Skip to main content

Otak Tak Serabut Bila Ada To-Do-List

Entri #90 : Otak Tak Serabut Bila Ada To-Do-List
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Masya Allah, sayup-sayup pula bunyi kokokkan ayam di kejiranan rumah hakak.  Ayam pun bangun pagi awal dengan semangatnya.  Surirumah kebiasaannya mempunyai rutin yang hampir sama setiap hari.  Bermula dengan bangun awal pagi solat subuh sehinggalah masuk waktu tidur malam, ada sahaja kerja yang tak habis disiapkan.

Masih lagi di awal tahun ini, tidak terlambat jika kita nak perbaiki pengurusan masa.  Sekiranya ada diari atau kalendar yang telah dibeli, eloklah digunakan.  Kalau tidak membazir sahaja tanpa dimanfaatkan.  Hakak mula guna ' planner ' sejak zaman belajar di universiti dulu.  Banyak sangat perkara boleh membuatkan kita terlupa dan tidak tahu mana yang penting.  Bila otak serabut dan kerja tak dapat siap, mulalah stress !

Jangan kata surirumah tak perlu buat to-do-list ni ya, malah surirumah lah yang perlu sangat buat.  Ada pendapat kata kita perlu buat sebelum tidur dan satu lagi pendapat kata awal pagi sebelum mula kerja.  Bagi hakak, mana-mana yang kalian selesa.  Hakak lebih suka tulis di awal pagi sebab otak masa tu lebih ' fresh ' macam pad Lexee yang hakak jual tu.  Eh, terselit pula iklan ya 😂.

Mari kita tengok kepentingan To-Do-List :

#1 : Otak tak serabut

Bila nampak kerja yang kita tulis, mudah sikit kita nak utamakan mana yang lebih penting walaupun semuanya nampak penting ( ha..ha ).  Contohnya, tandas kat rumah tak perlu cuci hari-hari, seminggu sekali dua pun bagus, jadi kita selitkanlah kerja cuci tandas ni kat list-to-do hari Selasa dan Jumaat misalnya.  Ataupun nak lipat kain dua hari sekali pun boleh sahaja masukkan.  Bila dah tulis secara automatik kita akan berusaha nak buat.  Tak percaya ? Buat dulu.

#2 : Masa dapat diuruskan dengan baik

Sudah tentu masa 24 jam yang Allah bagi kat kita terurus.  Masa pun satu amanah yang berat bagi yang mengerti.  Selfreminder juga ni 😣.

#3 : Lebih produktif

Apabila kerja telah berjaya disiapkan, kita akan rasa lebih produktif.  Malah, hidup pun lebih terarah dan lebih positif.  InsyaAllah rasa bersemangat nak siapkan kerja lain yang menunggu.

Jom kita urus masa dengan baik 

#4 : Kurangkan Stress 

Antara penyebab rasa stress dan tertekan ialah apabila timbul perasaan negatif terhadap kerja yang diamanahkan.  Dengan to-do-list, kerja yang tidak dapat disiapkan kita dapat pantau dan cuba untuk menyiapkan pada hari seterusnya.  Ya, kita akan nampak mana satu kerja yang belum lagi disiapkan.  Sekurang-kurangnya usahakan 50% supaya kerja tidak bertambah pada esoknya.

#5 : Lebih Fleksibel Dan Buat Dengan Gembira

Bila dah mahir, kita akan buat sesuatu dengan lebih gembira dan penuh bermakna. Kita akan rasa banyak masa terluang. Dari pengalaman sendiri, lebih 70% senarai to-do-list dapat dibuat, jadi hakak memang sarankan buatlah dari sekarang.  Aplikasi kat telefon pintar pun sudah banyak pilihan.  Terpulang kepada kalian nak mula dari sekarang atau bertangguh-tangguh.

Ada lagi yang ingin nak tambah ? Marilah kongsi pengalaman kalian di sini.  Hakak pun nak belajar lagi mengurus masa dengan baik. 

Nak tau mengapa Pantiliner Lexee rasa fresh bila pakai ? Klik DISINI


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…