aku boleh dapat dari pakej ini ? Banyak tu RM 2 ribu lebih. "

Baik, inilah yang anda akan dapat :
✔ 7 Produk Pakej ( PP )
✔ 3 Lot Epoint sebanyak 350bv
✔ Bonus pairing sebanyak RM 120 : anda akan dapat pada minggu berikutnya
✔ Untung runcit sehingga 70 %
✔ Bonus pengenalan iaitu RM 15 / lot
✔ Bonus pembelian ulangan : 10 % untuk pembelian peribadi dan 6 % untuk pembelian dari rakan niaga ( tajaan / ' direct intro ' ).
    * Syarat : Pembelian lebih 50 bv ke atas.
✔ Bonus ' pairing ' iaitu RM 30 / pair
✔ Bonus penajaan kiosk sponsor kiosk sebanyak RM 250
✔ Bonus key in RM 5 / lot.
   * Untuk Pakej Red Member ( 1 PP ) : RM 5; Pakej Redpro ( 3 PP ) : RM 15; Pakej Redbiz ( 7 PP ) : RM 35 dan Pakej Kiosk ( 10 PP ) : RM 50
✔ Dapat Rebate belian
✔ Ada Rewards Card
✔ Bonus mingguan terus ke akaun ( setiap Rabu ) berdasarkan usaha anda.

 5 sebab lain mengapa anda patut menyertai bisnes ini :

  • Saiz pasaran bernilai RM 150 juta sebulan
  • Produk belian ulangan yang tinggi.
  • Tak kira musim, wanita memerlukannya setiap bulan.
  • Testimoni yang banyak dan penuh di google.
  • Syarikat yang diyakini dan berdaftar.

Terpulang kepada anda nak pilih pakej yang mana.  Produk ini nanti terus diposkan secara percuma ke rumah anda.  Boleh lihat gambar dibawah :

RP 76 : Pakej Hygiene Set

RP 72 : Pakej Lexee Mixed Set

RP 74 : Pakej Day Use Set

RP 73 : Pakej Night Use Set

RP 75 : Pakej Pantyliner Set
Nak bisnes carilah produk belian ulangan yang tinggi seperti tuala wanita Lexee.  Testimoni pun banyak.
Berminat nak masuk, daftarlah di bawah Falah Team.  Anda akan dapat sokongan terutamanya secara online :
+ Dapat maklumat dari whatsapp broadcast setiap minggu
+ Sokongan dalam group Telegram
+ Maklumat produk dari blog 
+ Nama anda akan dipaparkan diblog.  Klik disini.

Beberapa link yang berkaitan : 



Nak berjaya, kena ada usaha, modal dan tawakal yang tinggi.  Pilihlah bisnes yang bersistem kerana ia tentu lebih mudah 👍.

Hubungi saya untuk pendaftaran:
Isikan maklumat DISINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 8382601 ( Puan Mariam )








Tuesday, August 15, 2017

Cara-cara Membuat Tempahan Produk Bagi Ahli Baru Syarikat Redlife

Entri #74 : Cara-cara Membuat Tempahan Produk Bagi Ahli Baru Syarikat Redlife
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Hari ini saya ingin membantu ahli baru untuk membuat tempahan produk di laman web goredlife.com.  Jangan risau, sebenarnya mudah sahaja hanya ikut langkah demi langkah yang saya akan tunjukkan sebentar lagi.  Kalau dah biasa, ' tutup mata ' pun boleh buat, insya Allah.

LANGKAH 1 :
Buat dahulu kira-kira untuk order apa.
Kirakan sekali nilai BV.
Jumlahkan order.
Jika nilai BV kurang daripada 50, sila tambahkan caj pos. Pos ke Semenanjung ialah RM 10.60 dan pos ke Sabah / Sarawak ialah RM 31.80.
Jika nilai BV adalah lebih atau sama dengan 50, pos adalah PERCUMA.
Abaikan caj pos jika memilih untuk mengambil sendiri di HQ.

PENTING : Untuk pembelian tuala wanita Lexee: Day Use, Overnight dan Pantiliner; 1 set = 2 pek
Contoh : Order 10 pek = 5 set pad

LANGKAH 2 :
Buat pembayaran ke akaun Syarikat Redlife :
✔ AKAUN MAYBANK : 507095338224
✔ AKAUN PUBLIC BANK : 3127651208

LANGKAH 3 :
SMS ke Talian Hotline Redlife : 012 451 5339

Format SMS adalah seperti berikut :
ID :
BANK :
TOTAL :
DATE :
TIME :
E-TOPUP 

LANGKAH 4 :
Tunggu sebentar reply ' MASUK ' dari Syarikat Redlife.

LANGKAH 5 :
Klik di bahagian ' Member Login '.

Boleh ke laman web syarikat goredlife.com untuk order stok.

LANGKAH 6 :

1.  Isikan User Id anda.
2.  Isikan Password.  Boleh rujuk password pada leader anda.
3.  Isikan ' Security Code ' seperti yang tertera.
4.  Klik butang ' Log In '.

