Wednesday, September 06, 2017

8 Tips Berpantang Di Hospital

Entri #76 : 8 Tips Berpantang Di Hospital
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Adakah ibu-ibu yang sedang berpantang dihospital sekarang ?  Jika jawapannya ' Ya ' saya ingin berkongsi beberapa tips untuk anda.  Saya ada pengalaman berpantang dihospital semasa anak keenam disebabkan jaundis dan demam, walaupun sekejap tetapi ia cukup terkesan hingga ke hati.  Jika minda ibu-ibu tidak terjaga dan tidak bersedia, boleh stress dan murung dibuatnya.

Tuala wanita Lexee membantu anda berpantang dengan ceria

Tips #1 :
Jaga minda kita agar sentiasa positif.  Dikelilingi ramai pesakit mungkin sedikit sebanyak kita boleh terganggu.  Zikir juga merupakan penawar supaya hati sentiasa tenang.  Apapun selalulah menganggap apa yang terjadi adalah sebagai pengalaman kita yang berharga.

Tips #2 :
Memandangkan kebanyakan hospital menggunakan penghawa dingin maka badan kita mudah kesejukan.  Jadi, gunakanlah stokin, baju sejuk dan minyak panas supaya badan sentiasa hangat.  Sapukan juga di bahagian dahi dan ari-ari untuk mengelakkan pening dan rengat.

Tips #3 :
Gunakan bengkung jenis mudah buka yang mudah untuk dipakai sendiri dan juga bila ditandas nanti.

Tips #4 :
Jaga langkah kita supaya tidaklah terlalu laju semasa berjalan.  Jika perlukan kerusi roda, maklumkan sahaja pada jururawat yang bertugas.

Tips #5 :
Usahakan untuk memberi susu ibu kepada bayi.  Susu ibu mempercepatkan proses penyembuhan rahim.

Baby Arfan semasa di wad NICU Hospital Likas

Tips #6 :
Jika rumah kita tidak jauh dari hospital, minta suami dan ahli keluarga terdekat untuk membantu memberi sokongan dalam bentuk bantuan.  Boleh jadi bantuan tersebut dalam bentuk penyediaan makanan berpantang, persekolahan anak-anak lain dan menguruskan baju-baju kotor kita dan bayi yang baru lahir.

Tips #7 :
Jika ada ruang masa yang terluang, tidur dan berehatlah.  Kurangkan bersembang perkara yang tidak perlu dan tidak perlulah melihat gajet telefon bimbit terlalu lama.

Tips #8 :
Jaga luka dibahagian miss-v dan perut ( jika bersalin pembedahan ) agar sentiasa kering.  Gunakan tuala wanita yang boleh menyerap pantas seperti tuala wanita Lexee.  Ini kerana tuala wanita yang lembap boleh menyebabkan pembiakan bakteria.  Selain itu, lihat juga rupa, warna dan bau darah nifas yang keluar.  Jika merasa ragu-ragu, bertanyalah dengan doktor.

Saya mendoakan anda dan bayi dapat cepat-cepat balik ke rumah dan sihat sentiasa.  Semoga entri sedikit sebanyak dapat membantu anda berpantang dengan tenang dan selesa.  Kongsikan jika anda suka 😄.


Mari berkenalan dengan tuala wanita Lexee, klik DI SINI





No comments:

Post a Comment