Skip to main content

Ulasan E-Book Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden

Entri #43 : Ulasan E-Book Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden
Teks : Siti Mariam Morshidi dan E-Book Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden
Foto : ABDR

Alhamdulillah

Saya sudah memasuki fasa 'menunggu hari' untuk bersalin.  Masih teringat lagi fasa awal kehamilan dengan muntah-muntah dan pening malah gastrik yang teruk juga sehingga tidak larat nak membuat segala kerja rutin harian.  Sungguh pantas masa berlalu.  Walaupun sekarang saya mengurangkan sedikit aktiviti di luar tetapi saya cuba mengekalkan rutin yang santai sesuai dengan keadaan saya ketika ini yang agak sarat.  Antaranya ialah membaca e-book mengenai panduan berpantang yang saya ingin ulaskan sebentar sahaja lagi.

Jarak anak saya yang kelima dan keenam kali ini adalah 5 tahun.  Mungkin satu tempoh yang agak jauh juga dan hal ini menyebabkan saya mungkin terlupa beberapa perkara semasa dalam pantang dulu.  Pembacaan e-book ini banyak mengingatkan banyak perkara, malah menambah juga ilmu yang mungkin saya tidak ketahui semasa dalam pantang.  Salah satu bab yang menarik bagi saya ialah mengenai sejarah perbidanan dalam Islam di mana bonda kita Siti Hawa ( isteri Nabi Adam ) juga mengamalkan berpantang. Begitu juga Maryam, Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah. Adakah ia berbeza dengan adat Melayu kita ? Nak tahu lebih lanjut, jom dapatkannya sekarang 👍

E-book Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden
Ditulis oleh : Puan Masayu Ahmad


Mengapa berpantang ini penting ?

Antaranya ialah para ibu dapat :

  • Memulihkan luka dalaman dan luaran 
  • Membantu ibu-ibu sihat dan cergas dengan lebih cepat
  • Mengelakkan para ibu rasa stress dan murung selepas bersalin
  • Ibu yang berpantang dalam keadaan emosinya yang baik dapat menjaga anaknya dengan lebih baik
  • Berat badan ideal dapat dicapai jika si ibu menjaga pemakanan dan mengamalkan senaman yang sesuai semasa berpantang
E-book ini mengandungi 11 bab dan lengkap dan saya memang amat sarankan terutamanya bagi ibu yang pertama kali hamil.  Sangat berbaloi untuk anda miliki.

BAB 1 :
Tujuan rawatan berpantang
  • Tempoh rawat dan rehat
  • Fasa berpantang
BAB 2 :
Persediaan bersalin
  • Lokasi bersalin
  • Kaedah bersalin
  • Persediaan menyambut bayi
  • Persediaan mental dan fizikal
  • Prosedur bersalin
BAB 3 :
Persediaan berpantang
  • Tujuh persediaan asas
  • Bantuan penjagaan
  • Kelengkapan ibu
  • Kelengkapan bayi
  • Penyusuan eksklusif
  • Tips dalam pantang
BAB 4 :
Rawatan dalam pantang
  • Tradisional dan moden
  • Istilah dalam pantang
  • Masalah dalam pantang
  • Menu dalam pantang
  • Khasiat herba untuk wanita berpantang
  • Kekal cergas semasa berpantang
BAB 5 :
Rawatan tradisional
  • Jenis rawatan
  • Petua pantang
  • Pemulihan selepas bersalin
  • Amalan rutin 44 hari
  • Kekal sihat semasa berpantang
BAB 6 :
Rawatan moden
  • Jenis rawatan
  • Jenis rawatan moden
  • Gabungan moden dan tradusional
BAB 7 :
Rawatan kaedah Islam
  • Sejarah perbidanan Islam
  • Tip dan amalan
BAB 8 :
Cabaran langsing
  • Menu dalam pantang
  • Senaman yang sesuai
  • Detoksifikasi
BAB 9 :
Diet sihat kekal langsing
  • Pemakanan seimbang
  • Gaya hidup sihat
  • Senaman sebagai disiplin
  • Diet dan senaman selepas pantang
BAB 10 :
Panduan langsing dan sihat
  • Dilema wanita
  • Kekal cergas dan sihat
  • Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
  • Tip untuk sentiasa bermotivasi sihat, langsing
BAB 11 :
Motivasi selepsa bersalin
  • Menangani tekanan 'pelbagai tugas'
  • Tips dan motivasi sururumah
  • Tip cergas dan sihat 24 jam
Harga E-book ini ialah RM 30.

Untuk pembelian sila hubungi :
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
E-Mel : pn.sitimariammorshidi@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…