LANGKAH 7 :
Semak dahulu ' epoint Balance' sebelum membuat pembelian.  Ia akan bertambah selaras dengan jumlah pembelian anda tadi.

LANGKAH 8 :

Klik di bahagian ' Sales & Maintenance ' dan pilihlah produk yang dikehendaki.

LANGKAH 9 :

Isikan Kod Member dan tunggu pengesahan yang tidak sampai 3 saat pun.
Pilih produk yang dikehendaki.


Maklumat seperti Total Pay, ePoint Balance akan tertera secara automatik.
Pilihlah Delivery Service jika mahu diposkan ke tempat anda.  Jika mahu ambil sendiri, pilih selfpick.
Kemudian, isikan Red Kiosk.  Boleh tanyakan leader anda ya.  Contoh Red Kiosk ialah SITIMARIAM78.

Setelah itu, masukkan password anda di bahagian Pin No.
Sebaiknya, double check order anda dan klik butang SUBMIT.

LANGKAH 10 :
Horay ! Anda telah berjaya.
Sekiranya order anda berjaya, ia akan keluar secara automatik Tax Invoice dan di bahagian Payment Status tertulis Success.

Sebelum itu antara perkara yang tidak kurang penting juga, untuk langkah 1-4, ia perlu dibuat waktu kerja ya; iaitu dari Isnin hingga Sabtu pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang kecuali cuti umum.
Langkah seterusnya ( langkah 5-10 ) pula, jika dibuat selain waktu dan masa diatas pun tidak mengapa.

Nampak macam panjang tetapi jika selalu dibuat ia tidaklah terlalu rumit.  Semoga entri kali ini membantu anda.

Jom jana pendapatan dengan Redlife bersama Falah Team☺.

Ingin tahu lebih lanjut ? 
Isikan maklumat DISINI
Atau
Whatsapp / Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Thursday, August 10, 2017

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.


Bengkang Roti Versi PPC

Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

  1. Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.
  2. Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.
  3. Masukkan roti yang sudah direndam ke dalam periuk PPC.
  4. Bahan-bahan yang sudah dikisar sebati tadi dituangkan ke dalam periuk PPC.
  5. Kacau rata.
  6. Tutupkan periuk PPC dan selaraskan tombol di bahagian kiri sekali ( bake / membakar ).
  7. Tekan butang 'cake' kemudian tekan butang 'start'.
  8. Tunggu sehingga 45 minit, dah siap 😋.
  9. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan.

Sedap dimakan semasa minum petang atau sarapan pagi

Resepi ini sangat mudah dibuat dan bertambah senang dengan menggunakan periuk PPC.  Mudah-mudahan ia bermanfaat dan jika suka mohon anda kongsikan ya.  Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini.


Pembersih peribadi Lexee tanpa SLS dan bahan kimia.  Nak tahu, klik DISINI.


Wednesday, August 09, 2017

Pakej Ruangan Iklan Di SOHO Directory

Entri #72 : Pakej Ruangan Iklan Di SOHO Directory
Teks : ABDR
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Pihak ABDR telah melancarkan SOHO Directory yang merupakan sebuah blog bertujuan untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online.  Jadi, SOHO Directory ini dibangunkan khas untuk yang mahu memasarkan secara ONLINE.

www.sohodirectory.blogspot.com

Bagi yang sedang tercari-cari platform pengiklanan, kami ada beberapa pakej yang ditawarkan iaitu :

PAKEJ IKLAN 1 :

  • Bayaran : RM 50
  • 1 gambar, link fan page dan link blog
  • Tempoh : 6 bulan
  • Renew iklan : RM 50 untuk 6 bulan
PAKEJ IKLAN 2 :
  • Bayaran : RM 100
  • 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
  • Tempoh : 12 bulan
  • Renew iklan : RM 100 setahun
PAKEJ IKLAN 3 :
  • Bayaran : RM 250
  • 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
  • Tempoh : 12 bulan
  • Servis bonus 1 : Siapkan e-mel dan blog ( bagi yang tidak ada blog bisnes )
  • PERCUMA E Book Super Wahm Super Mom
  • Renew iklan : Hanya RM 100 setahun
PAKEJ IKLAN 4 :
  • Bayaran : RM 300
  • 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
  • Tempoh : 12 bulan
  • Servis bonus 1 : Siapkan e-mel dan blog ( bagi yang tidak ada blog bisnes )
  • Servis bonus 2 : Siapkan fan page bisnes, borang link produk
  • PERCUMA 1 : E Book Super Wahm Super Mom ( bernilai RM 25 )
  • PERCUMA 2 : E Book Asas Blog ( bernilai RM 50 )
  • Renew iklan : Hanya RM 100 setahun
  • Harga sebenar ialah RM 375 tetapi anda bayar hanya RM 300 sahaja !
Rebutlah peluang ini untuk memasarkan kepada bakal pelanggan anda. Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah lebih 1000 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.

