Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Rolf Kipp 20 Tahun Setia Dengan Forever Kini Jutawan

Entri #131 : Rolf Kipp 20 Tahun Setia Dengan Forever Kini Jutawan
Teks dan Foto : FacebookAlhamdulillahHakak nak 'share' lagi kisah inspirasi buat diri supaya sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa.  Kisah ini dari luar negara, kan syarikat Forever Living berada hampir di seluruh dunia jadi tidak hairan jika kita jumpa produk ini di luar sana.Petikan dari GLT : Puan Junaidah dengan sedikit edit dari hakakRolf Kipp bermula di Forever Living Products lebih 20 tahun yang lalu. Hanya sukakan produk Forever iaitu Aloe Vera Gel.Pelbagai rintangan yang di laluinya kerana pada masa itu tidak ramai orang kenal 'Si Botol Kuning' .Dia pernah menjemput sebanyak 150 orang untuk hadir 'Business Preview' beliau yang pertama dan rasa sangat teruja, hinggakan menempah Katering untuk 150 pax. Usaha beliau hanya sia-sia' hanya 2 orang sahaja yang muncul.Tapi itu tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk terus memperkenalkan Forever Living Products kepada orang ra…

8 Sifat Aloe Vera Gel Forever Living

Entri #130 : 8 Sifat Aloe Vera Gel Forever Living
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiCuti sekolah hari ini, hakak nak luangkan masa sedikit di blog kesayangan.  Baca entri ni santai-santai ya.  Setiap bulan mesti kita akan peruntukkan sedikit wang untuk membeli sabun cuci pakaian dan sabun cuci pinggan mangkuk kan ?  Pernah tak terfikir sabun untuk cuci usus ? Eh, macam pelik pula bila sebut sabun untuk cuci usus.  Usus kita ini telah berbakti dengan tubuh badan kita lama dah.  Memang patut dah dicuci sebab kesian ia bekerja siang dan malam untuk kita.  Macam enjin kereta, perlu sesekali diservis supaya kereta lebih tahan lama.  Oleh sebab itu, usus kita perlu aloevera ini kerana ia ada satu sifat fungsinya sama seperti sabun iaitu mencuci.  Mari kita tengok 8 sifatnya dengan lebih terperinci :1. Saponins : bahan seperti sabun ( licin dan berbuih ) ini bertindak mencuci dan membersihkan tisu tubuh.2. Lignin : dimana hanya aloevera yang cukup matang ( > 5 tahun) sahaja yang dituai.…

Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi

Entri 129 : Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillahBonda hakak pernah berpesan, jangan tinggalkan sarapan walaupun sekadar secawan teh.  Dia kata yang selalu skip sarapan ni lah yang mudah kena penyakit.Masa tu hakak tak berapa faham sebab ingatkan baguslah tak makan supaya tak gemuk tapi rupanya nasihat bonda ni selaras dengan saranan doktor.Oleh kerana Aloe Vera Gel baru ja habis, pagi tadi minum air dicampur dengan dua sudu madu Forever Bee Honey dan telan sebiji ArcticSea.  Balik dari lepas hantar anak sekolah baru sarapan berat sikit.Syukur atas segala nikmat kesihatan.Ia adalah amanah untuk hakak jaga.Moga makin cergas beribadah pada Nya.Ingin tahu lebih lanjut mengenai produk Forever Living ?Hakak sedia membantu, mohon whatsapp ke 019 838 2601 ( Puan Mariam ) untuk respon yang lebih cepat 😀.

Kriteria Pemilihan Syarikat Untuk Bisnes Yang Diceburi

Entri 128 : Kriteria Pemilihan Syarikat Untuk Bisnes Yang Diceburi
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Syarikat Forever LivingAlhamdulillahHujung minggu begini hakak paksa diri untuk terbitkan satu entri blog.  Rindu betul untuk menulis sebenarnya.  Idea banyak berlegar tetapi hambatan masa menyebabkan ia terperap dalam minda.Ada orang menulis ini satu terapi minda.  Rasa puas tetapi biarlah sesuatu yang positif kan.  Baiklah hakak sebenarnya banyak dah ceburi bisnes kecil-kecilan dan secara online sama ada ' trading ' atau ' MLM '.  Hakak agak teliti dan cerewet juga sebelum nak jadi ejen atau nak daftar jadi ahli.Jadi di sini hakak nak bagi secara umum kriteria pemilihan supaya pilihan kita adalah yang tepat dan tidak tertipu.  Yerrlah, bisnes ini mesti memerlukan modal, nanti habis modal lebur begitu sahaja kalau syarikat itu tak jujur.  Baik,baca ya tipsnya :1.  Pilih bisnes yang diterima di banyak negara kerana ia menunjukkan syarikat itu telus dan mempunyai pelan …

