Friday, July 28, 2017

Inilah Hasil Konsisten Menulis Blog Berkat Bimbingan Akademi Bekerja DiRumah ( ABDR )


Entri #70 : Inilah Hasil Konsisten Menulis Blog Berkat Bimbingan Akademi Bekerja DiRumah ( ABDR )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini ada suntikan motivasi buat saya kerana selepas hampir 10 bulan menyertai ABDR hasil konsisten menulis blog sudah mulai nampak.  Macam mana saya dapat tahu ialah dengan menulis beberapa kata carian dan terujanya saya apabila artikel yang saya tulis selama ini dijumpai pada carian pertama, kedua dan ketiga Google !

Mari saya sertakan hasil gambar screenshot dan kalian boleh cuba sendiri ya 😃.

Carian pertama Google Catatan Berpantang
Carian Pertama Google Tuala Wanita Berpantang

Carian Pertama Google Resepi Makaroni Bakar Pressure Cooker Philips

Carian Pertama Google Pembersih Peribadi Lexee

Carian Pertama Google Pantiliner Lexee

Carian Kedua Google Resepi Cheesekut Nestum

Carian Kedua Google Testimoni Lexee

Carian Ketiga Google Kelebihan Kain Kapas

Apa yang saya cuba buat sepanjang tempoh ini ialah cuba menulis artikel paling minimum sekali seminggu.  Saya boleh membayangkan apa jadi dengan blog ini jika saya menulis setiap hari.  Tentu lebih besar impaknya.  Jika saya rasa tiada apa hendak ditulis, label catatan harian atau catatan pengalaman membantu untuk membuahkan idea.  Menulis resepi pun satu idea yang baik bagi kalian yang baru bermula.

Baiklah, bagi yang ingin belajar blog tapi tiada masa ke kelas jangan jadikan ia alasan untuk bertangguh-tangguh menimba ilmu blog.  Pakej ABDR kalian boleh pilih mengikut kesesuaian minat, klik DISINI untuk maklumat penuh.  Berdaftarlah sebagai ahli ABDR, boleh hubungi saya seperti tertera di bawah :

Isikan maklumat DISINI 
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Wednesday, July 26, 2017

Segera Berjumpa Doktor Jika 3 Tanda Ini Berlaku Semasa Berpantang

Entri #69 : Segera Berjumpa Doktor Jika 3 Tanda Ini Berlaku Semasa Berpantang
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : http://www.mybabysheartbeatbear.com dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Bulan ini seronok dengar rakan dah bersalin, bertambahlah umat dan didoakan anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah.  Selamat berpantang diucapkan dan tak kira anak ke berapa, diharap jagalah diri sebaiknya kerana kesihatan ibu memang memainkan peranan yang penting dalam sebuah keluarga.

Semasa di hospital kebiasaannya soalan yang sering ditanyakan oleh jururawat ialah keadaan darah nifas dan ia dapat dilihat melalui kekerapan menukar tuala wanita.  Mengapa ia ditanya saya akan jawab selepas ini.  Sebenarnya, apa itu darah nifas ?  Darah nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.  Maknanya darah yang keluar sebelum bersalin tidak dikira darah nifas dan kita masih perlu melakukan solat sama ada dalam keadaan biasa ( berdiri ) atau dalam keadaan duduk atau juga berbaring.

Tempoh masa darah nifas ialah paling lama 60 hari dalam Islam.  Saya tidak mahu mengulas mengenai kekhilafan tempoh ini, anda boleh rujuk pada yang lebih pakar.  Warna darah ialah merah dan banyak pada mulanya dan akan menjadi berwarna coklat bila berkurangan.  Mungkin semasa menyusukan bayi, si ibu boleh merasa ia keluar.  Darah beku yang keluar adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.

Tuala Wanita Lexee yang sesuai untuk wanita berpantang

Tanda-tanda darah nifas yang tidak normal ialah :

  1.   Tuala wanita yang penuh dengan darah walaupun setelah baru ditukar.
  2.   Berbau busuk.
  3.   Ketulan darah beku bersaiz lebih besar daripada bola golf.
Jika terdapat tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor atau ke hospital berdekatan.  Tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa si ibu. 