Untuk tempahan iklan :
Isikan maklumat DISINI ( Tandakan ✔ pada ruang Pendaftaran ABDR )
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )


Wednesday, August 02, 2017

Soalan Dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 5

Entri #71 : Soalan Dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 5
Teks : Syarikat Redlife
Foto : Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

SOALAN :
Kenapa rasa gatal selepas pakai Pantiliner Lexee ya?

JAWAPAN :
Terima kasih atas soalan yang diajukan Kak Za dari Terengganu.

Memang ada individu yang akan rasa tindakbalas awal ketika pertama kali guna tuala wanita Lexee pada dirinya.

Antara kesan penggunaan awal ialah :

  • rasa mual
  • kerap sendawa / kentut
  • rasa gatal-gatal pada bahagian intim
  • muntah
  • rasa berangin atau sejuk
  • buang air lebih lawas
  • rasa bertenaga
  • rasa mengantuk
  • darah haid keluar berketul-ketul / lancar
  • keluar keputihan berketul-ketul
Jika berlaku perkara-perkara di atas jangan panik ya, teruskan penggunaan Lexee kerana ia sedang bertindak balas dengan badan si pemakai.

Ada yang akan mengalaminya selama sehari, 2 hari dan seminggu.  Ia bergantung kepada respon tubuh badan masing-masing dan mengambil masa sedikit untuk serasi.  Jangan lupa minum air yang mencukupi.

*  Jika berlaku berlarutan sila berjumpa dengan doktor segera,mungkin ada penyakit lain yang kita tidak ketahui selama ini.  Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.


Antara testimoni pelanggan yang menggunakan tuala wanita Lexee selepas bersalin

Koleksi Testimoni pengguna Lexee, klik DI SINI

Friday, July 28, 2017

Inilah Hasil Konsisten Menulis Blog Berkat Bimbingan Akademi Bekerja DiRumah ( ABDR )


Entri #70 : Inilah Hasil Konsisten Menulis Blog Berkat Bimbingan Akademi Bekerja DiRumah ( ABDR )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini ada suntikan motivasi buat saya kerana selepas hampir 10 bulan menyertai ABDR hasil konsisten menulis blog sudah mulai nampak.  Macam mana saya dapat tahu ialah dengan menulis beberapa kata carian dan terujanya saya apabila artikel yang saya tulis selama ini dijumpai pada carian pertama, kedua dan ketiga Google !

Mari saya sertakan hasil gambar screenshot dan kalian boleh cuba sendiri ya 😃.

Carian pertama Google Catatan Berpantang
Carian Pertama Google Tuala Wanita Berpantang

Carian Pertama Google Resepi Makaroni Bakar Pressure Cooker Philips

Carian Pertama Google Pembersih Peribadi Lexee

Carian Pertama Google Pantiliner Lexee

Carian Kedua Google Resepi Cheesekut Nestum

Carian Kedua Google Testimoni Lexee

Carian Ketiga Google Kelebihan Kain Kapas

Apa yang saya cuba buat sepanjang tempoh ini ialah cuba menulis artikel paling minimum sekali seminggu.  Saya boleh membayangkan apa jadi dengan blog ini jika saya menulis setiap hari.  Tentu lebih besar impaknya.  Jika saya rasa tiada apa hendak ditulis, label catatan harian atau catatan pengalaman membantu untuk membuahkan idea.  Menulis resepi pun satu idea yang baik bagi kalian yang baru bermula.

Baiklah, bagi yang ingin belajar blog tapi tiada masa ke kelas jangan jadikan ia alasan untuk bertangguh-tangguh menimba ilmu blog.  Pakej ABDR kalian boleh pilih mengikut kesesuaian minat, klik DISINI untuk maklumat penuh.  Berdaftarlah sebagai ahli ABDR, boleh hubungi saya seperti tertera di bawah :

Isikan maklumat DISINI 
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Wednesday, July 26, 2017

Segera Berjumpa Doktor Jika 3 Tanda Ini Berlaku Semasa Berpantang

Entri #69 : Segera Berjumpa Doktor Jika 3 Tanda Ini Berlaku Semasa Berpantang
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : http://www.mybabysheartbeatbear.com dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Bulan ini seronok dengar rakan dah bersalin, bertambahlah umat dan didoakan anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah.  Selamat berpantang diucapkan dan tak kira anak ke berapa, diharap jagalah diri sebaiknya kerana kesihatan ibu memang memainkan peranan yang penting dalam sebuah keluarga.

Semasa di hospital kebiasaannya soalan yang sering ditanyakan oleh jururawat ialah keadaan darah nifas dan ia dapat dilihat melalui kekerapan menukar tuala wanita.  Mengapa ia ditanya saya akan jawab selepas ini.  Sebenarnya, apa itu darah nifas ?  Darah nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.  Maknanya darah yang keluar sebelum bersalin tidak dikira darah nifas dan kita masih perlu melakukan solat sama ada dalam keadaan biasa ( berdiri ) atau dalam keadaan duduk atau juga berbaring.

