Skip to main content

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 2

Entri #50 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 2
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Cuaca cerah setelah dua hari hujan di Putatan dan saya hari ini saya nak sambung catatan berpantang setelah tertangguh.  Bagi yang belum lagi baca entri sebelum ni, klik SIRI 1.

Selesai Solat Asar di wad, dua orang doktor datang untuk melihat keadaan saya.  Oleh kerana baru sahaja selesai solat, saya tidak sempat untuk melipat sejadah.  "Baru first time saya tengok patient sembahyang.  Kamu sembahyang di mana?,"kata doktor Cina yang lebih senior sambil berjalan di tepi sejadah.  "Saya sembahyang di surau tingkat 6,"kata doktor pelatih yang lebih muda.  "Ooo, no wonder dia sembahyang di sini saja, jauh rupanya di tingkat atas,"doktor senior mengiakan dan bersetuju dengan tindakan saya solat di situ.  Alhamdulillah, doktor yang bagus dan bersifat terbuka dalam hal ini walaupun dia bukan muslim.

Sehingga waktu Maghrib, bukaan masih 3 cm.  Oleh kerana belum sakit sangat saya pun membaca Manzil dengan penuh pengharapan agar dipermudahkan bersalin kali ini.  Belum lama selepas itu, selepas solat Isya', sakit kontraksi sudah bermula.  Saya catat sela masa itu di satu kertas supaya saya boleh agak bila masa yang sesuai untuk panggil doktor atau jururawat dan masuk ke bilik bersalin.  Keletihan sakit, saya tak tersedar bila waktu tertidur.

Pagi-pagi bangun untuk solat Subuh, sungguh rasa tak terlarat nak ke tandas tapi digagahkan juga untuk mengambil wudhuk.  Syukurlah doktor datang dan kali ini bukaan sudah pun 4 cm.  Suami dan anak pula kebetulan sampai dan doktor memberitahu agar bersiap-siap kerana sekejap lagi saya akan ditolak ke bilik bersalin.  Jadi, saya pun sempat bersarapan roti sebab dalam bilik bersalin nanti nak makan pun dah tak dibenarkan.  Selepas air ketuban dipecahkan, bermulalah episod  yang mendebarkan.  Sebaik katil ditolak keluar, suami dan anak pun sama-sama mengekori hingga di pintu masuk bilik bersalin.  Masa ni sayup-sayup ja mata saya memandang mereka melambai-lambai ke arah diri ini.  Saya balas juga lambaian walaupun hati rasa sayu sebab suami tidak dapat menemani.  Andai ini lambaian terakhirku, ucapku dalam hati 😩.

Sebenarnya seluar mamapride saya dah pakai dari awal lagi tetapi tidak dibenarkan pula dalam bilik bersalin.  Rasa agak kecewa juga namun jururawat dan doktor di situ memahami dengan sentiasa menutup bahagian aurat yang tidak perlu dilihat dan terbuka.  Doktor-doktor di situ menerangkan dengan baik situasi saya dan anak serta pilihan ubat tahan sakit.  Terdapat tiga pilihan ubat tahan sakit dan saya memilih untuk mengambil gas entonox untuk disedut.  Itupun bila kali ketiga doktor berulang kali memaklumkan.  Nak kata mengurangkan sakit tu, rasa macam 5% sahaja berkurangan selebihnya masih terasa lagi sakit kontraksi.  Tepat 11.48 pagi pada 18 Februari 2017 hari Sabtu, anak keenam kami ( lelaki ) selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 2.77kg.  Alhamdulillah, mudah rasanya kali ini walaupun pada masa tersebut baru 7cm.

Baby Arfan ketika masih di bilik bersalin

Dalam bilik bersalin ni, memori yang paling indah ialah bila mendengar tangisan bayi kita dan juga bila bayi diletakkan di atas badan si ibu.  Sampai sekarang saya tak boleh lupa semua wajah anak saya dari yang sulung hinggalah sekarang.  Rasa satu bebanan sudah pun keluar, tinggal untuk menghadapi masa berpantang selama 44 hari.  Sebelum keluar ke wad post natal, sudah tentu tuala wanita Lexee Overnight Use menjadi pilihan untuk dipakai semasa berpantang.  Doktor pun sempat bertanya tentang tuala wanita yang saya pakai ni sebab tak pernah lagi dia jumpa di kedai. Walaupun ia nampak nipis tapi serapannya bagus dan saya hanya perlu menukar 4-5 jam sekali untuk aliran berat ( aliran biasa boleh tahan bocor hingga 8 jam ).  Jika tuala wanita biasa sudah tentu saya perlu kerap lagi menukar.  Untuk hari pertama dan kedua, jururawat yang bertugas akan sentiasa menanyakan kita soalan sudahkah kita menukar pad.  Ia penting supaya mereka tahu tahap aliran darah nifas kita.  Jika terlalu banyak, dibimbangi tumpah darah.

Wad bagi ibu yang telah bersalin

Baby Arfan dan abangnya Hakim

Hari ketiga iaitu Ahad, saya dan ahli keluarga baru sudah pun dibenarkan balik ke rumah.  Seronok rasanya bila dibenarkan discaj.  Sudah pasti abang dan kakaknya tertunggu-tunggu dan tak sabar melihat baby baru.  Saya berhenti dulu untuk entri kali ini.  Nanti senang-senang saya ceritakan lagi apakah cabaran seterusnya bila berpantang dirumah tanpa ibu bapa atau mertua.


Daftar DI SINI untuk menjadi pengedar tuala wanita Lexee.  Masih belum lagi terlambat untuk anda menjana pendapatan sebagai surirumah.







Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…