Skip to main content

4 Tips Legakan Senggugut Dengan Segera

Entri #49 : 4 Tips Legakan Senggugut Dengan Segera
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Wikipidea
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

"Aduh,sakitnya datang bulan kali ni.  Pening,loya dan rasa nak berguling-guling pun ada."
Boleh dikatakan seksanya rasa bila dah terkena senggugut.  Segala aktiviti seperti nak pergi ke kelas atau nak ke tempat kerja pun boleh terbatal dibuatnya.  Apa tidaknya, emosi pun kurang stabil dan ditambah lagi miss-v rasa berdenyut-denyut.

Apa itu senggugut ?
Senggugut atau dikenali juga sebagai Premenstrual Dysphoric Disorder Idysmenorhoea merupakan sakit yang disebabkan oleh kedatangan haid wanita.

Senggugut terbahagi kepada dua iaitu :

  • Senggugut Utama : Ia disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.Senggugut Utama berlaku biasanya kepada remaja perempuan yang belum berkahwin dan biasanya berlaku pada hari pertama dan kedua haid.Senggugut Utama juga dikenali sebagai Senggugut Primari.
  • Senggugut Kedua : Juga dikenali sebagai Senggugut Sekondari dan ia disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut atau jangkitan kronik.  Ia menyebabkan senggugut datang dan terjadi pada usia yang lanjut atau di sepanjang kedatangan pendarahan haid.
Adakah senggugut itu bahaya ?
Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan, maka pemeriksaan doktor amatlah wajar dilakukan.

Antara simptom senggugut yang teruk ialah  perasaan amat sedih, berputus asa, perasaan tegang atau resah, mudah terganggu dan rasa marah berpanjangan, sukar tidur, sakit kepala dan pelbagai perasaan luar kawalan.  Bagi yang bernama lelaki lagi-lagi seorang suami, fahamilah isteri atau anak perempuan anda jika mereka mengalami semua ini.

Sebenarnya banyak petua dan cara melegakan senggugut ini, tetapi inilah yang diamalkan dan berkesan buat diri saya.  Mungkin orang lain ada cara tersendiri, boleh komen dan tambah sendiri nanti.

Petua #1 : Bertungku
Bertungku boleh dilakukan menggunakan batu sungai yang dipanaskan.  Kemudian, balut dengan kain dan letakkan di bahagian ari-ari.  Batu sungai boleh digantikan dengan botol panas atau beg tuaman panas yang selalunya didapati di farmasi.  Tuaman panas ini membantu melancarkan pengaliran darah.

Petua #2 : Minum Air Suam
Banyak manfaatnya minum air suam ini untuk kesihatan.  Ia mampu mengurangkan rasa sakit, mengeluarkan toksin dan melegakan otot rahim yang kejang.

Petua #3 : Makan Menu Bersup
Sup ayam mungkin menjadi kegemaran seseorang termasuk saya sendiri.  Lebihkan halia dan bawang putih kerana ia dapat membuang angin di dalam badan.  Sekiranya anda meminati menu sup ikan, lakukan perkara yang sama ya.

Sup ayam sedap dimakan panas-panas 😋

Petua #4 : Gunakan tuala wanita 100% kapas
Biasanya ramai wanita kurang menyedari tuala wanita biasa boleh menyebabkan senggugut.  Ya, ia boleh menyebabkan senggugut kerana kandungan bahan kimia yang terkandung di dalamnya bertindakbalas apabila bersentuhan dengan kulit.  Gunakan tuala wanita Lexee kerana ia diperbuat daripada 100% kapas asli.  Malah ia mengeluarkan ketulan darah dan melancarkan aliran haid.

Tuala wanita Lexee 100% dari kapas asli


Sekiranya sakit senggugut yang anda alami berpanjangan, saya cadangkan eloklah berjumpa segera dengan doktor.  Jangan dipandang ringan jika senggugut terlalu kerap berlaku kerana ia mungkin petanda penyakit lain.


Mahu jadi ahli seumur hidup LEXEE sambil jana pendapatan ?

Isikan maklumat DI SINI
atau
Whatsapp/Telegram:
019 838 2601 ( Puan Mariam )


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…