Skip to main content

Pengurusan Tuala Wanita dan Kebersihan Diri Semasa Haid

Entri #87 : Pengurusan Tuala Wanita dan Kebersihan Diri Semasa Haid
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum wbt

Akhir-akhir ini ilmu pengurusan mengenai tuala wanita dan kebersihan asyik menyinggah di dalam kepala saya.  Terbaca juga perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehinggakan yang membuangnya dari tingkat atas rumah flat pun ada.  Terkejut hakak dibuatnya.  Saya suka baca perkongsian dari Tuan Khairul, dan amat wajarlah ia disampaikan juga kepada seluruh wanita ( boleh baca selanjutnya DISINI ).  Bagi kita yang mempunyai anak perempuan eloklah diajarkan dan dididik betapa pentingnya menjaga kebersihan diri atau hygiene terutamanya semasa haid.

Apa itu darah haid ?
Darah haid ialah darah yang keluar ketika seorang wanita berada dalam kedaan sihat¹.  Oleh kerana ia adalah darah maka pastinya ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Jadi, untuk memastikan kita sentiasa segar dan bersih, lakukan perkara-perkara yang berikut :

PERTAMA : Pilih jenis tuala wanita yang sesuai

Kebanyakan jenama tuala wanita memberikan pilihan seperti kegunaan malam, siang atau harian.  Ia bergantung juga kepada aliran yang selalu anda lalui iaitu aliran berat, sederhana dan ringan.  Tampon juga merupakan satu pilihan tetapi bagi yang belum berkahwin mereka lebih gemar memilih tuala wanita.  Elakkan menukar-nukar jenama kerana dikhuatiri jenama lain mungkin kurang serasi.  Sekiranya ingin mencuba, cuba dulu dalam kuantiti yang sedikit.

KEDUA : Tukar dengan kerap

Darah haid yang keluar boleh menyebabkan zon-v lembap dan meningkatkan risiko kuman dan bakteria membiak.  Jangan biarkan tuala wanita yang dipakai terlalu lama.  Pastikan ia ditukar dalam tempoh 6 jam.  Bagi yang menggunakan tampon pula, ia sebaiknya ditukar dalam tempoh 2 jam.  Lambat untuk menukar boleh menyebabkan Toxic Shock Syndrome, ia adalah komplikasi yang serius ! Jangan ambil mudah.

KETIGA : Basuh dengan bersih dan betul

Jika dibersihkan dengan baik, ia akan mengurangkan bau hanyir semasa haid.  Basuhlah dari arah depan ke belakang untuk mengelakkan kuman di bahagian belakang masuk di bahagian zon-v.  Begitu juga semasa hendak menukar tuala wanita yang baru, basuhlah zon-v anda terlebih dahulu ya.  Pakailah tuala wanita secara duduk supaya ia elok terletak.  Buangkan ke dalam tong sampah khas, sekiranya dirumah pula eloklah dibungkus dengan plastik, kertas atau tisu sebelum dibuang.

Tong sampah khas untuk pembuangan tuala wanita.  Gambar dari Calfarme Biocleaning


KEEMPAT : Elakkan penggunaan sabun

Sesetengah sabun tidak sesuai untuk zon-v kerana pH dan kandungannya yang membunuh bakteria yang baik.  Hanya gunakan air suam pun sudah memadai sebenarnya.  Jika nak gunakan pun, pilihlah yang mempunyai pH yang sesuai, tidak mengandungi bahan kimia dan gunakan untuk bahagian luar sahaja.

KELIMA : Perhatikan jika ada ruam

Ruam berlaku kerana pemakaian tuala wanita yang terlalu lama dan kemungkinan ia terjadi kerana bahan kimia di dalamnya terkena di bahagian kulit.  Cuba pastikan zon-v tidak terlalu lembap dan jika mandi boleh melegakan apa salahnya dibuat 😉.  Bila ruam berlaku, kita sukar untuk mengelakkan rasa nak menggaru di bahagian tersebut, betul tak ? Dan seterusnya yang paling tak tahan bila timbul rasa pedih kerana luka atau melecet.  Untuk itu, cuba semak semula tuala wanita yang anda pakai sama ada ia sesuai atau tidak.

KEENAM : Sentiasa bawa ekstra 1-2 keping untuk persediaan

Penting untuk kita bersedia apabila keluar dari rumah supaya apabila masanya untuk menukar, kita tidak risau.  Letakkan tuala wanita yang ekstra tadi di dalam beg yang bersih.  Satu lagi perkara yang penting juga, bersihkanlah tangan sebelum menukar tuala wanita yang baru dan juga sebelum keluar dari tandas.

Tips ini juga sesuai bagi remaja yang baru pertama kali didatangi haid.  Sekiranya kalian rasa ia bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan kerana ia adalah ladang pahala untuk diri hakak.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membacanya.  Sayang kalian banyak-banyak ❤.

Jika kalian inginkan tuala wanita yang berkualiti tinggi, cubalah tuala wanita jenama Lexee ya.

Mudah sahaja nak tempah, isi maklumat DISINI 
Atau 
Whatsapp/Telegram :
019 838 2601 ( Puan Mariam )

Jemput baca juga :

¹ Sumber daripada : Darah-darah Haid, Nifas dan Istihadhah, Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin, Terjemahan Ustaz Mohammad Subki dan Abdul Rahman Al-Hafiz


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…