Skip to main content

Selamat Hari Malaysia 2018

Entri #124 : Selamat Hari Malaysia 2018
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Banyak pula cuti pada bulan ini, yang paling seronok sudah tentulah anak-anak.  Ibu dan ayah pula macam mana ?  Pening ka memikirkan aktiviti apa ?

Hakak sendiri biasanya akan bawa juga anak keluar rumah sekurang-kurangnya pusing satu taman perumahan.  Aura jalan-jalan ni lain.  Selain merehatkan minda, ia merapatkan hubungan sesama adik beradik malah hubungan suami isteri.  Bila dirumah, tangan si isteri memang tak reti nak diam.  Ada sahaja kerja nak dibuat.

Ada orang suka pergi ke pasaraya, ada orang suka pergi tengok keindahan alam macam pantai dan ada orang suka ke perpustakaan.  Bagi hakak terpulang kepada masing-masing, yang penting ada manfaatnya.

Sebelum keluar, biasanya ini yang hakak lakukan supaya anak-anak kurang meragam :

1-Pastikan anak dalam keadaan kenyang atau tidak terlalu lapar.  Jika tak sempat, bawa bekalan minuman dan makanan sekurang-kurangnya biskut.

2-Anak-anak yang dah besar boleh diagihkan taggungjawab untuk membantu menyediakan keperluan si adik.  Maklumlah biasanya ibu akan melakukan banyak perkara sebelum keluar dari rumah.

3-Gunakanlah pakaian yang sesuai, bagi yang solat digalakkan menggunakan baju yang memudahkan ibadah ini.  Boleh bawa stokin solat, handsocks atau beg telekung.  Singgahlah di surau atau masjid  yang terdekat apabila masuk waktu solat.

4-Sentiasa berpesan kepada anak-anak supaya tidak bergaduh di dalam kereta.  Ingatkan mereka untuk berdoa apabila sahaja keluar dari rumah.  Ia mengajar kita bertawakkal kepada Allah dan mengingatiNya dimana sahaja kita berada.

5-Pasangkan radio dan cd yang bermanfaat supaya tidaklah terlalu hambar dan sebenarnya ia boleh mengelakkan kita dari mengantuk terutamanya pemandu.

Baiklah, itu sahaja untuk entri kali ini, lama sudah tidak menjenguk ke blog ini.  Rindu pula nak buat perkongsian.




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )

Entri#103 : Daging Masak Hitam Mudah Dengan Philips Pressure Cooker ( PPC )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi
Alhamdulillah Masih lagi tidak terlambat untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk muslimin dan muslimat diMalaysia dan seluruh dunia amnya.  Sudah lama sebenarnya hakak menyimpan niat untuk berkongsi resepi ini tetapi selalu tertangguh.  Hakak rasa inilah masanya yang sesuai lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Resepi Daging Masak Hitam banyak versinya di Sarawak.  Ada yang gunakan minyak sapi, ada yang masukkan kicap pekat dan macam-macam lagi tetapi dari sudut rasa tidaklah jauh berbeza. Resepi yang hakak gunakan cukup mudah tetapi sedap, malah keluarga diSabah telah menggunakannya untuk kenduri dan majlis-majlis.  Masakan ini juga tidak mudah basi kerana ia tidak menggunakan santan.
Bahan-bahannya:
500g daging
4 biji bawang besar *
Rempah 4 sekawan iaitu **:
4-5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
( seim…