Skip to main content

Kepentingan Mencatat Kitaran Haid

Entri #92 : Kepentingan Mencatat Kitaran Haid
Teks dan Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Pernah tak rasa emosi seperti mudah sensitif, nak marah dan rasa loya dan pening ?  Cuba tengok balik bilakah jangkaan haid kita setiap bulan.  Ada kemungkinan ia tanda-tanda haid nak datang.  Tapi jika kita tidak mencatatnya atau mengingati tarikh pertama datang haid setiap bulan, mungkin kita tidak bersedia dengan segala perubahan.

Fitrah wanita setiap bulan ni, kita kena cakna dan prihatin sebab ia menggambarkan keseluruhan kesihatan kita.  Misalnya jika haid kita lambat dari tarikh mungkin boleh jadi kita mengandung.  Ataupun jika mahu merancang kehamilan, kita boleh meramal waktu subur kita.  Malah jika haid terlalu lama melebihi 15 hari pun boleh jadi ada sesuatu yang mengganggu kitaran hormon kita.

Bagaimana nak mencatat ?

1- Paling mudah catatkan di kalendar.  Bulatkan atau buatlah apa sahaja tanda supaya kita nampak.  Dari situ kita boleh ramal bila haid pada bulan seterusnya.  Jadi, mudahlah kita bersedia bawa 1-2 keping tuala wanita dalam beg.

Bulatkan tarikh-tarikh tersebut pada kalendar 


2- Gunakan aplikasi bagi yang mempunyai 'smartphone'.  Boleh muat turun secara PERCUMA sahaja.  Antara yang hakak gunakan ialah PERIOD TRACKER, klik DISINI.  Antara kelebihannya ialah, hakak bagi 2 sahaja ya :

Peroid Tracker - Period Calendar - Ovulation Tracker


Meramal atau jangkaan waktu haid pada bulan yang akan datang.
Tempoh haid pun boleh kita tengok adakah normal atau tidak.

Satu lagi hakak teringat kelebihan mencatat ni bila masa bulan Ramadhan.  Masa datang bulan kan tak boleh puasa, jadi bila kita catat kita pun akan ingat dan ganti pada bulan lain.  Tiada masalah kes lupa berapa hari nak ganti. 

Bila dah tau marilah amalkan, baru berkesan ilmu yang dipelajari.  Jangan bertangguh lagi ya 😊.

Ada 16 sebab mengapa anda perlu bertukar kepada tuala wanita Lexee; nak tahu ? Klik DISINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…