Perhatikan pendarahan ( nifas ) pada tuala wanita.  Ibu-ibu kena perihatin.
 

Saranan saya buat ibu yang sedang berpantang :
  • Berehatlah, kurangkan berfikir tentang perkara yang berat.  Fokus dulu pada diri sendiri dan anak yang dilahirkan
  • Banyakkan berzikir supaya minda tenang dan positif
  • Jika di hospital, minta sokongan suami dan keluarga supaya kerap melawat dan berhubung
  • Berpantanglah kerana kesihatan kita selepas itu amat berkait dengan penjagaan kita semasa dalam tempoh pantang
  • Legakan dengan tuala wanita Lexee yang mempunyai ion negatif, rasa berangin dan tahan bocor
Saya berharap jika artikel ini bermanfaat, mohon kongsikan agar pahala tetap mengalir.  Terima kasih 😊.


Ingin berpantang dengan Tuala Wanita Lexee ?
Isikan maklumat DISINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )


Monday, July 17, 2017

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

  • 250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )
  • Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )
  • 3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )
  • Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )
  • Nestum
Bahan-bahan untuk membuat cheesekut

Dalam bekas Tupperware ( bawah cream cheese ) - susu pekat manis
Dalam bekas penutup ungu ( sebelah bekas Tupperware ) - Nestum
Susu segar HL saya beli yang besar sebab saya suka minum 😋

Nestum dalam bekas Vieta Moorlife.  Mudah sebab dapat sudu sekali.
Cara-cara membuatnya :
  1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  Bila siap, ia akan membentuk krim.
  2. Sediakan acuan atau bekas, sebaiknya berbentuk segiempat supaya memudahkan penyusunan biskut.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu kotak HL dan susunkan ke dalam acuan.  Jika ada ruang kosong, pastikan patah sedikit biskut supaya ia tidak berlubang dan nampak cantik apabila dipotong.
  4. Kemudian, sapukan krim ( langkah 1 tadi ) ke atas susunan biskut.  Taburkan nestum di atas lapisan krim.
  5. Ulangi langkah ketiga sehingga habis.  Susunannya ialah biskut, krim dan nestum.  Lapisan terakhir nanti tuang sahaja lebihan krim dan lebihkan nestum kalau suka.
  6. Apabila siap, simpankan di dalam peti ais 5-6 jam atau semalaman.
Tak sampai sehari dah tinggal separuh acuan 😂

Masa yang diambil untuk membuat satu acuan ini hanyalah 30 minit.  Mudah bukan? Tidak salah  kita membuatnya sesekali untuk keluarga.  Malah ia menjadi pengikat kemesraan dan kasih sayang.  Tak percaya, apa kata cuba dulu.  Selamat mencuba !


Testimoni Tuala Wanita Lexee, klik DI SINI

Friday, July 14, 2017

9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )

Entri #67 : 9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi Peribadi dan Google
Sumber inspirasi : THE BENEFITS OF COTTON 

Syukur Alhamdulillah

Perasan tak, kita banyak menggunakan kain kapas dalam aktiviti seharian.  Dari pakaian, tuala, cadar, tudung dan kain lap pun dari kain kapas asli atau campuran.  Mengapa agaknya ia menjadi pilihan ramai, apa kata kita sama-sama ambil tahu manfaatnya.

Imej dari wisegeek.com

TIDUR LEBIH LENA
Kajian mendapati fabrik kapas tidak memerangkap haba dan ia menggalakkan kulit kita dapat bernafas berbanding menggunakan fabrik sintetik.

KURANG PENCUCIAN DAN MENJIMATKAN TENAGA
Pakaian daripada fabrik kapas boleh dipakai berkali-kali kerana sifatnya yang kurang menyerap bau.  Jadi anda boleh jimat tenaga, air dan elektrik malah pakaian menjadi tahan lebih lama.

BOLEH DIPAKAI DI MANA SAHAJA 
Fabrik kapas ini tetap menarik dipakai pada apa sahaja majlis.  Dari pejabat, sukan dan santai-santai petang ia memenuhi kehendak anda.

