Skip to main content

Cuti-cuti Di Apartment Accord Regency : Review

Entri #82 : Cuti-cuti Di Apartment Accord Regency : Review
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammua'alaikum

Bila cuti sekolah yang paling seronok sudah tentulah anak-anak.  Cuti seminggu yang lepas asalnya nak pergi ke Kundasang tapi oleh kerana cuaca tidak berapa mengizinkan, maka kami pun mencari sekitar KK ( Kota Kinabalu ) sahaja.  Ada satu bilik yang kosong di Apartment Accord Regency
( AAR ) menjadi rezeki kami, jadi ke sinilah nampak gayanya.

Menariknya AAR ini menurut pendapat saya ialah ia terletak di tengah bandaraya dan 3.3 km dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.  Yang paling seronok ia terletak kat atas Imago, ' shopping mall ' yang terkenal di KK ( bolehlah buat cuci mata  πŸ˜Ž ).  Nak ' shopping ' pun senang, pergi ja kat tingkat bawah.  Antara kedai kegemaran ialah kedai buku Popular dan D.I.Y, Parkson pun ada juga disana.

Bagi saya menginap disini tak terasa macam tinggal kat hotel, lebih kepada ala homestay.  Semua bilik mempunyai penghawa dingin termasuklah diruang televisyen.  Bahagian dapurnya disediakan microwave, peti sejuk dan pinggan mangkuk.  Moden dan eksklusif juga rekaan disini.  Kolam renang pun ada tapi tak dapat nak ambil gambar sebab hujan dan memang tak bawa pun anak-anak ke sini.  Memang kecewa juga mereka sebenarnya tapi apa boleh dibuat, cuaca hujan dan ribut pada masa tu.

Nak membasuh baju pun ada disediakan mesin basuh baju yang canggih. Apa tak canggih, boleh keringkan lagi πŸ˜….  Taklah risau baju yang kotor dan basah, tinggal lipat ja.  Tentang makan tak perlu gundah, kat Imago tu banyak pilihan restoran.  Malah sekitar AAR pun ada jika nak berjimat.  Tempat letak kereta pula PERCUMA cuma pada mulanya agak keliru juga bahagian lif ke bilik yang ditempah.  Kami menyewa AAR untuk 2 bilik dan kadar sewanya semalam ialah RM 200 ++.  Secara keseluruhan, saya bagi 4 bintang 🌟 daripada 5 bintang.

Rekaan moden dibahagian ruang televisyen

Bilik AAR

Pemandangan luar Bilik Utama ( Master Room )

Tandas di bahagian luar.  Tandas di bahagian bilik utama lebih luas.


Ruang balkoni bilik utama

Satu kad untuk masuk ke bilik, satu lagi untuk lif dan tempat letak kereta.  Semuanya untuk keselamatan.

Selipar rumah ni dapat sepasang 😊, taklah sejuk bila pijak lantai

Kebetulan masa Deepavali, jadi ambil peluang gambar corak yang menarik ni.

Makan-makan di Chicken Rice Shop bersama keluarga, Alhamdulillah.
Jika kalian nak bawa keluarga sambil berehat-rehat ditengah-tengah bandaraya KK, disinilah cadangan saya tempatnya.  Satu lagi bagi wanita yang nak bermusafir, eloklah bekal tuala wanita yang sesuai.  Nak tau tuala wanita yang boleh membantu anda, klik DISINI.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak πŸ‘Œ.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…