Thursday, January 12, 2017

7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Entri #39 : 7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Sudah memasuki tahun 2017 ini adakah kalian masih menggunakan medium facebook sebagai cara nak buat duit ?  Atau masih menggunakan medium whatsapp untuk mendapatkan 'sales' ?  Jika jawapannya YA, anda bukanlah keseorangan dalam hal ini kerana memang ramai dalam situasi yang sama.

Saya tidak mengatakan ia adalah salah tetapi apa kata tahun ini kita tambah satu lagi saluran yang HEBAT juga iaitu melalui medium blog.Sebelum itu, mari kenali apa itu blog.  Blog ialah sebutan yang ringkas bagi Weblog.  Blog ialah sebuah laman web tetapi ia menggunakan perisian yang telah diformat dan membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam.¹

Blog juga merupakan salah satu cara 'soft selling' yang kurang menyakitkan hati ❤ bakal atau pelanggan anda.  Maklumat pula nampak lebih tersusun dan profesional.

Perbandingan medium pemasaran lain berbanding medium blog :

  1. Jika anda menggunakan 'group' iklan sama ada di whatsapp,telegram atau facebook.  Boleh jadi iklan anda akan tenggelam jika ia kurang menarik atau tidak mendapat respon dari pelanggan.  Pengiklan pula terlalu ramai hingga tidak sempat pun pelanggan melihatnya.
  2. Jika anda menggunakan medium facebook peribadi pula ada kemungkinan kawan-kawan pun mula muak dan 'unfriend' anda jika tak kena caranya.  Sedihnya bila kawan-kawan buat begitu bukan?
  3. Jika anda menggunakan 'facebook page' atau fanpage boleh jadi yang nak LIKE pun terlalu sedikit.  Nak tak nak kena belajar FBads dan ianya adalah berbayar.  Pengiklanan berbayar pula jika tak kena duit kita boleh hangus kerana pelanggan tidak berkenan atau kesilapan teknikal boleh terjadi contohnya salah 'setting' sasaran pembeli.
  4. Jika anda menggunakan pemasaran e-mel atau autoreponder pula, yang selalu berlaku ialah pelanggan tidak memperdulikan e-mel yang dikirim.  Malah mungkin malas nak buka sebab terlalu banyak e-mel yang masuk ke dalam akaun mereka.
  5. Jika menggunakan pemasaran melalui instagram pastikan kamera telefon bimbit anda adalah yang terbaik.  Ini kerana gambar yang kurang jelas boleh menyebabkan pelanggan mendapat maklumat yang kurang tepat.
Kelebihan lain medium blog sebagai medium pemasaran:
  1. Pelanggan yang mencari anda berdasarkan carian di Google.  Ya, bukannya kita yang terhegeh-hegeh dan penat nak cari pelanggan.  Contohnya, cuba klik tuala wanita Lexee atau Akademi Bekerja Di Rumah.  Lihat apa yang keluar 😉.
  2. Membantu meletakkan kedudukan kita sebagai pemilik bisnes, perniagaan atau produk di depan prospek.
  3. Anda akan nampak pakar atau boleh dipercayai di dalam sesuatu bidang atau perniagaan.  Bila pelanggan dah mula percaya, urusan seperti urusniaga lebih mudah.
  4. Blog membenarkan kita memperkenalkan sesuatu produk atau servis dengan lebih giat dan kita dapat memberi penekanan mengapa ia diperlukan tanpa rasa dipaksa.
  5. Maklumat lebih mudah diperolehi kerana ia mengandungi pautan atau 'link' kepada sumber maklumat yang lain dari blog asal.
  6. Artikel yang disiarkan di blog juga selamat dan tidak hilang.  Jika anda gunakan medium lain, nak skrol pun pening.
  7. Anda boleh membuat 'sales' berulang-ulang kali jika artikel itu masih wujud di blog anda.  Tak perlu 'copy paste' ayat iklan banyak kali.
Kesimpulannya, saya harap anda dapat memanfaatkan medium blog untuk pemasaran kali ini.  Sekiranya berminat untuk belajar membuat blog, blogshop atau penulisan yang berkualiti apa kata anda sertai Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR ).  Anda akan dibimbing secara online oleh guru yang mahir.

Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )

Promosi E-Book sila klik:DI SINI

Hubungi saya:
E-Mel : pn.sitimariammorshidi@gmail.com
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601

¹Rujukan :Blogger Blog Blogging Untuk Semua; Rosli Jamal; Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd; Februari 2007


No comments:

Post a Comment