Tempoh masa darah nifas ialah paling lama 60 hari dalam Islam.  Saya tidak mahu mengulas mengenai kekhilafan tempoh ini, anda boleh rujuk pada yang lebih pakar.  Warna darah ialah merah dan banyak pada mulanya dan akan menjadi berwarna coklat bila berkurangan.  Mungkin semasa menyusukan bayi, si ibu boleh merasa ia keluar.  Darah beku yang keluar adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.

Tuala Wanita Lexee yang sesuai untuk wanita berpantang

Tanda-tanda darah nifas yang tidak normal ialah :

  1.   Tuala wanita yang penuh dengan darah walaupun setelah baru ditukar.
  2.   Berbau busuk.
  3.   Ketulan darah beku bersaiz lebih besar daripada bola golf.
Jika terdapat tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor atau ke hospital berdekatan.  Tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa si ibu. 

Perhatikan pendarahan ( nifas ) pada tuala wanita.  Ibu-ibu kena perihatin.
 

Saranan saya buat ibu yang sedang berpantang :
  • Berehatlah, kurangkan berfikir tentang perkara yang berat.  Fokus dulu pada diri sendiri dan anak yang dilahirkan
  • Banyakkan berzikir supaya minda tenang dan positif
  • Jika di hospital, minta sokongan suami dan keluarga supaya kerap melawat dan berhubung
  • Berpantanglah kerana kesihatan kita selepas itu amat berkait dengan penjagaan kita semasa dalam tempoh pantang
  • Legakan dengan tuala wanita Lexee yang mempunyai ion negatif, rasa berangin dan tahan bocor
Saya berharap jika artikel ini bermanfaat, mohon kongsikan agar pahala tetap mengalir.  Terima kasih 😊.


Ingin berpantang dengan Tuala Wanita Lexee ?
Isikan maklumat DISINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )


Monday, July 17, 2017

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

  • 250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )
  • Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )
  • 3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )
  • Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )
  • Nestum
Bahan-bahan untuk membuat cheesekut

Dalam bekas Tupperware ( bawah cream cheese ) - susu pekat manis
Dalam bekas penutup ungu ( sebelah bekas Tupperware ) - Nestum
Susu segar HL saya beli yang besar sebab saya suka minum 😋

Nestum dalam bekas Vieta Moorlife.  Mudah sebab dapat sudu sekali.
Cara-cara membuatnya :
  1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  Bila siap, ia akan membentuk krim.
  2. Sediakan acuan atau bekas, sebaiknya berbentuk segiempat supaya memudahkan penyusunan biskut.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu kotak HL dan susunkan ke dalam acuan.  Jika ada ruang kosong, pastikan patah sedikit biskut supaya ia tidak berlubang dan nampak cantik apabila dipotong.
  4. Kemudian, sapukan krim ( langkah 1 tadi ) ke atas susunan biskut.  Taburkan nestum di atas lapisan krim.
  5. Ulangi langkah ketiga sehingga habis.  Susunannya ialah biskut, krim dan nestum.  Lapisan terakhir nanti tuang sahaja lebihan krim dan lebihkan nestum kalau suka.
  6. Apabila siap, simpankan di dalam peti ais 5-6 jam atau semalaman.
Tak sampai sehari dah tinggal separuh acuan 😂

Masa yang diambil untuk membuat satu acuan ini hanyalah 30 minit.  Mudah bukan? Tidak salah  kita membuatnya sesekali untuk keluarga.  Malah ia menjadi pengikat kemesraan dan kasih sayang.  Tak percaya, apa kata cuba dulu.  Selamat mencuba !


Testimoni Tuala Wanita Lexee, klik DI SINI

Friday, July 14, 2017

9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )

Entri #67 : 9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi Peribadi dan Google
Sumber inspirasi : THE BENEFITS OF COTTON 

Syukur Alhamdulillah

Perasan tak, kita banyak menggunakan kain kapas dalam aktiviti seharian.  Dari pakaian, tuala, cadar, tudung dan kain lap pun dari kain kapas asli atau campuran.  Mengapa agaknya ia menjadi pilihan ramai, apa kata kita sama-sama ambil tahu manfaatnya.

Imej dari wisegeek.com

TIDUR LEBIH LENA
Kajian mendapati fabrik kapas tidak memerangkap haba dan ia menggalakkan kulit kita dapat bernafas berbanding menggunakan fabrik sintetik.

KURANG PENCUCIAN DAN MENJIMATKAN TENAGA
Pakaian daripada fabrik kapas boleh dipakai berkali-kali kerana sifatnya yang kurang menyerap bau.  Jadi anda boleh jimat tenaga, air dan elektrik malah pakaian menjadi tahan lebih lama.

BOLEH DIPAKAI DI MANA SAHAJA 
Fabrik kapas ini tetap menarik dipakai pada apa sahaja majlis.  Dari pejabat, sukan dan santai-santai petang ia memenuhi kehendak anda.

TAHAN LASAK
Mempunyai gentian yang paling kuat.  Direndam dengan air panas sekalipun ia masih lagi utuh. Wajarlah ia menjadi pilihan di hospital-hospital.

KOS MURAH
Berbanding dengan fabrik yang lain, kain kapas mudah dibasuh.  Kekotoran yang terlekat pun mudah tanggal.

