Skip to main content

Kelas Blog ABDR Secara Online Memudahkan Surirumah

Entri #44 : Kelas Blog ABDR Secara Online Memudahkan Surirumah
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : ABDR

Assalammu'alaikum

"Jauh bezanya surirumah 10 tahun dulu dengan sekarang," getus saya dalam hati.

Pada masa saya memilih untuk menjadi surirumah dulu, kata-kata negatif dari masyarakat sangat ketara.  Maklumlah saya berkelulusan ijazah tetapi memilih untuk tidak bekerja.  Bahkan menolak penyusuan susu tepung kepada anak pun menjadi isu.  Berbanding dengan zaman sekarang isu tersebut mula berkurang.  Tahap pengetahuan sudah semakin bertambah dengan kemudahan 'smartfon' dan internet berkuasa tinggi.  Surirumah sekarang sudah mampu menjana pendapatan ribuan ringgit hanya dari rumah sahaja. Alhamdulillah itu satu perkembangan yang bagus.  Kata-kata negatif seperti surirumah tak berduit sudah mula berkurangan.  Malah, semakin ramai pula wanita memilih untuk tidak bekerja di luar semata-mata untuk menjaga anak-anak kesayangan mereka.  Bukan bermaksud saya anti-wanita yang bekerjaya tetapi gambaran positif itulah yang menaikkan semangat kami surirumah untuk turut sama menyumbang kepada ekonomi keluarga.

Alhamdulillah, saya memilih untuk bersama ABDR ini kerana ia amat membantu blog yang dibina adalah berfokus dan mudah dicari di Google.  Saya sebenarnya mempunyai blog juga sebelum ini tetapi ia sudah bersawang dan lebih kepada suka-suka sahaja.  Saya impikan blog yang memberi panduan kepada pelanggan, santai dan mudah dibaca dan diterima oleh semua.  Dengan adanya kelas secara online pula ia amat memudahkan saya untuk belajar pada bila-bila masa.  Nak buka nota pukul 1 pagi pun boleh 😉 jika itulah masa yang ada.  Pada amatan saya blog nampak lebih teratur sekarang.

Hari ini saya menyiapkan entri yang ke 44, jumlah entri wajib yang perlu disiapkan oleh pelajar ABDR.  Saya dalam kategori sederhana cepat untuk menyiapkan tugasan ini.  Ada yang boleh menyiapkan sebulan dua; memang laju dan tahniah saya ucapkan.  Lambat atau cepat itu bukan masalah tetapi semangat untuk konsisten menyiapkan entri itulah yang dimahukan.  Ada yang semangat pada mulanya tetapi tewas selepas itu.  Blog yang berpotensi berkubur begitu sahaja.  Saya harap saya bukan dari golongan itu.

Blog di bawah ABDR ini kelebihannya ialah ia bukan perseorangan tetapi ia dipautkan dengan lebih 1000 blog yang lain.  Banyak pautan bermakna banyak peluang untuk blog ditemui oleh para pembaca di Google.  Jika anda seorang, nak naik di Google memang mengambil masa.  Tidak kira apa tujuan anda berblog, bergabung dengan ABDR pelaburan anda amatlah berbaloi !

E-Book yang menambah ilmu anda ☺

Pakej yang ditawarkan di bawah ABDR ialah:

  1. YURAN 1 : RM 150 - Kelas Asas Blog Penulisan ( Bonus E-Book Belajar Asas Blog )
  2. YURAN 2 : RM 180 - Kelas Asas Blog Penulisan ( Bonus 3 E-Book iaitu E-Book Belajar Blog, E-Book Super Wahm Supermom dan E-Book Mula Bisnes Butik Online )
  3. YURAN 3 : RM 200 - Kelas Asas Blog Penulisan atau Kelas Asas Blog Bisnes Fanpage ( Bonus  4 E-Book iaitu  E-Book Belajar Blog, E-Book Super Wahm Supermom, E-Book Mula Bisnes Butik Online dan E-Book 101 Idea Home Based Bisnes )
  4. YURAN 4 : RM 250 - Kelas Blog Bisnes atau Penulisan ( Bonus 6 E-Book iaitu  E-Book Belajar Blog, E-Book Super Wahm Supermom, E-Book Mula Bisnes Butik Online, E-Book 101 Home Based Bisnes, E-Book Yeay Mama Sudah Resign dan E-Book 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 1
  5. YURAN 5 : RM 300 - Kelas Blog Bisnes dan Penulisan Serentak serta layak menjadi RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE ABDR ( Bonus 10 E-Book iaitu E-Book Belajar Blog, E-Book Super Wahm Supermom, E-Book Mula Bisnes Butik Online, E-Book 101 Home Based Bisnes, E-Book Yeay Mama Sudah Resign, E-Book 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 1, E-Book Panduan Berpantang, E-Book Rahsia Khidmat Pelanggan dan E-Book Panduan Rakan Niaga - belum terbit )
* Perbezaan setiap pakej ialah jumlah e-book yang diterima.

Sekiranya kalian berminat,sila hubungi:
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
E-mel : pn.sitimariammorshidi@gmail.com

atau isikan maklumat tempahan DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…