Skip to main content

Gigihnya Arunachalam Memperjuangkan Tuala Wanita Yang Bersih Sehingga Kisahnya Di Filemkan Dalam Padman

Entri #89 : Gigihnya Arunachalam Memperjuangkan Tuala Wanita Yang Bersih Sehingga Kisahnya Di Filemkan Dalam Padman
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Mencabarnya nak 'update' blog bila ada si kecil, tapi selalu pesan kat diri sentiasa bertabah sementara anak-anak nak membesar.  Baiklah kali ini hakak rasa nak bercerita sedikit tentang seorang hero di negara India.  Dia bukan pelakon tetapi rakyat biasa, cuma ceritanya agak unik.

Arunachalam Muruganatham digelar India's Menstrual Man


Sumber dari soscili.my

Kisah perjuangannya bermula pada tahun 1998, di mana dia baru sahaja berkahwin.  Suatu hari dia ternampak isterinya sorokkan sesuatu dibelakang.  Sebenarnya dia nampak dan tahu tapi isterinya malu nak tunjukkan kain buruk yang digunakan untuk datang bulan.  Oleh kerana kemiskinan, isterinya tak dapat membeli tuala wanita di pasaran dan sebab itulah dia mampu guna kain buruk itu sahaja. Ya, kain itu terlalu buruk sehinggakan dia pun tak sanggup nak cuci dan lap untuk skuternya !  Sebenarnya ia bukan masalah isteri Arunachalam sahaja tetapi hampir 300 juta wanita di India tidak dapat menggunakan tuala wanita yang selamat.  Malah, penyakit yang berkaitan dengan kesihatan zon-v pun tinggi juga.  Di sana sama juga dengan Malaysia, tuala wanita dikenakan cukai GST yang menyebabkan harga tuala wanita mahal.  Sedih bukan ?

Sebelum dia berjaya mencipta mesin membuat tuala wanita hari ini, macam-macam ujian dilaluinya sehingga dikatakan gila, kena rasuk dengan roh jahat dan kemuncaknya hampir ditinggalkan oleh isteri dan keluarganya.  Di sana memang agak tabu untuk bercerita mengenai haid dan tuala wanita.  Sebab itu tak hairanlah ada yang tak bersekolah jika anak perempuan mereka mula datang haid.

Akhirnya kesabaran dan ketabahannya dibayar dengan kemenangannyadi tempat yang PERTAMA daripada 943 penyertaan dalam sebuah pertandingan.  Mesinnya dihantar oleh pihak IIT, Institute of Technology sekaligus merangkul anugerah inovasi nasional.

Walaupun banyak syarikat besar membuat tawaran tetapi ditolaknya dengan baik.  Arunachalam berusaha membantu wanita di India terutamanya di bahagian pedalaman dengan mencipta mesin yang lebih murah dan seterusnya membantu mereka membina bisnes sendiri.  Wanita di sana masih segan untuk membeli tuala wanita di kedai kerana didominasi oleh lelaki.  Jadi, dengan adanya pengusaha wanita, mereka tidak perlu malu lagi.

Kisahnya yang unik dan memberi inspirasi sehingga difilemkan dalam Filem Padman

Oleh kerana apa yang dilakukan Arunachalam memberi impak yang besar terhadap negaranya dia telah menerima banyak anugerah sehinggakan ia difilemkan yang berjudul Padman.  Filem ini dijangka ditayangkan pada hujung bulan ini di India tetapi ditangguhkan pada bulan Februari nanti.  Pelakon utamanya ialah Ashkay Kumar dan Sonam Kapoor.  Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat trailernya :



Sebenarnya bagi hakak, isu tuala wanita ini bukan mengenai isu wanita datang bulan semata-mata tetapi ia melebihi daripada itu iaitu aspek KEBERSIHAN dan KESIHATAN.  Jadi bagi yang ingin berjuang bersama hakak untuk menyebarkan manfaat tuala wanita Lexee, jangan segan-segan hubungi hakak ya.

Sumber lain :
Laman Web Al Jazeera

Set Berpantang Lexee yang banyak membantu wanita selepas bersalin, klik DISINI



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…