Wednesday, March 29, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair: Blogger Contest

Entri #48 : Lazada Malaysia Big Baby Fair : Blogger Contest
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada

Alhamdulillah

Semalam semasa mencari sesuatu di Google, saya ternampak peraduan untuk blogger dan ditaja oleh pusat membeli-belah terkemuka iaitu Lazada.  Terujanya saya nak mencuba, sampai dijadikan 'to-do-list' hari ini, mana lah tahu rezeki 'baby' Arfan kan.  'Contest' ni bermula 27 Mac hingga 2 April 2017 ( 11.59 pm ) sahaja.  Hadiahnya berupa baucer sebanyak RM 500 untuk 6 blogger bertuah. Wow, menariknya hadiah ni, doa-doa la agar terpilih.  Yang nak masuk 'contest' ni cepat-cepat ya, nanti terlepas pula.  Ada yang menangis di bucu katil pula nanti 😂.

Senang ja syarat dia, kena jawab 3 soalan yang diberikan :

1.Apakah jenama diaper yang paling anda gemari untuk bayi anda ?


Diaper Jenama Drypers Classic

 Setakat ini jenama diaper pilihan saya ialah Drypers Classic ni.  Pakai lebih 3-4 jam pun tak bocor dan sesuai untuk kulit 'baby' Arfan. Satu pek mempunyai 82 keping dan boleh bertahan 7-10 hari bagi bayi berumur sebulan.  Lagi satu saya suka ialah nampak kemas bila 'baby' Arfan pakai.

      2.Apakah susu formula untuk bayi yang menjadi pilihan anda ?

Susu jenama Dutch Lady perisa madu untuk 4-6 tahun

Dari anak pertama hingga yang kelima, susu jenama Dutch Lady perisa madu lah yang menjadi pilihan.  Anak-anak yang dah besar kalau pergi membeli barang keperluan, mereka pun sudah tahu nak ambil susu yang mana untuk adik mereka si Alif.  Dia sorang ja yang masih menjadi peminum tegar susu ni 😂.  Memang tak tinggal pagi-pagi minum susu ni bila bangun dari tidur.  Abahnya pula dah tau perangai dia sebelum pergi kerja, awal-awal dah siap letakkan di atas meja dapur.

3.Pilih satu produk di Lazada yang anda mahu berikan kepada anak.

Baby Carrier jenama Cuddle Me

Untuk 'baby' Arfan, ada satu barang yang ingin saya berikan demi keselesaannya iaitu 'baby carrier' jenama Cuddle Me.  Anak-anak sebelum ni saya tak pernah lagi cuba, hanya guna 'stroller' sahaja kalau pergi ke mana-mana.  Oleh kerana umminya suka berjalan-jalan saya rasa penggunaan 'baby carrier' lebih praktikal dan selamat. 

Bagi ibu-ibu atau bakal ibu yang tengah mencari barangan bayi, Lazada sekarang ada SALE : Lazada's Big Baby Fair dan diskaun istimewa sehingga 85% bermula 27 Mac hingga 2 April ini !! Boleh la membeli-belah dengan harga jimat, ajak kawan-kawan dan saudara mara sekali.  Caj pos pun boleh kongsi bersama.  

Lazada's Big Baby Fair






No comments:

Post a Comment