Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #79 : Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Lebihan daging korban rupanya masih banyak didalam peti ais beku.  Jenuh juga lah memikirkan resepi akhirnya saya pilih resepi paprik.  Kebiasaannnya, resepi ini saya menggunakan daging ayam.  Selongkar peti ais, Alhamdulillah bahan-bahan cukup untuk memasak.  Oleh kerana daging lambat empuk, saya gunakan periuk PPC supaya lebih cepat dan anak pun tak merungut kelaparan 😉.

Baiklah ini bahan-bahannya :

500g daging siap potong kecil ( anggaran sahaja beratnya sebab daging korban dalam plastik )
3-4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar dipotong 8
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 biji limau kasturi ( diperah )
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah atau ikut sayur kesukaan anda
Garam dan air secukupnya

*ditumbuk


Cara-cara membuatnya :
1.  Panaskan se…

Tips Penjagaan Luka Bersalin Normal Supaya Cepat Sembuh

Entri #78 : Tips Penjagaan Luka Bersalin Normal Supaya Cepat Sembuh
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Ibu sekalian pernah dengar tak luka episiotomi atau luka selepas bersalin normal ? Episiotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor.  Sekali imbas agak ngeri terutamanya bagi ibu yang pertama kali menghadapinya.  Boleh kata macam-macam tips yang orang bagi supaya luka bersalin cepat sembuh.  Sebenarnya apa pun jenis luka yang terjadi pada kita ia perlulah dirawat dengan baik supaya tidaklah menimbulkan kesan jangka masa panjang seperti tidak berasa sakit ketika bersama dengan suami.

Antara kesan luka episiotomi yang tidak dijaga dengan baik ialah :

Jangkitan kuman yang menyebabkan rasa sakit atau pedihJahitan terbuka sebelum sembuh  Kebiasaannya luka episiotomi ini menyebabkan rasa sakit selama 2 hari selepas bersalin dan pulih dalam tempoh dalam 2 minggu.  Sekiranya lebih daripada itu, eloklah berjumpa doktor dengan segera.  Untuk tempoh tersebut, boleh ama…

Rehat Sebentar Di Taman Ujana Rimba Tropika

Entri #77 : Rehat Sebentar Di Taman Ujana Rimba Tropika
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Minggu lepas adalah minggu yang mendebarkan buat saya kerana anak kedua mengharungi peperiksaan UPSR.  Alhamdulillah, sudah pun berlalu dan fokus pada peperiksaan SRU 2 minggu lagi.  Nak ceritanya bukan anak sahaja yang letih tetapi kami sebagai ibu bapa pun boleh tahan juga keletihannya kerana banyak masa dihabiskan hujung minggu ke kelas tuisyen.  Tak mengapalah kerana ia adalah untuk masa depan anak juga 😊😊.

Jadi, hujung minggu lepas sempat juga membawa anak-anak bersantai dan berehat-rehat di Taman Ujana Rimba Tropika.  Taman ini terletak bersebelahan bangunan Arkib Negeri di Jalan Penampang.  Ia mempunyai banyak pokok jenis tempatan dan mempunyai taman permainan kanak-kanak yang agak luas.  Agak teduh dan tidak panas.  Mungkin kalau kami pergi pada waktu pagi, pasti dingin embun masih terasa.


Jika ingin mengeluarkan peluh, laluan untuk jogging pun ada.  Di sana jug…

8 Tips Berpantang Di Hospital

Entri #76 : 8 Tips Berpantang Di Hospital
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Adakah ibu-ibu yang sedang berpantang dihospital sekarang ?  Jika jawapannya ' Ya ' saya ingin berkongsi beberapa tips untuk anda.  Saya ada pengalaman berpantang dihospital semasa anak keenam disebabkan jaundis dan demam, walaupun sekejap tetapi ia cukup terkesan hingga ke hati.  Jika minda ibu-ibu tidak terjaga dan tidak bersedia, boleh stress dan murung dibuatnya.


Tips #1 :
Jaga minda kita agar sentiasa positif.  Dikelilingi ramai pesakit mungkin sedikit sebanyak kita boleh terganggu.  Zikir juga merupakan penawar supaya hati sentiasa tenang.  Apapun selalulah menganggap apa yang terjadi adalah sebagai pengalaman kita yang berharga.

Tips #2 :
Memandangkan kebanyakan hospital menggunakan penghawa dingin maka badan kita mudah kesejukan.  Jadi, gunakanlah stokin, baju sejuk dan minyak panas supaya badan sentiasa hangat.  Sapukan juga di bahagian dahi dan ari-ari untuk mengelakka…