KEKAL BENTUK
Tudung atau baju dari kain kapas tidak mudah berubah bentuk.  Jika hendak memilih yang ada campuran fabrik spandeks, pilihlah yang kurang daripada 5%.  Terlalu banyak campuran spandeks akan menyebabkan pakaian mudah mengecut.

MENGEKALKAN PEREDARAN UDARA PADA SI PEMAKAI
Jika mahukan rasa kering dan sejuk semasa bersenam, gunalah pakaian sukan dari fabrik kapas.  Anda pasti selesa tanpa rasa basah berpeluh !

8 Lapisan Pada Tuala Wanita Lexee

YAKIN DENGAN KETRAMPILAN
Ia mampu meningkatkan keyakinan diri terutamanya jika anda mengalami kulit yang sensitif dan kerengsaan.  Kain kapas lembut pada kulit dan penyerap peluh yang baik.  Jika ada pakaian yang anda kurang selesa, mungkin peratusan fabrik kapas di dalamnya adalah kurang.

TIDAK BERBAU
Jika anda suka memasak, bau masakan mungkin boleh melekat pada pakaian walaupun sudah dicuci.  Dengan fabrik kapas, anda tidak perlu risau masalah ini.

Banyaknya manfaat kain kapas dan sebab itulah Tuala Wanita Lexee menggunakan 100% fabrik ini pada lapisan 1, 3, 5 dan 6 ( ada 8 lapisan semuanya ).  Orang di sebelah pun tidak perasan anda sedang datang bulan.  Tuala wanita Lexee adalah tuala wanita kesihatan dan ia dipatenkan untuk manfaat kita bersama.  Ayuh bersama Syarikat Redlife !.


Ingin menjana pendapatan tanpa had ?
Ayuh daftar pakej Kiosk
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Thursday, July 06, 2017

Pantiliner Lexee Teman Akrab Jemaah Haji Wanita

Entri #66 : Pantiliner Lexee Teman Akrab Jemaah Haji Wanita
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Saya tumpang gembira apabila kalian terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini.  Impian ini memang tidak pernah padam pada diri saya dan suami.  InsyaAllah doakan kami dapat ke sana juga suatu hari nanti.  Buatlah persediaan dari segi mental atau fizikal kerana ia satu ibadah yang mencabar kedua-duanya sekali.  Hadiri kursus yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan seperti Tabung Haji dan cuba tanyakan kepada yang sudah mempunyai pengalaman sedemikian.  Saya pasti ia boleh membantu anda untuk mengharungi apa juga masalah dan cabaran di sana nanti.

Baiklah, entri kali ini adalah mengenai cabaran kecil buat jemaah wanita yang mengalami keputihan atau discaj.  Sebaiknya bagi yang agak teruk, berubatlah dahulu dengan doktor.  Jika keputihan yang biasa, apa kata anda gunakan Pantiliner Lexee di sepanjang anda di sana.  Satu pek Pantiliner Lexee mengandungi 30 keping.  Boleh dipakai sebulan jika anda menggunakan satu keping sehari, jika lebih ada baiknya anda bawa 2 hingga 3 pek.

Antara Pakej Keahlian Syarikat Redlife

Pembelian 13 pek Pantiliner Lexee ( Red Member ) terus daftar keahlian dan percuma kos pos 👌

Antara kelebihan Pantiliner Lexee ialah gamnya yang agak kuat.  Jarang teralih atau renyuk atau juga bergulung jika dipakai.  Lagipun gamnya dibuat daripada bahan makanan bukan bahan kimia seperti pantiliner jenama biasa.  Rasa sejuk dan beranginnya juga membantu anda tetap segar walaupun dalam keadaan panas dan berpeluh.

Semoga perjalanan haji anda dipermudahkan oleh Allah dan mendapat haji yang mabrur.


Nak order ?
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )



Monday, June 19, 2017

Tuala Wanita Lexee Teman Baik Wanita Semasa Musafir

Entri #65 : Tuala Wanita Lexee Teman Baik Wanita Semasa Musafir
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Menempuh perjalanan berjam-jam malah berhari-hari adalah suatu cabaran bagi wanita yang sedang datang bulan.  Lagi-lagi apabila kena dengan hari pertama dan kedua haid.  Kebiasaannya masa itulah aliran agak berat sedikit berbanding hari-hari lain.

Antara kerisauan yang selalu dihadapi ialah :

 1.  Kebocoran
Kebocoran mudah berlaku apabila wanita sedang dalam posisi duduk.  Dalam perjalanan sama ada dalam kereta, kapal terbang atau mana-mana kenderaan, posisi inilah yang paling kerap.  Bila dah bocor, pakaian luar pun boleh terkena sekali dan itu sangat memalukan.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Tuala wanita Lexee mengamalkan aliran masuk tetapi tidak membenarkan aliran keluar.  Anda akan rasa kering sehingga 8 jam walaupun dengan pelbagai posisi badan kita.