3 Sebab Mengapa Saya Sertai Syarikat Forever Living

Entri 127 : 3 Sebab Mengapa Saya Sertai Syarikat Forever Living
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Group Whatsapp
Foto : FacebookAlhamdulillahRezeki itu luas selagi kita tidak berputus asa.  Sentiasalah bermohon kepada Allah supaya rezeki yang kita cari halal, berkat dan tidak menganiaya insan lain.  Berbalik kepada tajuk entri kali ini, mari tengok sebab-sebab hakak tertarik dengan Syarikat Forever Living.PERTAMA :
Hakak sebenarnya mencari penawar untuk anak yang gatal-gatal akibat ekzema.  Bila terkena perbelanjaan untuk merawatnya bukan sikit.  Dari satu krim ke satu krim termasuklah sabun merata dicari.  Akhirnya hakak masuk dan mendaftar Syarikat Forever Living supaya mendapat harga yang lebih murah untuk pembelian akan datang. Lagipun krim yang disapu serasi dan banyak dah perubahan positif terutamanya pada muka anak.  Nanti hakak kongsikan pada entri lain.KEDUA :
Sebab lain adalah peluang bisnes yang disediakan ternyata berbeza dengan Syarikat MLM yang lain.  Nanti hakak letak per…

Kisah Inspirasi Sebastiao Manuel.Dulu Pengemis Kini Jutawan

Entri #126 : Kisah Inspirasi Sebastiao Manuel.Dulu Pengemis Kini Jutawan
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Facebook
Foto: FacebookAlhamdulillahHakak perasan banyaknya mesej berunsur motivasi lalu lalang di medsos baru-baru ini.  Tak kurang juga berita yang sedih dan dukacita.  Apa yang baik eloknya kita ambil iktibar dan menjauhi segala keburukan.  Zaman sekarang kita kena bijak memilih berita yang sampai pada kita.Hari ini hakak nak kongsikan di sini satu kisah benar di mana dia merupakan dulunya pengemis dan dipandang hina tetapi akhirnya dia berjaya. 
DULU PENGEMIS, KINI JUTAWAN
===========================Sebastiao Manuel.. berasal dari Angola.
Terpaksa melarikan diri dari perkampungan kerana perang saudara. Tinggal di bawah jambatan.
Bekerja sebagai Tukang Kayu
Gaji sebulan hanya dalam RM300.Jumpa Syarikat Forever Living Products.
Hanya berniat untuk mendapat wang tambahan demi sesuap nasi. Namun begitu, selepas 6 tahun bersama FLP, beliau menjadi Jutawan dalam USD.Jika Forever L…

Aloe-Ever Shield : Deodorant Yang Mengagumkan

Entri #125 : Aloe Ever-Shield : Deodorant Yang Mengagumkan
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillahJatuh hati.  Itulah ungkapan bagi deodorant Aloe Ever-Shield dari Syarikat Forever Living.  Sebelum mendaftar menjadi ahli, hakak buat eksperimen dengan poskan sedikit iklan di group whatsapp.Tak sangka ramai rupanya berminat dan nak mengatasi bau badan dengan produk alami.  Bila begitu responnya, apa lagi hakak pun tanpa berfikir panjang dan menganggap ia satu peluang untuk mencari duit ekstra.Apakah kelebihannya ?+ Mempunyai bauan yang lembut
+ Tidak mengandungi alkohol
+ Tanpa garam aluminium yang menutup liang peluh.  Liang peluh yang tertutup membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang + Lembut untuk kulit dan tidak merengsakan
+ Mengandungi aloe vera dan mencerahkan bawah lengan jika konsisten menggunakannya
+ Tidak menguningkan pakaian
+ Jimat sehingga 6 bulan+ Tidak melekit
+ Sijil Cruelty Free iaitu produknya tidak menggunakan haiwan sebagai ujikajiHakak memang pem…

Selamat Hari Malaysia 2018

Entri #124 : Selamat Hari Malaysia 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillahBanyak pula cuti pada bulan ini, yang paling seronok sudah tentulah anak-anak.  Ibu dan ayah pula macam mana ?  Pening ka memikirkan aktiviti apa ? Hakak sendiri biasanya akan bawa juga anak keluar rumah sekurang-kurangnya pusing satu taman perumahan.  Aura jalan-jalan ni lain.  Selain merehatkan minda, ia merapatkan hubungan sesama adik beradik malah hubungan suami isteri.  Bila dirumah, tangan si isteri memang tak reti nak diam.  Ada sahaja kerja nak dibuat.Ada orang suka pergi ke pasaraya, ada orang suka pergi tengok keindahan alam macam pantai dan ada orang suka ke perpustakaan.  Bagi hakak terpulang kepada masing-masing, yang penting ada manfaatnya.Sebelum keluar, biasanya ini yang hakak lakukan supaya anak-anak kurang meragam :1-Pastikan anak dalam keadaan kenyang atau tidak terlalu lapar.  Jika tak sempat, bawa bekalan minuman dan makanan sekurang-kurangnya biskut.2-Anak-anak yang dah besar…

Pemenang Giveaway Contest Lexee Memang Wow 2018

Entri #123 : Pemenang Giveaway Contest Lexee Memang Wow 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Terlebih dahulu hakak mohon maaf atas kelewatan pengumuman pemenang.  Banyak program dan aktiviti yang berlaku serta melayani keluarga yang silih berganti datang ke bumi Sabah. Malam tadi barulah hakak sempat buat cabutan undi.  Teruja sungguh hakak sebab  30 blogger yang sudi 'join'.  Tak terjangkau di pemikiran hakak seramai ini.  Hakak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas kesudian kalian. Baiklah, sekarang hakak nak umumkan pemenangnya : Pemenang Pertama: Tahniah cikpuan Radhia Razali
Pemenang Kedua: Tahniah cikpuan Cuya
Baik,cepat-cepat tuntut hadiahnya tau, hubungi hakak melalui whatsapp 019-8382601 ( Pn Mariam ).
Sekiranya tidak dituntut dalam masa sebulan, hakak akan berikan pada orang lain.



