Skip to main content

Anak Perempuan Masuk Sekolah Berasrama Tahun Ini? 3 Pesanan Penting Buat Mereka

Entri #85 : Anak Perempuan Masuk Sekolah Berasrama Tahun Ini? 3 Pesanan Penting Buat Mereka
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Syukur dapat kesempatan hari ini nak kemaskini blog yang telah saya tinggalkan sebulan.  Ruang cuti sekolah yang lepas benar-benar menguji masa saya dan tewas juga kerana tidak dapat mengemaskini apa-apa pun diblog ini.  Sebenarnya banyak nak dikongsikan tetapi begitulah, hanya tinggal dalam minda.  Namun begitu saya tetap akan ceritakan disini pengalaman yang sudah tentu bermanfaat buat kita semua.  Tunggu....πŸ˜‰.

Sekejap sahaja sudah tahun baru 2018, mungkin ada di kalangan kalian yang mempunyai anak perempuan dapat masuk ke sekolah yang berasrama penuh.  Saya memahami hati kita sebagai mak-mak ni, risau banyak perkara.  Debarnya seakan sama semasa mereka masuk Darjah 1 πŸ˜….  Baiklah, saya nak pesan 3 perkara PENTING secara ringkas sahaja untuk entri pertama tahun 2018.

Bantu anak perempuan kita menghadapi fitrah wanita ( haid dan keputihan ) dengan ilmu :

PERTAMA :
Hukum hakam berkaitan dengan ibadah termasuklah mengenai mandi wajib.

KEDUA :
Kebersihan diri termasuklah penjagaan zon-v.  Fahami masalah anak-anak jika mereka mengadu masalah keputihan, senggugut dan masalah lain yang berkaitan.  Jika perlu, bawalah berjumpa dengan doktor.

KETIGA :
Ilmu mengenai pengurusan tuala wanita termasuklah cara pembasuhan dan pembuangan.  Klik lebih lanjut entri Tips Cucian Mudah 

Ingatlah, wanita ini istimewa jadi pilihlah tuala wanita yang berkualiti, bebas kimia dan daripada kain kapas.  Semoga bermanfaat.

Selamat Tahun Baru 2018.  Semoga tercapai impian kita semua 😊


Ingin tahu tuala wanita yang bebas kimia ? Klik DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak πŸ‘Œ.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…