Monday, July 17, 2017

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

  • 250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )
  • Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )
  • 3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )
  • Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )
  • Nestum
Bahan-bahan untuk membuat cheesekut

Dalam bekas Tupperware ( bawah cream cheese ) - susu pekat manis
Dalam bekas penutup ungu ( sebelah bekas Tupperware ) - Nestum
Susu segar HL saya beli yang besar sebab saya suka minum 😋

Nestum dalam bekas Vieta Moorlife.  Mudah sebab dapat sudu sekali.
Cara-cara membuatnya :
  1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  Bila siap, ia akan membentuk krim.
  2. Sediakan acuan atau bekas, sebaiknya berbentuk segiempat supaya memudahkan penyusunan biskut.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu kotak HL dan susunkan ke dalam acuan.  Jika ada ruang kosong, pastikan patah sedikit biskut supaya ia tidak berlubang dan nampak cantik apabila dipotong.
  4. Kemudian, sapukan krim ( langkah 1 tadi ) ke atas susunan biskut.  Taburkan nestum di atas lapisan krim.
  5. Ulangi langkah ketiga sehingga habis.  Susunannya ialah biskut, krim dan nestum.  Lapisan terakhir nanti tuang sahaja lebihan krim dan lebihkan nestum kalau suka.
  6. Apabila siap, simpankan di dalam peti ais 5-6 jam atau semalaman.
Tak sampai sehari dah tinggal separuh acuan 😂

Masa yang diambil untuk membuat satu acuan ini hanyalah 30 minit.  Mudah bukan? Tidak salah  kita membuatnya sesekali untuk keluarga.  Malah ia menjadi pengikat kemesraan dan kasih sayang.  Tak percaya, apa kata cuba dulu.  Selamat mencuba !


Testimoni Tuala Wanita Lexee, klik DI SINI

No comments:

Post a Comment