Wednesday, July 26, 2017

Segera Berjumpa Doktor Jika 3 Tanda Ini Berlaku Semasa Berpantang

Entri #69 : Segera Berjumpa Doktor Jika 3 Tanda Ini Berlaku Semasa Berpantang
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : http://www.mybabysheartbeatbear.com dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Bulan ini seronok dengar rakan dah bersalin, bertambahlah umat dan didoakan anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah.  Selamat berpantang diucapkan dan tak kira anak ke berapa, diharap jagalah diri sebaiknya kerana kesihatan ibu memang memainkan peranan yang penting dalam sebuah keluarga.

Semasa di hospital kebiasaannya soalan yang sering ditanyakan oleh jururawat ialah keadaan darah nifas dan ia dapat dilihat melalui kekerapan menukar tuala wanita.  Mengapa ia ditanya saya akan jawab selepas ini.  Sebenarnya, apa itu darah nifas ?  Darah nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.  Maknanya darah yang keluar sebelum bersalin tidak dikira darah nifas dan kita masih perlu melakukan solat sama ada dalam keadaan biasa ( berdiri ) atau dalam keadaan duduk atau juga berbaring.

Tempoh masa darah nifas ialah paling lama 60 hari dalam Islam.  Saya tidak mahu mengulas mengenai kekhilafan tempoh ini, anda boleh rujuk pada yang lebih pakar.  Warna darah ialah merah dan banyak pada mulanya dan akan menjadi berwarna coklat bila berkurangan.  Mungkin semasa menyusukan bayi, si ibu boleh merasa ia keluar.  Darah beku yang keluar adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.

Tuala Wanita Lexee yang sesuai untuk wanita berpantang

Tanda-tanda darah nifas yang tidak normal ialah :

  1.   Tuala wanita yang penuh dengan darah walaupun setelah baru ditukar.
  2.   Berbau busuk.
  3.   Ketulan darah beku bersaiz lebih besar daripada bola golf.
Jika terdapat tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor atau ke hospital berdekatan.  Tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa si ibu. 

Perhatikan pendarahan ( nifas ) pada tuala wanita.  Ibu-ibu kena perihatin.
 

Saranan saya buat ibu yang sedang berpantang :
  • Berehatlah, kurangkan berfikir tentang perkara yang berat.  Fokus dulu pada diri sendiri dan anak yang dilahirkan
  • Banyakkan berzikir supaya minda tenang dan positif
  • Jika di hospital, minta sokongan suami dan keluarga supaya kerap melawat dan berhubung
  • Berpantanglah kerana kesihatan kita selepas itu amat berkait dengan penjagaan kita semasa dalam tempoh pantang
  • Legakan dengan tuala wanita Lexee yang mempunyai ion negatif, rasa berangin dan tahan bocor
Saya berharap jika artikel ini bermanfaat, mohon kongsikan agar pahala tetap mengalir.  Terima kasih 😊.


Ingin berpantang dengan Tuala Wanita Lexee ?
Isikan maklumat DISINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )


No comments:

Post a Comment