Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Tuala Wanita Lexee Teman Baik Wanita Semasa Musafir

Entri #65 : Tuala Wanita Lexee Teman Baik Wanita Semasa Musafir
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Menempuh perjalanan berjam-jam malah berhari-hari adalah suatu cabaran bagi wanita yang sedang datang bulan.  Lagi-lagi apabila kena dengan hari pertama dan kedua haid.  Kebiasaannya masa itulah aliran agak berat sedikit berbanding hari-hari lain.

Antara kerisauan yang selalu dihadapi ialah :

1.  Kebocoran
Kebocoran mudah berlaku apabila wanita sedang dalam posisi duduk.  Dalam perjalanan sama ada dalam kereta, kapal terbang atau mana-mana kenderaan, posisi inilah yang paling kerap.  Bila dah bocor, pakaian luar pun boleh terkena sekali dan itu sangat memalukan.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Tuala wanita Lexee mengamalkan aliran masuk tetapi tidak membenarkan aliran keluar.  Anda akan rasa kering sehingga 8 jam walaupun dengan pelbagai posisi badan kita.

2.  Berbau
Tuala wanita yang dipakai pada tempoh yang lama boleh menyebabkan bau yang kurang enak…

5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung

Entri #64 : 5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum'

Saya percaya pertanyaan yang popular minggu ini ialah pertanyaan mengenai 'berhari raya di mana'.  Dalam hati mesti penuh keterujaan untuk balik kampung; semangatnya membuak-buak sehingga persiapan apa yang perlu dibawa untuk balik pun sudah ada.  Saya pun begitu kerana peluang untuk bertemu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kebiasaanya sukar dimasa yang lain melainkan di Hari Raya.

Apa pun sebelum balik, suka saya hendak mengingatkan diri sendiri dan anda supaya jangan mengabaikan keselamatan rumah yang kita tinggalkan.  Berikut ialah tips keselamatan yang boleh kita lakukan sebelum balik ke kampung halaman.

TIPS #1 :  Maklumkan kepada jiran

Cuba maklumkan kepada jiran terdekat tentang masa dan tarikh kita balik.  Apabila jiran sudah maklum, mereka akan tolong tengok-tengokkan.  Pastikan jiran kita ada menyimpan nombor telefon kita dan polis yang b…

Testimoni Pengguna Lexee Siri 5

Entri #63 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 5
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Testimoni yang ingin saya kongsikan kali ini agak unik kerana testimoni ini antaranya ialah dari rakan niaga saya yang telah menggunakan tuala wanita Lexee lebih dari setahun.  Semuanya telah menyertai untuk menjadi pengguna yang bijak seumur hidup.




Untuk tempahan sila isikan maklumat di BORANG TEMPAHAN Atau Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin

Entri #62 : Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : www.dailymail.co.uk

Alhamdulillah

Dapat diberi peluang untuk menulis blog adalah satu pencapaian bagi saya.  Manakan tidak, dengan rutin kerja dirumah dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu sangat melelahkan.  Selalu pujuk diri, lelah yang ada nilai pahala bagi wanita dan ia pasti tidak sia-sia !  Terima kasih ya Allah.

Sepanjang pengalaman saya dalam pantang, saya terkena rengat yang agak teruk semasa bersalin anak yang kelima.  Memang menangis dan tak tahan sehingga terpaksa pergi ke klinik.  Rupa-rupanya sakit rengat ialah sakit seakan-akan senggugut selepas bersalin dan biasanya ia terjadi pada anak yang kedua dan ke atas.  Sakitnya pula bertambah berkali ganda jika penyusuan ibu dilakukan dan kalau tak tahan iman, memang rasa serik nak bagi susu.

Sebenarnya rengat ini terjadi apabila rahim mengecut dan sekiranya pengecutan lambat, tumpah darah boleh berlaku.  Na'uzubillah.  Proses peny…

Set Berpantang Lexee

Entri #61 : Set Berpantang Lexee
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum  wbt

Sepanjang saya bisnes tuala wanita Lexee ini, sebenarnya saya sudah mempromosikan set berpantang ini kepada rakan-rakan.  Malah saya sendiri menggunakannya semasa berpantang baru-baru ini.  Cuma hari ini baru berpeluang memperkenalkannya di blog.

SET BERPANTANG LEXEE 1 :
Anda akan dapat : 3 pek Overnight Use Lexee 2 pek Day Use Lexee 1 pek Pantiliner Lexee
HARGA : RM 110 ( Percuma Poslaju SELURUH MALAYSIA )
SET BERPANTANG LEXEE 2 :
Anda akan dapat : 2 pek Overnight Use Lexee 1 pek Day Use Lexee 1 pek Pantiliner Lexee
HARGA : RM 74 ( Tambahan caj poslaju : Semenanjung RM 10; Sarawak RM 9; Sabah RM 7 )
Sebenarnya ramai sudah dibantu dengan set ini kerana ia amat membantu mempercepatkan penyembuhan luka miss-v semasa bersalin dan mengeluarkan darah beku.  Malah respon mereka kebanyakannya merasa selesa dan kering.  Ibu-ibu yang terpaksa berpantang di hospital juga saya sarankan pakailah tuala wanita Lexe…

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan a…