Skip to main content

Tetamu Datang Membawa Rezeki

Entri #117 : Tetamu Datang Membawa Rezeki
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Dari semalam lagi sahabat bagitau nak datang ke rumah hari ini.  Hati hakak bukan main seronok, terus malam tadi siapkan apa yang patut untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.

Sahabat pula datang bawa buah tangan pula, macam-macam pula hidangan makanan padahal orang makannya sedikit 😂.  Nampak meriah dan biasanya isu yang dibincangkan hal-hal keluarga sehinggalah ke bisnes.

Orang Sabah panggil ' kupi-kupi '.  Itulah istilah kami kalau nak berjumpa.  Bila kita bergaul begini, ia meningkatkan hubungan silaturrahim.  Malah ia sangat bagus dari sudut mental dan kejiwaan.  Zaman ini ramai orang mudah stress kerana tekanan pekerjaan.  Perjumpaan santai sebegini sama ada secara formal atau tidak dapat membuahkan banyak idea dan tips dalam apa sahaja masalah yang dihadapi.

Sembang punya sembang insyaAllah nanti bakal ditempah 50 pek Lexee.  Permulaan yang baik untuk pelan baru bulan Ogos nanti.

Mudah-mudahan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil juga.  Orang Kota Kinabalu ( KK ) dan seluruh daerah di Sabah dan Sarawak terutamanya marilah kita bergerak bersama-sama dengan niat membantu meningkatkan ekonomi dan meningkatkan kesihatan wanita.

Ingin tahu lebih lanjut ?
Whatsapp/Telegram :
019 838 2601
( Puan Mariam )
Mobile Stokis Lexee Sabah

Sedapnya Brownies Bites kawan bawakan. Rezeki dapat kawan yang rajin memasak 😊

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri #79 : Resepi Paprik Daging Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Lebihan daging korban rupanya masih banyak didalam peti ais beku.  Jenuh juga lah memikirkan resepi akhirnya saya pilih resepi paprik.  Kebiasaannnya, resepi ini saya menggunakan daging ayam.  Selongkar peti ais, Alhamdulillah bahan-bahan cukup untuk memasak.  Oleh kerana daging lambat empuk, saya gunakan periuk PPC supaya lebih cepat dan anak pun tak merungut kelaparan 😉.

Baiklah ini bahan-bahannya :

500g daging siap potong kecil ( anggaran sahaja beratnya sebab daging korban dalam plastik )
3-4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar dipotong 8
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 biji limau kasturi ( diperah )
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah atau ikut sayur kesukaan anda
Garam dan air secukupnya

*ditumbuk


Cara-cara membuatnya :
1.  Panaskan se…