2.  Berbau
Tuala wanita yang dipakai pada tempoh yang lama boleh menyebabkan bau yang kurang enak.  Mungkin kita akan risau bauan tersebut boleh mengganggu orang yang berada dekat dengan kita.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Keistimewaan tuala wanita Lexee ialah mempunyai bauan melur dan gel-gel organik yang menyerap bauan.  jadi, janganlah risau, orang di sebelah pun tidak perasan anda sedang datang bulan.

3.  Kegatalan
Aktiviti seperti berjalan pun boleh mengeluarkan peluh.  Musafir memerlukan wanita kerap berjalan lagi-lagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas.  Perpeluhan apa lagi ditempat yang tertutup dan sulit boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan seterusnya menimbulkan kegatalan dan ketidakselesaan.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Ion negatif dan nano silver yang terkandung di dalamnya dapat menghalang pertumbuhan bakteria.  Rasa berangin pudinanya juga membantu kita berasa segar sepanjang masa.  Malah lapisan pertamanya adalah dari kapas 100% yang lembut.  Umum telah mengetahui bahawa kain kapas adalah penyerap haba dan peluh yang terbaik.

Marilah bertukar kepada Tuala Wanita Lexee, kalian kan yakin dan perjalanan yang jauh pun terasa mudah dengannya.



Berminat ?

Isikan maklumat DI SINI

Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
#FalahTeam

Sunday, June 18, 2017

5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung

Entri #64 : 5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum'

Saya percaya pertanyaan yang popular minggu ini ialah pertanyaan mengenai 'berhari raya di mana'.  Dalam hati mesti penuh keterujaan untuk balik kampung; semangatnya membuak-buak sehingga persiapan apa yang perlu dibawa untuk balik pun sudah ada.  Saya pun begitu kerana peluang untuk bertemu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kebiasaanya sukar dimasa yang lain melainkan di Hari Raya.

Apa pun sebelum balik, suka saya hendak mengingatkan diri sendiri dan anda supaya jangan mengabaikan keselamatan rumah yang kita tinggalkan.  Berikut ialah tips keselamatan yang boleh kita lakukan sebelum balik ke kampung halaman.

TIPS #1 :  Maklumkan kepada jiran

Cuba maklumkan kepada jiran terdekat tentang masa dan tarikh kita balik.  Apabila jiran sudah maklum, mereka akan tolong tengok-tengokkan.  Pastikan jiran kita ada menyimpan nombor telefon kita dan polis yang berhampiran.  Boleh juga serahkan kunci pendua untuk mereka.

TIPS #2 :  Tutup suis elektrik, gas dan paip

Suis penghawa dingin dan suis alatan elektrik yang lain antara yang kerap lupa ditutup.  Buat pemeriksaan sebanyak dua kali sebelum mengunci rumah.  Begitu juga dengan paip di dapur dan bilik air.  Sekiranya  ada kebocoran paip, sebaiknya dibaiki.  Kami pernah mengalami kebanjiran bilik air kerana paip bocor sedikit.  Rupa-rupanya ia terkumpul dan hampir melimpah ke bilik.  Syukur kami balik awal sedikit, jika tidak habislah bilik kami seperti kolam 😡.  Kepala gas juga sebaik-baiknya dicabut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

TIPS #3 : Simpan barang berharga dan wang tunai

Bagi wanita memang tidak sah tanpa barang kemas.  Seeloknya bawalah balik tetapi sekiranya ada bajet lebih, bolehlah menyewa tempat yang lebih selamat seperti di bank atau di peti simpanan khas untuk barang berharga.  Kebiasaannnya ada caj tertentu untuk ini.  Wang tunai juga simpanlah dibank atau bawa sahaja balik.  Kita pun tidak susah hati kan.

TIPS #4 : Buang sampah

Bersihkan rumah dan buangkan sampah terutamanya sampah yang basah.  Ini kerana sampah yang sudah lama boleh mengundang bau busuk, berulat dan tikus.  Pernah juga berlaku tikus boleh menyebabkan peralatan rumah rosak dan yang membimbangkan ialah ia boleh menggigit wayar elektrik seterusnya mengundang bahaya !


TIPS #5 : Berdo'a

Tips inilah yang paling utama buat kita amalkan.  Jangan diabaikan pengharapan  kita kepada Allah untuk menjaga harta benda dirumah.  Mudah-mudahan dengan terjaganya rumah kita, kejiranan kita pun berasa selamat dan aman.

Akhir kata,
- selamat menghidupkan malam terakhir Ramadhan
- dan jangan lupa bawa tuala wanita Lexee semasa musafir


Link video kehebatan tuala wanita Lexee,KLIK: DI SINI



Wednesday, June 14, 2017

Testimoni Pengguna Lexee Siri 5

Entri #63 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 5
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Testimoni yang ingin saya kongsikan kali ini agak unik kerana testimoni ini antaranya ialah dari rakan niaga saya yang telah menggunakan tuala wanita Lexee lebih dari setahun.  Semuanya telah menyertai untuk menjadi pengguna yang bijak seumur hidup.