TAHAN LASAK
Mempunyai gentian yang paling kuat.  Direndam dengan air panas sekalipun ia masih lagi utuh. Wajarlah ia menjadi pilihan di hospital-hospital.

KOS MURAH
Berbanding dengan fabrik yang lain, kain kapas mudah dibasuh.  Kekotoran yang terlekat pun mudah tanggal.

KEKAL BENTUK
Tudung atau baju dari kain kapas tidak mudah berubah bentuk.  Jika hendak memilih yang ada campuran fabrik spandeks, pilihlah yang kurang daripada 5%.  Terlalu banyak campuran spandeks akan menyebabkan pakaian mudah mengecut.

MENGEKALKAN PEREDARAN UDARA PADA SI PEMAKAI
Jika mahukan rasa kering dan sejuk semasa bersenam, gunalah pakaian sukan dari fabrik kapas.  Anda pasti selesa tanpa rasa basah berpeluh !

8 Lapisan Pada Tuala Wanita Lexee

YAKIN DENGAN KETRAMPILAN
Ia mampu meningkatkan keyakinan diri terutamanya jika anda mengalami kulit yang sensitif dan kerengsaan.  Kain kapas lembut pada kulit dan penyerap peluh yang baik.  Jika ada pakaian yang anda kurang selesa, mungkin peratusan fabrik kapas di dalamnya adalah kurang.

TIDAK BERBAU
Jika anda suka memasak, bau masakan mungkin boleh melekat pada pakaian walaupun sudah dicuci.  Dengan fabrik kapas, anda tidak perlu risau masalah ini.

Banyaknya manfaat kain kapas dan sebab itulah Tuala Wanita Lexee menggunakan 100% fabrik ini pada lapisan 1, 3, 5 dan 6 ( ada 8 lapisan semuanya ).  Orang di sebelah pun tidak perasan anda sedang datang bulan.  Tuala wanita Lexee adalah tuala wanita kesihatan dan ia dipatenkan untuk manfaat kita bersama.  Ayuh bersama Syarikat Redlife !.


Ingin menjana pendapatan tanpa had ?
Ayuh daftar pakej Kiosk
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Thursday, July 06, 2017

Pantiliner Lexee Teman Akrab Jemaah Haji Wanita

Entri #66 : Pantiliner Lexee Teman Akrab Jemaah Haji Wanita
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Saya tumpang gembira apabila kalian terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini.  Impian ini memang tidak pernah padam pada diri saya dan suami.  InsyaAllah doakan kami dapat ke sana juga suatu hari nanti.  Buatlah persediaan dari segi mental atau fizikal kerana ia satu ibadah yang mencabar kedua-duanya sekali.  Hadiri kursus yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan seperti Tabung Haji dan cuba tanyakan kepada yang sudah mempunyai pengalaman sedemikian.  Saya pasti ia boleh membantu anda untuk mengharungi apa juga masalah dan cabaran di sana nanti.

Baiklah, entri kali ini adalah mengenai cabaran kecil buat jemaah wanita yang mengalami keputihan atau discaj.  Sebaiknya bagi yang agak teruk, berubatlah dahulu dengan doktor.  Jika keputihan yang biasa, apa kata anda gunakan Pantiliner Lexee di sepanjang anda di sana.  Satu pek Pantiliner Lexee mengandungi 30 keping.  Boleh dipakai sebulan jika anda menggunakan satu keping sehari, jika lebih ada baiknya anda bawa 2 hingga 3 pek.

Antara Pakej Keahlian Syarikat Redlife

Pembelian 13 pek Pantiliner Lexee ( Red Member ) terus daftar keahlian dan percuma kos pos 👌

Antara kelebihan Pantiliner Lexee ialah gamnya yang agak kuat.  Jarang teralih atau renyuk atau juga bergulung jika dipakai.  Lagipun gamnya dibuat daripada bahan makanan bukan bahan kimia seperti pantiliner jenama biasa.  Rasa sejuk dan beranginnya juga membantu anda tetap segar walaupun dalam keadaan panas dan berpeluh.

Semoga perjalanan haji anda dipermudahkan oleh Allah dan mendapat haji yang mabrur.


Nak order ?
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )