Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Cekodok Pisang Gula Apong

Entri #95 : Cekodok Pisang Gula Apong
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi Alhamdulillah Memasuki fasa pertengahan bulan Ramadhan 2018 dengan hati yang lapang dan tenang adalah impian setiap hamba Nya. Diuji dengan masa dan sedikit kewangan untuk meneruskan penulisan di blog kesayangan tidak menjadikan semangat hakak luntur tetapi sebenarnya ia lah pembakar semangat untuk terus bergerak ke hadapan. Bagi melepaskan rindu,  hakak akan kongsikan resepi biasa-biasa tapi sedap untuk kudapan kalian semasa berbuka nanti. Bahan-bahan :8 biji pisang emas
Secawan tepung gandum
Satu sudu besar mentega
1-2 sudu besar gula apong
Sedikit airCara membuatnya :1 Lenyekkan pisang sehingga hancur
2 Masukkan tepung gandum dan gaulkan
3 Masukkan mentega, gula apong dan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
4 Panaskan minyak dan masukkanlah adunan
5 Balik-balikkan,angkat dan toskan setelah berwarna perang keemasanAktiviti ini amat sesuai dilakukan bersama anak-anak.  Lagipun ia sangat mudah dan tidak mem…