Buat Duit Dari Rumah

Entri #122 : Buat Duit Dari Rumah
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillah Dari masalah timbul peluang, ungkapan yang selalu kita dengar.  Cuba tengok di sekeliling kita, apa masalah yang selalu dihadapi oleh mereka. Kalau orang perempuan masa nak datang bulan, selalu tak kita dengar masalah senggugut, haid tak lancar, haid yang terlalu lama, ruam, keputihan dan banyak lagi masalah lain. Dari sini timbul lah peluang untuk kita bantu. Tuala wanita Lexee ni bukan sembarangan tuala wanita. Testimoni penuh satu muka kalau kita google.  Jadi mengapa kita tidak ambil peluang ini ?Dalam satu keluarga berapa orang wanita? Dalam satu sekolah atau pejabat pula berapa ramai ? Sekiranya kita tahu peluang keemasan ini, marilah mulakan sekarang. Paling bagus boleh ambil terus pakej stokis sama ada mobile stokis atau master stokis. InsyaAllah dalam 'group' Empires818 anda tidak dibiarkan keseorangan. Sentiasa ada tangan yang menghulur bantuan supaya sama-sama berjaya. Mari cepat sam…

Testimoni Pelanggan Lexee Siri 9

Entri #121 : Testimoni Pelanggan Lexee Siri 9
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Syarikat Redlife Alhamdulillah Semakin ramai wanita sama ada remaja atau yang telah dewasa mendapat manfaat apabila menggunakan tuala wanita Lexee.  Memang lima bintanglah hakak berikan 👍.





Nak order dan ingin menjadi ejen ?
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam -Mobile Stokis Putatan )

Pelan Pemasaran TERKINI Syarikat Redlife Ogos 2018

Entri #121 : Pelan Pemasaran Terkini Syarikat Redlife Ogos 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Baru berkesempatan untuk update entri baru hari ini.  Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas iaitu entri yang ke 119, syarikat Redlife akan menggunakan pelan pemasaran yang baru dan pakej yang lebih menguntungkan kepada ahli. Disini hakak kongsikan screenshot beberapa maklumat penting untuk pilihan pakej, pemberian bonus dan insentif sebagai penghargaan buat pengedar.

Pilihan buat anda. Boleh pilih salah satu dan boleh upgrade bila-bila masa

Pilihan pakej produk dalam Syarikat Redlife
Insentif dan bonus untuk pengedar.  Jika kita rekrut ejen baru bonus serendah RM40 dah masuk dalam akaun kita. Belum masuk lagi keuntungan jualan dan bonus lain. 
Baik, bagi yang mahu tahu lebih lanjut, boleh whatsapp hakak terus di 019 838 2601 ( Puan Mariam) 
Hakak akan bagi dokumen penuh mengenai Syarikat Redlife, pelan pemasaran penuh dll. 
Selamat bernetworking! 😀

Menarik Dalam Majalah Wanita Edisi Aidiladha 2018

Entri #120 : Menarik Dalam Majalah Wanita Edisi Aidiladha 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillah Sebenarnya lama juga hakak tak beli majalah untuk dibaca.  Selalu beli buku kalau menyinggah di kedai buku.  Kali ini berkenan pula beli sebab penghias muka depan majalah Wanita kali ini antara penceramah wanita yang diminati iaitu Ustazah Datuk Dr Siti Nurhafizah Musa.  Beliau digandingkan dengan selebriti dari tanah seberang iaitu Oki Setiana Dewi. Seronok baca pengalaman mereka dalam membina keluarga dan dakwah.  Nak tahu sendiri kena lah beli untuk koleksi peribadi. Selain daripada itu, hakak suka baca kolum resepi. Ada beberapa resepi yang menarik dicuba untuk sambutan raya haji nanti, antaranya Gulai Kawah,Kari Kambing dan Nasi Dagang Kelantan. Keistimewaan majalah berbanding buku ialah ia banyak gambar yang menarik dan agak santai untuk dibaca.  Mesej yang berat pun boleh jadi ringan kerana gambar nya yang cantik.Nak tips luka Episiotomi cepat sembuh?
Klik DISINI

Imej Baru Untuk Ahli Baru Syarikat Redlife 2018

Entri #119 : Imej Baru Untuk Ahli Baru Syarikat Redlife 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Teruja betul hakak nak kongsikan pembungkusan baru dari Syarikat Redlife istimewa buat ahli baru nanti.  Semakin bersemangat hakak dan 'team' untuk berusaha lebih tekun lagi.  Insentif dari sudut bonus pun semakin meningkat, malah sistem pada laman web juga lebih canggih ala Lazada.  Hakak belum dapat terangkan lebih lagi sebab masih menunggu pihak HQ memberikan maklumat yang lebih khusus. Bagi yang ingin menjana pendapatan ekstra menjual tuala wanita Lexee ?  Jangan segan hubungi hakak 019 838 2601 atau isi borang tempahan di atas ya. Cantik kan kotak baru tu, nampak lebih profesional gitu

