Tuesday, May 23, 2017

10 Persediaan Menyambut Ramadhan Buat Para Suri

Entri #58 : 10 Persediaan Menyambut Ramadhan Buat Para Suri
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan.  Kena pula waktu cuti persekolahan anak-anak dan mungkin para ibu tertanya-tanya apakah aktiviti yang sesuai bagi mereka.  Masih belum terlambat lagi untuk kita membuat perancangan dan yang pastinya kita sendiri sebagai ibu pun perlu bersedia mental dan fizikal.  Agak rugi jika masa terbuang begitu sahaja memandangkan kita sendiri belum tentu lagi akan sampai atau tidak umur kita pada Ramadhan yang akan datang.

Antara persediaan yang kalian boleh buat bersama keluarga ialah :

1.  Mengajak anak-anak bersama-sama berdo'a agar diberikan kesempatan untuk bertemu pada bulan Ramadhan.


Lazimi membaca Al Quran

2.  Lazimi membaca Al-Quran dan memasang ayat-ayat Al Quran di rumah atau pun di dalam kenderaan.  Jika sebelum ini kita hanya membaca satu mukasurat, kali ini cuba gandakan.

3.  Mengurangi masa menonton televisyen atau melihat perkara yang kurang bermanfaat di media sosial seperti Youtube.  Perkara ini memang perlukan disiplin termasuk ibu bapa.  Kalau tidak anak-anak pun tidak dapat praktikkan dan terlalai sekali.

4.  Mempelajari atau mengulangkaji hukum hakam yang berkaitan dengan puasa.  Biasanya ceramah yang berkaitan bulan Ramadhan memang banyak, tinggal kita sendiri nak pilih nak pergi yang mana satu.

5.  Menyambut bulan Ramadhan seperti menyambut Hari Raya.  Apa yang saya maksudkan ialah mungkin boleh hiasi rumah bersama anak-anak atau boleh juga membelikan mereka pakaian solat seperti telekung baru dan kopiah.  Lakukan secara sederhana dan mengikut kemampuan kerana ia bertujuan mendatangkan kegembiraan anak-anak ketika menyambut bulan yang penuh keampunan ini.

6.   Membuat jadual  atau checklist Ramadhan.  Kebiasaannya, di dalam jadual tersebut kita boleh tandakan ✔ untuk perkara yang dilakukan dalam sehari misalnya membaca Al Quran, sedekah, solat sunat, bersahur atau apa sahaja yang mendatangkan pahala.  Dari situ kita akan nampak apa yang kurang dan cuba untuk melakukan yang lebih baik pada esoknya.  Ia boleh dilakukan bersama anak-anak dan ditampalkan pada dinding.  Terpulang kepada kita sama ada hendak memberikan ganjaran atau tidak,

7.  Mengurangi senda gurau yang tiada manfaat di media sosial termasuklah di dalam group whatsapp atau telegram.

8.  Bagi ibu yang hamil atau menyusukan, cuba dapatkan maklumat yang berkaitan dengan puasa ketika mengandung atau menyusukan.  Pastikan kalian sihat dan mampu untuk berpuasa, jika tidak mampu sememangnya ada keringanan bagi kalian ☺.

9.  Rancang menu yang sesuai dan buat persediaan seawalnya agar tidak kelam kabut nanti semasa memasak.

10.  Sebaiknya, pakaian untuk disambut semasa Raya nanti dibeli sebelum Ramadhan supaya tidak mengganggu fokus ibadah kita.

Semoga entri kali ini sedikit sebanyak boleh membantu para surirumah khasnya untuk bersedia di bulan Ramadhan yang akan datang nanti.



Selalu senggugut semasa haid?

Mari cuba tuala wanita Lexee.

Sila order dan isi maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

No comments:

Post a Comment