Thursday, August 10, 2017

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.


Bengkang Roti Versi PPC

Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

  1. Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.
  2. Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.
  3. Masukkan roti yang sudah direndam ke dalam periuk PPC.
  4. Bahan-bahan yang sudah dikisar sebati tadi dituangkan ke dalam periuk PPC.
  5. Kacau rata.
  6. Tutupkan periuk PPC dan selaraskan tombol di bahagian kiri sekali ( bake / membakar ).
  7. Tekan butang 'cake' kemudian tekan butang 'start'.
  8. Tunggu sehingga 45 minit, dah siap 😋.
  9. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan.

Sedap dimakan semasa minum petang atau sarapan pagi

Resepi ini sangat mudah dibuat dan bertambah senang dengan menggunakan periuk PPC.  Mudah-mudahan ia bermanfaat dan jika suka mohon anda kongsikan ya.  Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini.


Pembersih peribadi Lexee tanpa SLS dan bahan kimia.  Nak tahu, klik DISINI.


No comments:

Post a Comment