Tuala Wanita Lexee Bantu Anak Tenang Ketika Peperiksaan

Entri #118 : Tuala Wanita Lexee Bantu Anak Tenang Ketika Peperiksaan
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Ibu-ibu sekalian risau tak jika anak nak 'exam' ? Baguslah jika ada perasaan sebegitu sebab itu menandakan anda prihatin dan sayang pada mereka.  Kadang-kadang rasa kita pulak yang terlebih bimbang berbanding tuan punya badan kan.Anak-anak perempuan kita yang sudah akil baligh, janganlah kita ambil mudah kalau dah datang bulan lagi-lagi masa 'exam'.  Biasanya masa tu mungkin cepat penat dan mudah terganggu emosi. Tempoh masa ujian pula paling kurang satu jam dan paling lama 3 jam dalam keadaan duduk.  Yang paling dirisaukan pad bocor dan terlalu lembap pula.  Bila begini bukankah ia mengganggu konsentrasi anak-anak yang tengah ujian tu? Sebab tu hakak nak bantu anak-anak tenang dengan guna tuala wanita Lexee.  Serapannya sepantas 6 saat dan boleh menampung 27 kali ganda dari tuala wanita biasa.  Malah rasa kering dan segar sepanjang tempoh haid. Tual…

Tetamu Datang Membawa Rezeki

Entri #117 : Tetamu Datang Membawa Rezeki
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Dari semalam lagi sahabat bagitau nak datang ke rumah hari ini.  Hati hakak bukan main seronok, terus malam tadi siapkan apa yang patut untuk dihidangkan kepada tetamu nanti. Sahabat pula datang bawa buah tangan pula, macam-macam pula hidangan makanan padahal orang makannya sedikit 😂.  Nampak meriah dan biasanya isu yang dibincangkan hal-hal keluarga sehinggalah ke bisnes.Orang Sabah panggil ' kupi-kupi '.  Itulah istilah kami kalau nak berjumpa.  Bila kita bergaul begini, ia meningkatkan hubungan silaturrahim.  Malah ia sangat bagus dari sudut mental dan kejiwaan.  Zaman ini ramai orang mudah stress kerana tekanan pekerjaan.  Perjumpaan santai sebegini sama ada secara formal atau tidak dapat membuahkan banyak idea dan tips dalam apa sahaja masalah yang dihadapi. Sembang punya sembang insyaAllah nanti bakal ditempah 50 pek Lexee.  Permulaan yang baik untuk pelan baru bulan Ogos nanti.…

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Entri #116 : Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Hari ini hakak nak buat pertandingan atau contest sempena Malaysia nak sambut kemerdekaan hujung bulan Ogos ini.  Ni pertama hakak nak anjurkan, harapannya sudilah join ya. Mudah sahaja syaratnya :1. Follow Google+ blog ini : Siti Mariam Morshidi2. Follow Instagram : Siti Mariam Morshidi3. Buat satu tajuk entri "Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow "4. Dah siap, publishkan entri tersebut dan letakkan linknya dibahagian komen entri ini5. Jangan lupa copy dan pastekan banner di bawah dan backlink kan banner tersebut kepada entri iniHadiah Pertama : Satu set sebulan Lexee bernilai lebih RM50 menanti anda !Hadiah Kedua : Satu botol Hygienewash Lexee bernilai lebih RM30Mula contest : Hari ini 😀
Tarikh tutup contest : 31 Ogos 2018 / 11.59pmSelamat mencuba* Blogger yang duduk di Malaysia sahaja* Pemilihan pemenang adalah secara rawak * Mesti jujur

Tuala Wanita Lexee Di Sabah

Entri #115 : Tuala Wanita Lexee Di Sabah
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillahSemalam hakak dapat berita gembira sebab syarikat Redlife bakal melancarkan gelombang baru pada bulan Ogos nanti.  Pelan pemasaran yang baru, pakej lebih menarik dan bonus juga bakal mengaum.Hakak berimpian setiap daerah terutamanya di Sabah ni, tuala wanita Lexee mudah didapati dan selain itu dapat membantu seramai mungkin untuk menjana pendapatan terutamanya bagi surirumah macam hakak. Hashtag yang kami gunakan nanti ialah #Empires818.  Dalam ketidaktentuan ekonomi sekarang marilah kita ikhtiar juga dari sudut ekonomi, InsyaAllah Allah tidak akan menghampakan hambaNya yang rajin berusaha.  Kurangkan merungut dan banyaklah bertindak. Sentiasalah berdoa Allah cukupkan rezeki kita sekeluarga dengan yang halal.  Niatkan yang baik-baik untuk bantu keluarga dan menyumbang pada yang memerlukan.  Baiklah, nanti bila syarikat dah rasmikan baru hakak cerita entri lain ya.