Untuk tempahan sila isikan maklumat di BORANG TEMPAHAN
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Tuesday, June 13, 2017

Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin

Entri #62 : Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : www.dailymail.co.uk

Alhamdulillah

Dapat diberi peluang untuk menulis blog adalah satu pencapaian bagi saya.  Manakan tidak, dengan rutin kerja dirumah dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu sangat melelahkan.  Selalu pujuk diri, lelah yang ada nilai pahala bagi wanita dan ia pasti tidak sia-sia !  Terima kasih ya Allah.

Sepanjang pengalaman saya dalam pantang, saya terkena rengat yang agak teruk semasa bersalin anak yang kelima.  Memang menangis dan tak tahan sehingga terpaksa pergi ke klinik.  Rupa-rupanya sakit rengat ialah sakit seakan-akan senggugut selepas bersalin dan biasanya ia terjadi pada anak yang kedua dan ke atas.  Sakitnya pula bertambah berkali ganda jika penyusuan ibu dilakukan dan kalau tak tahan iman, memang rasa serik nak bagi susu.

Sebenarnya rengat ini terjadi apabila rahim mengecut dan sekiranya pengecutan lambat, tumpah darah boleh berlaku.  Na'uzubillah.  Proses penyusuan pula menyebabkan hormon oksitoksin dihasilkan dan ia membantu pengecutan rahim.   Sebab itulah hospital di Malaysia menyarankan ibu-ibu agar menyusukan bayi dengan susu ibu kerana ia akan mempercepatkan proses pengecutan rahim.


Antara petua lain yang boleh mengurangkan sakit rengat ialah :

  • Makan ubat penahan sakit ( seperti saranan doktor )
  • Mengosongkan pundi kencing
  • Teknik pernafasan yang betul
  • Meletakkan tungku / batu panas.  Dapatkan nasihatkan bidan mengenai teknik yang betul
  • Losyen panas juga boleh membantu
  • Gunakan tuala wanita yang berangin seperti tuala wanita Lexee
Sekiranya rengat tidak juga kunjung lega, saya nasihatkan berjumpalah dengan doktor untuk memastikan punca yang sebenar.


Dapatkan Set Berpantang Lexee sekarang



Friday, June 02, 2017

Set Berpantang Lexee

Entri #61 : Set Berpantang Lexee
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum  wbt

Sepanjang saya bisnes tuala wanita Lexee ini, sebenarnya saya sudah mempromosikan set berpantang ini kepada rakan-rakan.  Malah saya sendiri menggunakannya semasa berpantang baru-baru ini.  Cuma hari ini baru berpeluang memperkenalkannya di blog.

SET BERPANTANG LEXEE 1 :

Anda akan dapat :
3 pek Overnight Use Lexee
2 pek Day Use Lexee
1 pek Pantiliner Lexee

HARGA : RM 110 ( Percuma Poslaju SELURUH MALAYSIA )

SET BERPANTANG LEXEE 2 :

Anda akan dapat :
2 pek Overnight Use Lexee
1 pek Day Use Lexee
1 pek Pantiliner Lexee

HARGA : RM 74 ( Tambahan caj poslaju : Semenanjung RM 10; Sarawak RM 9; Sabah RM 7 )

Sebenarnya ramai sudah dibantu dengan set ini kerana ia amat membantu mempercepatkan penyembuhan luka miss-v semasa bersalin dan mengeluarkan darah beku.  Malah respon mereka kebanyakannya merasa selesa dan kering.  Ibu-ibu yang terpaksa berpantang di hospital juga saya sarankan pakailah tuala wanita Lexee ini.  Sekurang-kurangnya ia membantu kalian berehat tanpa kerap ulang-alik ke tandas untuk menukar tuala wanita.


Nak tahu mengapa tuala wanita Lexee menjadikan anda ceria semasa berpantang ? Klik DI SINI

Untuk tempahan sila isikan maklumat di BORANG TEMPAHAN
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )








Thursday, June 01, 2017

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan anak.


Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker

Salah satu perkakas dapur yang amat memudahkan keluarga yang ramai seperti saya ialah periuk tekanan ' Philips Pressure Cooker ( PPC ) '.  Ia amat mempercepatkan kerja memasak di samping tidak mengotorkan dapur kalian.  Nak dapatkan periuk ni, senang sahaja sekarang kerana kalian boleh membeli belah tanpa keluarkan peluh iaitu di mana lagi kalau tak di Lazada 😊.

Gajet wajib bagi ibu-ibu.Klik DI SINI

Saya nak kongsikan menu istimewa Makaroni Bakar menggunakan periuk PPC langkah demi langkah ya :

Bahan-bahan :

1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
2 ulas bawang putih ( dipotong dadu )
Sedikit lada sulah - jika suka
Sedikit lada hitam
30g mentega
1 tin sos pasta
300g makaroni

Cara-cara :

1.  Untuk menumis, tekan butang ' Bake ' pilih ' Fish ' dan terus tekan butang ' Start '.  Apabila sudah panas, masukkan mentega, bawang besar, bawang putih, rempah kari daging dan sos pasta.
2.  Apabila sudah naik baunya, masukkan daging kisar, garam, lada hitam dan lada sulah.
3.  Apabila sudah sebati, tekan butang ' Off  ' dahulu. Masukkan makaroni dan air separas makaroni tadi, gaul sekejap dan kemudian tekan butang ' Rice '.  Pastikan tombolnya di bahagian penutup berada di tengah ( seal ) .

