Skip to main content

16 Mei Yang Istimewa

Entri #57 : 16 Mei Yang Istimewa
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Jika disebut tarikh 16 Mei ini, apa yang terbayang ialah wajah-wajah guru yang telah mendidik kita sejak mengenal huruf A,B,C hinggalah kita dapat mencapai apa yang kita ada sekarang.  Bagi saya tarikh ini juga merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan kerana anak ke empat saya lahir pada tarikh ini pada tahun 2009.  Dua sambutan istimewa pada hari yang sama.

Sesungguhnya profesion perguruan adalah kerja yang sangat mulia kerana dari mereka terdidiklah anak-anak.  Merekalah insan yang mencurah bakti dan ilmu tanpa mengenal jerih dan payah.  Mengapa saya berani mengatakan demikian kerana saya sendiri pernah berpengalaman menjadi guru selama 2 tahun.  Dengan pelbagai latar belakang dan sikap pelajar sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Pernah satu hari dua orang pelajar lelaki hampir bergaduh di dalam kelas.  Masa itu kelas Matematik dan saya tengah menulis sesuatu di papan hitam.  Akibat tidak menjaga mulut, berlakulah rasa tidak puas hati dan masing-masing sudah berdiri dan pada masa itulah cepat-cepat saya berdiri di tengah untuk meleraikan mereka.  Jika difikirkan dengan saiz badan mereka itu yang lebih tinggi dan tegap, jika terjadi apa-apa memang sayalah dulu 'melayang' agaknya.  Syukur tidak terjadi perkara yang lebih teruk.

Satu lagi pengalaman yang manis bagi saya ialah bila pelajar mengucapkan terima kasih.  Terima kasih itu biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang tetapi ucapan terima kasih itu datang dari pelajar yang bermasalah.  Pelajar tersebut yang dikira selalu 'gagal' dan tidak fokus tetapi akhirnya dapat mencapai keputusan peperiksaan yang baik.  Dia datang pada saya dan mengatakan, "Jika cikgu tak bantu saya mendapatkan buku saya hari tu , tak taulah apa yang jadi pada saya."  Sebenarnya buku pelajar tersebut telah hilang tetapi saya hanya membantu fotokopi buku itu semula.  Ya, itu sahaja yang saya lakukan tetapi impaknya besar bagi dia, masya Allah.

Sempena sambutan Hari Guru di Malaysia hari ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  buat guru-guru yang telah mendidik diri saya dan juga anak-anak saya.  Saya mendoakan agar para guru diberikan kesihatan yang baik dan meneruskan usaha mendidik insan agar berilmu dan berakhlak baik.

Siti Nur 'Afiifah semasa umur 1 tahun lebih

Koleksi testimoni LEXEE,klik sahaja DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…