Katsaridaphobia Penyebab Kami Lambat Ke Sekolah

Entri #114 : Katsaridaphobia Penyebab Kami Lambat Ke Sekolah
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : GoogleAlhamdulillah Dalam seminggu akan ada harinya hakak akak hantarkan semua anak ke sekolah pagi-pagi.  Bila ayahnya urusan kerja diluar begitulah keadaannya.  Jika tidak, suami akan hantarkan dua orang ke sekolah rendah dan hakak akan hantarkan seorang lagi di PASTI. Pagi ini kalau diikutkan masa masih awal dan jangkaannya boleh lah sampai awal tapi gara-gara fobia terlewatlah kami.  Rupa-rupanya ada satu nama khas untuk yang fobia dengan lipas iaitu Katsaridaphobia.  Al kisahnya lipas tu merayap dalam bilik mandi, jadi bermulalah episod geli geliman anak-anak.  Dah spray pun masih lagi anak tak nak masuk padahal lipas dah nazak 😅.  Akhirnya, hakak sapu ke dalam penyodok dan buangkan ke dalam tong sampah. Sebenarnya mudah sangat tapi disebabkan banyaknya kerja nak dikejar pagi-pagi, hati pun timbul geram.  Lucu pula bila dikenangkan balik.  Walaupun begitu, syukur dapat sampai sekola…

Renungan Pagi

Entri #113 : Renungan Pagi
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Ada seseorang yang kongsikan kata-kata ini membuatkan hati cukup tersentuh. "  Apabila engkau melihat keburukan dalam diriku, beritahu aku, bukan beritahu orang lain. Itu kerana aku yang dituntut untuk merubahnya, bukan orang lain." Memberitahuku adalah satu pahala dan nasihat.  Memberitahu orang lain adalah satu dosa dan mengumpat." Mengapa setiap kali  melihat keburukan seseorang, kita terus membicarakannya kepada orang lain, dan enggan bercakap kepadanya secara langsung ? Sebab kita lebih mahir bercakap di belakang berbanding bercakap di hadapan. "Muhasabah Diriخَيْرُ الْأَصْحَابِ مَنْ يَدُلُّكَ عَلَى الْخَيْرِ.Khoirul ashab man yadulluka ‘alal khoir.Sebaik-baiknya teman atau sahabat adalah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan.Jika kalian suka kongsikan sekali ya
Klik (khas buat wanita) :
TEMAN TERBAIK SEMASA MUSAFIR

Gurauan Kasih Sayang

Entri #112 : Gurauan Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Alif : Ummi tau ka kawan saya yang demam tu? Ummi : Oo yang ada dua mata, dua telinga  dan satu hidung kanAlif : Ummi ni, betol-betol baaAbah : Ia lah, yang pendek-pendek tu kan? Geli hati kami bila tengok respon anak.  Sebenarnya kami tak kenal pun kawannya yang demam tu.  Tapi niat nak melayan bualannya kami bergurau tapi masih dalam kategori gurauan yang benar dan tidak melampau. Jika serius sahaja dalam hidup ini, kuranglah seronoknya.  Umpama dalam masakan kita, ada secubit garam supaya masakan tidaklah tawar.  Jangan terlebih, masin nanti.

Peneman umrah dan haji wanita:
Pantiliner Lexee

Segarkan Pagimu Dengan Minuman Cappuccino Granule Redlife

Entri #111 : Segarkan Pagimu Dengan Minuman Cappuccino Choco Granule Redlife
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Rindunya nak bersiaran diblog sendiri, syukur diberikan peluang untuk segarkan balik hari ini. Salam Jumaat buat semua dengan pertanyaan sudah baca Surah Al Kahfi ke belum?  Kalau sudah Alhamdulillah, bagi yang belum luangkan masa untuk baca nanti ya. Sebenarnya selain dari tuala wanita Lexee, banyak lagi produk lain dalam Syarikat Redlife.  Salah satu yang digemari pelanggan hakak ialah minuman Cappuccino ini.  Pembungkusan yang baru ni memang nampak menarik berbanding dulu.  Dan yang istimewa kali ini setiap satu sachet akan diberikan satu paket choco granul.  Ala-ala minuman milo tabur yang ada digerai !  Rasanya memang perghh, tak terlalu manis dan berkrim.  Kelebihan lain minuman Cappuccino Granule Redlife ialah :🔰memberikan kecergasan sepanjang hari
🔰menyegarkan mata 
🔰meningkatkan stamina
🔰mengelakkan rasa mengantuk
🔰meningkatkan tahap kesihatan …

Dapat Duit Extra Hanya Dengan Jual Pad

Entri #110 : Dapat Duit Extra Hanya Dengan Jual Pad
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Jika sudah ada minat dalam bisnes, jual apa pun tidak menjadi masalah.  Cabaran yang datang pun dapat diselesaikan dengan mudah sebab buat sesuatu bukan atas paksaan. Begitu juga hakak sendiri yang minat nak jana pendapatan tanpa memikirkan stok yang bakal tidak terjual.  Atau pun turunkan harga stok supaya laku. Hari ini hakak baru berpeluang ke Kedai Tugu Enterprise untuk masukkan stok tuala wanita Lexee.  Pada awalnya nak letak pantiliner sahaja sebab minggu lepas stok ni yang habis.  Tapi Alhamdulillah stok yang tinggal hanyalah satu pek Overnight Lexee.Nasib baik bawa lebih pek, apa lagi hakak letaklah apa yang ada dalam beg.  Niat hakak supaya wanita diluar sana pun berpeluang mendapat manfaat kesihatan bila pakai pad lima bintang ni. Baiklah, itu sahaja coretan blog kali ini.  Yang ingin cari lebih pendapatan, marilah daftar keahlian terus dengan hakak. Mahu jadi ahli seumur h…

