Skip to main content

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 1

Entri #45 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 1
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Hari ke-18 berpantang baru berkesempatan untuk menulis di blog.  Di sepanjang minggu terakhir sebelum bersalin,saya banyak berjalan-jalan di dalam rumah.  Perkara ini memang saya lakukan sejak anak pertama lagi bertujuan memudahkan bersalin.  Alhamdulillah, pada tarikh 17 Februari iaitu hari Jumaat, tanda bersalin yang jelas iaitu darah sudah pun keluar sejak Subuh.  Selepas solat Subuh, saya dan suami pun bersiap-siap apa yang patut termasuk menghantar anak ke sekolah, beg bersalin dan beg yang mengandungi termos dan makanan.  Sakit kontraksi belum lagi rapat jaraknya, tetapi dari pengalaman biasanya bila dah keluar tanda ia bermakna bukaan mungkin sudah 2-3cm.

Walaupun tidak terlalu sakit, saya tetap ke hospital kerana risau jalan mungkin sesak memandangkan ia hari Jumaat. Mungkin ramai yang balik dan ke masjid.  Selesai mendaftar dan berjumpa doktor, saya ditempatkan di wad sementara menunggu untuk bersalin.  Betul tekaan saya, bukaan baru 2cm. Di dalam hati sebenarnya ingin sangat bersalin pada hari Jumaat, jadi saya tetap meneruskan rutin berjalan-jalan hingga 10 pusingan di dalam wad.

Hospital Likas Kota Kinabalu
Perjalanannya dari rumah mengambil masa 30-40 minit

"Mengapa kak jalan-jalan ni,"
"Supaya cepat bersalin,"balas saya dengan senyuman.
Jururawat pun menunjukkan 'signal' 👍 bila tahu tujuan saya berjalan-jalan.

Semakin banyak pula darah keluar, lalu saya gunakan Day Use Lexee, pek berwarna merah jambu agar terpelihara kebersihan dan memudahkan saya solat.  Sebelum ini hanya pantiliner Lexee yang digunakan.  Tapi satu kesedihan apabila melihat rata-rata pesakit yang bersama saya di dalam bilik tidak mengerjakan solat.  Sebenarnya selagi belum bersalin walaupun sudah ada tanda, selagi itu kita muslimah masih wajib bersolat.  Ikutlah kemampuan, jika boleh berdiri ia lebih afdhal, jika tidak lakukan secara duduk atau baring.

Bersambung.....

Jom tengok Koleksi Testimoni Pelanggan Lexee:KLIK DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…