Tunggu sahaja ia masak sampai ada bunyi ' beep '.  Senang kan guna PPC ni, tak perlu pun rebus makaroni seperti kebiasaan.  Kita pun boleh guna masa tersebut dengan aktiviti lain tanpa risau ia hangus.

Untuk makluman kalian, Lazada sekarang ada promosi dan diskaun sehingga 90% untuk bulan Ramadhan ini.  Sangat menjimatkan jika kita membeli belah di sana.  Malah ada kupon diskaun percuma pos menurut terma dan syaratnya lah.  Bahan-bahan makaroni pun ada di sana.  Antaranya ialah :

Makaroni San Remo

Serbuk Lada Hitam Kasar Tesco

Serbuk Lada Putih Tesco
Klik sahaja pautan ini untuk membeli-belah: LAZADA

Balik pada masakan kita tadi, apabila makaroni sudah masak masukkan lagi beberapa bahan berikut :

1 tin susu cair atau boleh gantikan dengan susu segar
2 biji telur ( pastikan dibasuh dahulu ya )
2-3 keping cheesedale

Cara-caranya :

1.   Masukkan susu dan telur kemudian gaulkan ia di dalam PPC.  Susunkan cheesedale tadi di atas makaroni.
2.  Tutup dan selaraskan tombol di bahagian kiri sekali ( bake ).  Tekan butang ' Chicken ', kemudian tekan butang ' Start '.
3.  Selesai sahaja nanti tunggu dulu makaroni sejuk sedikit baru dihidangkan.

Satu lagi kelebihan PPC yang saya suka ialah ia tidak melekit dan meninggalkan kerak jika dimasak dengan betul.  Memang berbaloi memilikinya.

Selamat mencuba dan semoga bertambah kasih sayang kalian sekeluarga !

Ramadhan Raya Blogger Contest 

Marhaban Ya Ramadhan






Wednesday, May 24, 2017

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 3

Entri #59 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 3
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini saya baru teringat tentang 'hutang' entri berkenaan semasa tempoh berpantang yang lepas.  Saya menulis entri ini ketika baby Arfan sudah 3 bulan.  Boleh rujuk dan klik Entri 1 dan Entri 2.  

Sambungan...

Seronok rasa hati bila sampai di rumah dan abang dan kakak si 'baby' teruja nak tengok.  Rasa macam baru dapat berehat dengan selesa.  Cabaran kali ini ialah berpantang tanpa orang tua dan pembantu untuk menjaga saya di rumah.  Apa yang mampu kami buat ialah melatih anak-anak yang sudah besar untuk membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai pakaian, membuang sampah, menyapu, lap meja makan dan melipat pakaian.  Alhamdulillah mereka sudah biasa dan meringankan kerja kami.  Jika tak sempurna itu perkara biasa, yang penting mereka telah cuba melakukannya dan tidak lagi kekok.

Cabaran yang paling menguji saya sepanjang tempoh berpantang ialah ulang alik ke klinik untuk pemeriksaan kuning anak dan juga mendapat suntikan heparin selama 9 hari berturut-turut.  Pada hari ketiga bersalin sahaja 'baby Arfan' terpaksa mendapat rawatan fototerapi di Hospital Tuaran.  Lokasinya memang jauh, hampir sejam untuk sampai jika bertolak dari rumah.  Syukur tidak lama di hospital kerana bacaan kuningnya sudah turun.  Cuma perlu diteruskan pemeriksaan di klinik yang berdekatan.

Asyik terkejut-kejut baby Arfan semasa rawatan fototerapi.  Mungkin keadaan wadnya yang sejuk

Baby Arfan di dalam katil bayi.  Sebelahnya pula almari kecil warna 'pink' untuk meletak barang-barang

Pemandangan dari atas wad.  Kawasan permainan untuk kanak-kanak.  Masih dalam keadaan yang baik kerana hospital ini masih baru.

Bacaan kuning yang dipantau oleh doktor dan jururawat 

Memang agak letih juga berpantang kali ini, tetapi demi kesihatan sendiri dan 'baby', saya perlu tabah.  Di hospital, nak bertungku pun susah jadi tuala wanita Lexee lah sebagai penyelamat.  Tuala wanita Lexee memang membantu sangat meringankan kesakitan dan mengurangkan ulang alik ke tandas sama ada di rumah atau di hospital.  Tiada rasa lembap dan basah kerana penyerapannya yang cepat dan berkuasa.  Jadi janganlah ragu-ragu, ia memang pelaburan yang baik untuk kesihatan dalaman kita 👌.

Boleh rujuk juga testimoni wanita berpantang yang menggunakan Lexee DI SINI.