Harga Pakej Redlife Tanpa GST 2018

Entri #109 : Harga Pakej Redlife Tanpa GST 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Inilah harga TERKINI pakej-pakej dalam Syarikat Redlife tanpa GSTPAKEJ PENGEDAR LEXEE:⚪ RED MEMBER AHLI BIASA
RM245
✔15 pek PAD & PANTY LEXEE⚪ RED PRO USAHAWAN
RM734
✔45 pek PAD & PANTY LEXEE⚪RED KIOSK JUTAWAN
RM2750.00
✔150 pek PAD & PANTY LEXEEJika terus memilih *PAKEJ RED KIOSK* iaitu RED KIOSK JUTAWAN, pada minggu berikutnya anda akan terus dapat *bonus pairing RM210*Kemudian, ada BONUS yang ditawarkan iaitu :
✔untung runcit 70%
✔bonus pengenalan RM15/lot
✔bonus pairing RM30/pair
✔bonus repeat sales
✔bonus kiosk sponsor kiosk RM250 (untuk PAKEJ JUTAWAN)
✔bonus key in RM5 (untuk PAKEJ JUTAWAN)
✔rebate belian (untuk PAKEJ JUTAWAN)
✔Dapat rewards cardFIKIR dan PILIH dengan BIJAKMengapa Red Kiosk pakej jutawan menjadi pilihan?  Nak tahu mari klik DISINI

Selamat Berkhidmat Bekas Beras Baru

Entri #107 : Selamat Berkhidmat Bekas Beras Baru
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Bekas beras lama pemberian ibu mertua, penutupnya sudah menunjukkan tanda-tanda kronik patah.  Begitulah sikap hakak, pakailah sesuatu sehingga lunyai.  Dah rosak atau hampir rosak barulah beli.Bukan mudah memujuk hati beli bila betul-betul perlu.  Almaklum sahajalah hati wanita, rasa semua penting dan meronta-ronta nak itu dan ini. Pada mulanya google dulu kemudian cari di Shopee lepas tu cuba cari di kedai plastik Labuan.  Tengok harganya pun lebih murah beli dikedai, maka hakak pun angkutlah satu.Kalau ikut pilihan kawan-kawan di Facebook pun lebih menggalakkan beli bekas ni berbanding yang lain.  Lebih praktikal dan tahan lasak kata mereka.  Boleh muat sehingga 12kg, sesuai untuk keluarga ramai macam kami ni. Semoga hakak lebih rajin ke dapur dan bersemangat memasak untuk keluarga lepas ni.  Doakan ya. Nak tahu mengapa hakak sertai Syarikat Redlife?  Klik DISINI

Psst...Bila Haid Bocor

Entri #106 : Psst...Bila Haid Bocor
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Bila peluang menulis datang bertandang, hakak tak mahu bertangguh-tangguh.  Tajuk entri kali ini mungkin sedikit taboo bagi masyarakat kita tetapi niat hakak supaya perkara begini tidak berulang lagi. 
Kalau dah berlaku memang malu, terpaksa minta kawan bantu berjalan dibelakang untuk menutup kesan bocor. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, cuba ikuti tips ini :1.  Sentiasa bawa 1-2 keping tuala wanita didalam beg. Jika berlaku luar jangka, kita tidak mudah gelabah.  Malah dengan adanya ekstra pad, kita boleh membantu rakan lain juga jika berlaku kecemasan. 2.  Pantiliner juga sebaiknya dipakai 3 hari sebelum tarikh jangkaan haid. 3.  Pastikan pemilihan tuala wanita yang sesuai mengikut banyaknya.  Jika hari pertama terlalu banyak, pilihlah tuala wanita yang panjang dan mempunyai sayap supaya mempunyai perlindungan ekstra dibahagian tepi dan belakang. Hakak cadangkan gunakan Overnight Use L…

Jangan Jemu Memberikan Nasihat Untuk Anak-anak

Entri #105 : Jangan Jemu Memberikan Nasihat Untuk Anak-anak
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : GoogleAlhamdulillah Cuti sekolah sebegini seronok berkumpul dengan anak-anak dan sanak saudara.  Pelbagai cerita dan pengalaman dikongsi bersama.  Terpulang kepada kita untuk menapis mana-mana cerita yang negatif, ambil lah hikmah darinya jika ada. Walaupun anak-anak sudah besar dan boleh diharap tetapi sebagai ibu ada beberapa nasihat dan ingatan yang selalu diulang-ulang.  Mudah-mudahan ia akan melekat dihati mereka dan diteruskan sekiranya mereka sudah berkeluarga nanti.  Yang penting jangan ada rasa jemu dari kita sebagai ibu. Antara perkara yang hakak selalu ingatkan ialah :
-  solat 5 waktu terutamanya pada awal waktu
-  membaca Al Quran walaupun sibuk macam manapun
-  kebersihan tempat tidur
-  berdoa ketika keluar rumah
-  rutin tanggungjawab seperti membersihkan pinggan dan kebersihan dapurMungkin ada yang menganggap ia satu bebelan tapi bagi hakak ia adalah disiplin yang harus ada…

