Skip to main content

Psst...Bila Haid Bocor

Entri #106 : Psst...Bila Haid Bocor
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Bila peluang menulis datang bertandang, hakak tak mahu bertangguh-tangguh.  Tajuk entri kali ini mungkin sedikit taboo bagi masyarakat kita tetapi niat hakak supaya perkara begini tidak berulang lagi. 
Kalau dah berlaku memang malu, terpaksa minta kawan bantu berjalan dibelakang untuk menutup kesan bocor.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, cuba ikuti tips ini :

1.  Sentiasa bawa 1-2 keping tuala wanita didalam beg. Jika berlaku luar jangka, kita tidak mudah gelabah.  Malah dengan adanya ekstra pad, kita boleh membantu rakan lain juga jika berlaku kecemasan.

2.  Pantiliner juga sebaiknya dipakai 3 hari sebelum tarikh jangkaan haid.

3.  Pastikan pemilihan tuala wanita yang sesuai mengikut banyaknya.  Jika hari pertama terlalu banyak, pilihlah tuala wanita yang panjang dan mempunyai sayap supaya mempunyai perlindungan ekstra dibahagian tepi dan belakang. Hakak cadangkan gunakan Overnight Use Lexee.

4.  Pastikan pad diletakkan dan dilekatkan dengan betul dibahagian tengah 'panties'.

5.  Gunakan baju berwarna gelap supaya tidak terlalu nampak jika berlaku kebocoran.

6.  Elakkan membuat aktiviti yang terlalu lasak kerana dikhuatiri haid yang keluar terlalu banyak.

7.  Jaga kebersihan dengan menukar pad ditandas 6-8 jam sekali.

8. Minum air secukupnya supaya tidak berlaku terhidrasi.

9.  Cakna dengan jadual haid setiap bulan.  Jika tidak selesa dan agak berlainan, berjumpalah dengan doktor. Contohnya jika haid yang terlalu banyak dan keluar ketulan-ketulan darah.

10.  Ini adalah fitrah wanita, tidak perlu merasa terlalu rendah diri.  Banyakkan zikir dan sentiasa bersedia seperti tips pertama tadi.  Ceritakan pada ibu dan kawan baik anda supaya tidak terlalu risau.

Semoga tips yang hakak kongsikan ini bermanfaat.
Nak lagi info lanjut klik DISINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #73 : Resepi Bengkang Roti Versi Philips Pressure Cooker
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Saya perasan ibu saya jarang membazir makanan.  Air basuhan ikan dan beras pun dia sanggup tadahkan dan ia digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di belakang rumah.  Patutlah tanaman ibu selalu menjadi.  Begitu juga jika kalian ada roti yang hampir tarikh luput janganlah dibuang terus, apa kata kita olah ia menjadi Bengkang Roti. Ada yang panggil bingka roti, takpa saya raikan sahaja asalkan sedap dan daripada membazir tidak dimakan.



Bahan-bahannya :

7 keping roti
3 biji telur gred C *
1 cawan air
1 cawan  gula ( saya kurangkan sedikit )*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan susu penuh krim ( saya guna jenama Good Day )*
1 sudu kecil esen vanilla*

Cara membuatnya :

Carik-carikkan roti dan rendamkan selama 10 minit ke dalam air 1 cawan tadi.Tekan-tekankan supaya ia meresap.Blenderkan semua bahan yang bertanda * sehingga sebati.Masukkan roti yang sudah direnda…