Tuesday, March 28, 2017

Jana Pendapatan Dari Blog

Entri #47 : Jana Pendapatan Dari Blog
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Sudah memasuki fasa terakhir berpantang, saya sudah memulakan rentak menulis blog dan berbisnes. Minggu-minggu terawal berpantang amat menguji stamina dan minda.  Jadi saya perlu fokus untuk berehat dan  menikmati proses berpantang.  Cerita berpantang pun belum lagi habis, bagi yang mengikuti blog ini mungkin sudah tahu.  InsyaAllah saya akan cuba nukilkan dalam masa yang terdekat.  Cerita yang biasa-biasa tapi bagi saya ia adalah nostalgia pengalaman yang indah dan bagi yang ingin tahu boleh klik DI SINI 😉.

Baru-baru ini saya dapat mesej melalui whatsapp dan prospek ini dapat tahu kebaikan tuala wanita Lexee melalui blog.  Kebetulan melalui Kempen Redlife Gold Rush, terus daftarkan pelanggan ini menjadi Red Member.  Wah, sungguh berbunga-bunga hati ini dan bertekad untuk meneruskan penulisan di blog.


Bagi surirumah yang tak dapat keluar rumah untuk mempromosikan bisnes, ayuh gunakan blog SEKARANG.  InsyaAllah tidak sia-sia usaha anda untuk berkongsi dan menyebarkan manfaat.  Jika mahu belajar blog boleh hubungi saya seperti di bawah ya.

E-Mel : pn.sitimariammorshidi@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601
Atau isikan maklumat pada BORANG TEMPAHAN

No comments:

Post a Comment