Cipta Kenangan Indah

Entri#104 : Cipta Kenangan Indah
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Hidup ini terlalu singkat dan jika tidak diisi masa tersebut dengan perkara kebaikan maka amat rugilah kehidupan kita.  Masa cuti yang panjang raya tahun ini wajarlah kita sebagai ibu bapa menyambung silatur rahim keluarga. Ajaklah anak-anak sekali supaya mereka kenal generasi yang terdahulu.  Susur galur keluarga bolehlah diterangkan jika anak sudah mengerti.  InsyaAllah jika mereka sudah besar dan semakin dewasa, giliran mereka pula yang akan menceritakan kenangan yang dilalui bersama kita.  Jika ianya indah maka indahlah kehidupan, jika tidak pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari. 

Nak tahu tahap kesihatan zon-v ?
Klik DISINI

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…

Tips Musafir Dengan Anak Bawah Umur 2 Tahun

Entri #102 : Tips Musafir Dengan Anak Bawah Umur 2 Tahun
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Kami suami isteri orang perantau.  Perjalanan balik ke kampung suami diLabuan memakan masa 4 jam kalau guna jalan darat termasuklah perjalanan menaiki feri dari Menumbuk.   Manakala kalau balik kampung sebelah hakak pula diKuching memakan masa 1 jam 30 minit menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu. Selagi ibu bapa atau salah seorang masih ada, kami berusaha untuk balik jika ada kelapangan dan kewangan yang mencukupi.  Nak bawa satu keluarga balik kampung dengan anak kecil tidaklah sukar jika kita sudah tahu mana yang penting untuk dibawa.Berikut tips yang ingin hakak kongsikan setelah berpengalaman lebih 10 tahun dengan 6 orang anak 😀 :1.  Pasakkan niat untuk musafir dan mohon pada Allah ( berdoa ) agar dipermudahkan perjalanan.  2.  Jangan lupa barang penting seperti kad pengenalan. 3.  Gunakan pakaian yang sesuai supaya anak-anak selesa.  Boleh juga bawa jaket sebagai ta…

Iklan Raya 2018 Oleh TNB Inspirasi Semangat Kekeluargaan

Entri #102: Iklan Raya 2018 Oleh TNB Inspirasi Semangat Kekeluargaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Video : YoutubeAlhamdulillah Tahun ini 2018, hakak perasan banyaknya video raya yang diterbitkan diMalaysia.  Ada yang sedih, gembira dan paling penting mempunyai mesej berguna untuk dihayati bersama. Dalam banyak-banyak, iklan raya diterbitkan oleh TNB memaparkan isu keluarga yang mempunyai adik beradik dan saudara mara yang ramai.  Meriah memang meriah sebab segalanya dikongsi bersama walaupun ada juga pergaduhan kecil kadang-kadang.  Suka dengan pesan orang tua, jika asyik bergaduh dan tiada yang mengalah maka tidak tiada siapa yang untung.Sesekali berkumpul bersama adik beradik dan saudara mara yang jauh, memang lain  auranya.  Yang penting semangat kekitaan dipupuk oleh generasi sekarang.  Raikan persamaan dan ketepikan dahulu perbezaan. Jom saksikan video yang menarik ini:
Rumah Epik Fantastik

Kawan Tak Beli ? Jangan Putus Asa, Ada Rezeki Lain Menanti

Entri #101 : Kawan Tak Beli? Jangan Putus Asa, Ada Rezeki Lain Menanti 
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Pernah tak kita mengharapkan kawan-kawan beli kat kita? Tapi harapan tinggal harapan. Walaupun kita dah explain panjang tentang kebaikan produk malah dah beri offer (harga kawan-kawan) tapi masih tetap tidak mahu membeli dari kita. Malah dia membeli dari orang lain! Bagi hakak, sekiranya berlaku cuba kaji balik apa yang telah kita buat.Mungkin ada kekurangannya pada diri kita sendiri.Misalnya mungkin kita terlalu hard sell, gambar kurang menarik dan kita masih kurang memberitahu bagaimana produk kita menyelesaikan masalah. Ya mungkin! Mungkin timbul rasa kecil hati juga kan bila perkara ini berlaku sebab seolah-olah kawan kurang support pada kita. Pujuklah diri rezeki kuasa beli bukan pada kawan-kawan kita sahaja  tapi juga orang yang tidak kita kenali. Yakin sahaja sebab rezeki tidak akan salah alamat. Inilah yang selalu berlaku, orang lain lebih memberi kepercay…

