Wednesday, May 24, 2017

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 3

Entri #59 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 3
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini saya baru teringat tentang 'hutang' entri berkenaan semasa tempoh berpantang yang lepas.  Saya menulis entri ini ketika baby Arfan sudah 3 bulan.  Boleh rujuk dan klik Entri 1 dan Entri 2.  

Sambungan...

Seronok rasa hati bila sampai di rumah dan abang dan kakak si 'baby' teruja nak tengok.  Rasa macam baru dapat berehat dengan selesa.  Cabaran kali ini ialah berpantang tanpa orang tua dan pembantu untuk menjaga saya di rumah.  Apa yang mampu kami buat ialah melatih anak-anak yang sudah besar untuk membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai pakaian, membuang sampah, menyapu, lap meja makan dan melipat pakaian.  Alhamdulillah mereka sudah biasa dan meringankan kerja kami.  Jika tak sempurna itu perkara biasa, yang penting mereka telah cuba melakukannya dan tidak lagi kekok.

Cabaran yang paling menguji saya sepanjang tempoh berpantang ialah ulang alik ke klinik untuk pemeriksaan kuning anak dan juga mendapat suntikan heparin selama 9 hari berturut-turut.  Pada hari ketiga bersalin sahaja 'baby Arfan' terpaksa mendapat rawatan fototerapi di Hospital Tuaran.  Lokasinya memang jauh, hampir sejam untuk sampai jika bertolak dari rumah.  Syukur tidak lama di hospital kerana bacaan kuningnya sudah turun.  Cuma perlu diteruskan pemeriksaan di klinik yang berdekatan.

Asyik terkejut-kejut baby Arfan semasa rawatan fototerapi.  Mungkin keadaan wadnya yang sejuk

Baby Arfan di dalam katil bayi.  Sebelahnya pula almari kecil warna 'pink' untuk meletak barang-barang

Pemandangan dari atas wad.  Kawasan permainan untuk kanak-kanak.  Masih dalam keadaan yang baik kerana hospital ini masih baru.

Bacaan kuning yang dipantau oleh doktor dan jururawat 

Memang agak letih juga berpantang kali ini, tetapi demi kesihatan sendiri dan 'baby', saya perlu tabah.  Di hospital, nak bertungku pun susah jadi tuala wanita Lexee lah sebagai penyelamat.  Tuala wanita Lexee memang membantu sangat meringankan kesakitan dan mengurangkan ulang alik ke tandas sama ada di rumah atau di hospital.  Tiada rasa lembap dan basah kerana penyerapannya yang cepat dan berkuasa.  Jadi janganlah ragu-ragu, ia memang pelaburan yang baik untuk kesihatan dalaman kita 👌.

Boleh rujuk juga testimoni wanita berpantang yang menggunakan Lexee DI SINI.

No comments:

Post a Comment