Skip to main content

7 Sebab Mengapa Saya Menyertai Syarikat Redlife

Entri #52 : 7 Sebab Mengapa Saya Menyertai Syarikat Redlife
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Produk yang paling digemari iaitu Tuala Wanita Lexee

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya menyertai Syarikat Redlife ni.  Dari segi bahasa mudahnya mengapa saya nak jual sangat tuala wanita Lexee ni.  Sebenarnya pada awalnya saya hanyalah pengguna setia pantiliner Lexee ni sehinggalah satu hari saya sukar mendapatkan stoknya.  Setelah 'google' dan berfikir sejenak adakah ia patuh syariah atau tidak, akhirnya saya bertekad untuk mendaftar dan menyebarkan manfaatnya.  Syarikat Redlife adalah syarikat jualan langsung atau dengan kata lain MLM yang saya sangat alergik pada mulanya.

Mengapa saya alergik dengan MLM ialah kerana ia selalu sinonim dengan Skim Cepat Kaya.  Apa kata kita tengok satu persatu dulu sebab-sebab yang boleh membuka mata dan minda kerana kita mudah sangat mengatakan MLM ni haram semuanya.

1.  Dari segi produk
Semua produk Syarikat Redlife mempunyai Sijil HALAL daripada JAKIM kecuali tuala wanita Lexee sebabnya Lexee bukan kategori makanan.Betul tak?😉

2.  Dari segi undang-undang
Syarikat Redlife mempunyai lesen yang sah dikeluarkan oleh KPDNKK, iaitu Lesen Akta Jualan Langsung; AJL931524.  Boleh rujuk laman web KPNKK,klik DI SINI.

Syarikat Redlife Sdn Bhd adalah syarikat MLM yang dipercayai dan berdaftar


3.  Dari segi hukum Islam
Dalam Islam, berniaga perlu ada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.  Jika kita menjual dan ada orang membeli ia telah jatuh hukum akad yang sah iaitu pelanggan tersebut bersetuju untuk membeli nilai tersebut.  Yang penting tiada unsur penipuan dan penjual tidak memaksa-maksa pelanggan.  Yang jadi HARAM ialah beli barang tapi tak bayar.

4.  Dari segi harga
Semua produk Syarikat Redlife mempunyai harga yang munasabah daripada serendah RM 18 sahaja.  Malah ia selamat, bermanfaat dan bersesuaian dengan kualiti yang dijual.

5.  Dari segi insentif ahli
Semua ahli atau pengedar Syarikat Redlife mendapat insentif seperti bonus, komisyen, rebat dengan syarat mereka berusaha untuk lakukan.  Tiada istilah goyang kaki dapat duit.  Malah tiada sistem pangkat dalam syarikat, cuma berkongsi peluang melalui pakej-pakej yang ditawarkan.  Sesiapapun anda sama ada guru, surirumah, tukang kebun, pekerja am semuanya berpeluang untuk berjaya !!

6.  Dari segi pelan pemasaran
Pelan pemasaran Syarikat Redlife melaksanakan sistem 'networking' yang adil, telus dan amanah.  Siapa yang buat dia dapat, sebaliknya yang tak buat memang tak dapatlah hasilnya.  Insentif bukan sekadar mengrekrut ahli semata-mata malah ia juga berasaskan jualan kuantiti produk.

7.  Dari segi kegunaan produk
Semua produk dalam Syarikat Redlife tidak mengandungi unsur pembaziran kerana semuanya adalah produk KEPERLUAN seperti tuala wanita Lexee, pembersih peribadi Lexee, Skinlog, kopi Redllife dan cecair klorofil.  Oleh kerana harganya terjangkau dan mampu beli, ia tidak membebankan para ahlinya untuk menggunakan dan menjual produk tersebut.  Yang paling penting ialah tiada unsur 'money game'.

Diharapkan 7 sebab ini membantu kalian membuat keputusan, yakin dan seterusnya menjadi ahli Syarikat Redlife TANPA RAGU.


Nak jadi ahli?
Isikan maklumat DI SINI
atau
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #79 : Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Lebihan daging korban rupanya masih banyak didalam peti ais beku.  Jenuh juga lah memikirkan resepi akhirnya saya pilih resepi paprik.  Kebiasaannnya, resepi ini saya menggunakan daging ayam.  Selongkar peti ais, Alhamdulillah bahan-bahan cukup untuk memasak.  Oleh kerana daging lambat empuk, saya gunakan periuk PPC supaya lebih cepat dan anak pun tak merungut kelaparan 😉.

Baiklah ini bahan-bahannya :

500g daging siap potong kecil ( anggaran sahaja beratnya sebab daging korban dalam plastik )
3-4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar dipotong 8
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 biji limau kasturi ( diperah )
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah atau ikut sayur kesukaan anda
Garam dan air secukupnya

*ditumbuk


Cara-cara membuatnya :
1.  Panaskan se…