Testimoni Pelanggan Lexee Siri 8

Entri #100 : Testimoni Pelanggan Lexee Siri 8
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Pelanggan sentiasa dekat dihati, hakak selami masalah mereka dahulu sebelum mereka membeli.  Selepas suatu tempoh barulah hakak bertanya apakah perasaan dan pengalaman selepas memakainya.  Boleh kata jawapan selalu positif dan membantu mereka semasa melalui fitrah wanita setiap bulan, termasuklah semasa berpantang.Di sini hakak kongsikan untuk siri ke 8 beberapa testimoni pengguna pad Lexee. InsyaAllah hakak akan terus berkongsi kebaikannya lagi pada siri akan datang. Ingin menjadi pengedar Lexee? Isikan maklumat anda pada BORANG TEMPAHAN
atau
Whatsapp/Telegram ke 019 838 2601 ( Puan Mariam )

5 Tips Atasi Keletihan Berpuasa Untuk Surirumah

Entri #99 : 5 Tips Atasi Keletihan Berpuasa Untuk Surirumah
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Fasa ketiga bulan Ramadhan sudah pun bermula, didoakan kalian yang membaca entri ini direzekikan dapat menemui malam lailatulqadar dengan keadaan beribadah kepada Nya. Hari ini hakak agak berasa sedikit keletihan berbanding biasa sebab semalam seharian menguruskan temujanji anak di klinik. Normal lah kan bila kita banyak aktiviti tenaga pun berkurangan. Bagi surirumah seperti hakak, untuk mengelakkan keletihan melampau semasa bulan Ramadhan cuba lakukan perkara ini :1. Jangan skip sahur walaupun hanya seteguk air dan sebiji kurma. 2.  Minum air mineral secukupnya. 3.  Tidur sebentar disiang hari supaya dapat beribadah waktu malam dengan lebih cergas 4.  Segera berbuka dan makan dengan kadar yang sedikit dahulu.  Makan berat selepas solat Maghrib 5.  Bagi ibu yang menyusukan minumlah susu sekurang-kurangya 2 kali iaitu waktu malam sebelum tidur dan semasa bersahur. Baik, itu …

Jom Kumpul 'Coin' Beli Tuala Wanita Lexee di Shopee

Entri #98 : Jom Kumpul ' Coin ' Beli Tuala Wanita Lexee di Shopee
Teks dan Foto : Siti Mariam MorshidiAlhamdulillah Siapa yang suka membeli belah di Shopee kini boleh membeli pad Lexee di sana sambil kumpul 'coin'.  Hakak sudah pun buka kedai online di sana untuk memberi peluang peminat Shopee berurusniaga disana. Selagi ada kudrat dan peluang, kita gunakan dan manfaatkan sebaiknya.  Itulah namanya usaha. Boleh klik link kedai Shopee hakak DI SINI ya. Terima kasih banyak atas sokongan kalian. Seronok beli belah di Shopee.Banyak coin, boleh tebus
Simple sahaja kedai hakak, nanti follow ya! 

Stok Tersimpan Bawah Katil ? Tidak dengan Bisnes Lexee

Entri #97 : Stok Tersimpan DiBawah Katil ? Tidak Dengan Bisnes Lexee
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Antara cabaran dalam bisnes ialah stok yang tidak terjual dan terpaksa pula dijual dengan harga rugi untuk menghabiskannya.  Itulah risiko dalam perniagaan dan memerlukan kesabaran untuk menempuhi nya. Begitulah yang pernah berlaku pada hakak dulu, tetapi hakak berlapang dada dan mengambil ia sebagai pengalaman dan hikmah. Tidak dinafikan memang stress memikirkan modal yang tidak berpusing,  mana lagi stok yang tidak laku dan tersimpan dirak ( dipanggil stok tersimpan bawah katil ). Minat dalam bisnes masih belum padam memandangkan ia sudah sebati dalam diri.  Lagipun hakak ingin nak membantu insan lain dapat menikmati pendapatan sendiri sekurang-kurangnya dapat lepas belanja dapur.  Jika lebih dari itu, syukur Alhamdulillah. Apa ya bisnes yang kalis ekonomi dan tidak bermusim ni ?  Itulah yang bermain difikiran hakak sehinggalah berjumpa dengan produk tuala wanita …

ABC, Allah Bagi Cuti

Entri #96 : ABC, Allah Bagi Cuti
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Satu hari dalam bulan puasa anak hakak bagitau, " Ummi, ustazah cakap perempuan ada ABC. " ABC ? , " jawab saya. " ABC tu Allah Bagi Cuti. " Bijak betul kiasan ustazah bagi hakak. Hakak setuju pemahaman bahawa apa yang berlaku pada kita semuanya dengan izin Allah termasuklah fitrah wanita iaitu haid. Bila ABC pada masa bulan Ramadhan wanita tidak perlu sedih sebab itulah fitrah kita.   Banyak yang boleh kita lakukan untuk menambah amal kebajikan selagi ia bertepatan dengan syariat. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah :1  Menyediakan makanan buat yang berpuasa seperti masak untuk orang yang bersahur dan berbuka dan juga mengagihkan makanan2  Membantu membersihkan surau atau masjid setelah berbuka.  Contohnya, menyapu atau mop lantai masjid3  Berzikir, selawat dan istighfar4  Menghadiri majlis ilmu5  Bersedekah mengikut kemampuan 6  Membaca buku yang bermanfaatLakukanlah se…